E    D    I    S    I        8
 Fokus

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 
Pergaulan Dalam Islam
     
              Firman Allah taala dalam surah Al Isra’ ayat 32 yang maksudnya,        “ Janganlah kamu mendekati zina, kerana sesungguhnya ia adalah perbuatan yang keji dan cara yang tidak baik.”
     
            Seandainya diteliti kepada keseluruhan agama samawi, maka kita akan dapati bahawa semuanya mengharamkan penzinaan, tanpa mengira sama ada Yahudi,  ataupun Kristian. Kalau ditinjau dari segi logiknya penzinaan itu dapat menjurus  kepada pengaburan masalah keturunan, menghancurkan rumah tangga, meretakkan perhubungan, berleluasanya penyakit dan bermacam-macam lagi.  
            Islam, sebagai suatu agama yang syumul, apabila mengharamkan suatu perkara, maka ditutupnya jalan-jalan yang akan membawa kepada perbuatan haram itu, serta mengharamkan cara apa sahaja perkara yang menjadi mukaddimah kepada suatu pekerjaan yang haram itu. 

    PERGAULAN BEBAS ADALAH HARAM  
            Diantara perkara yang diharamkan oleh Islam adalah bersendirian dengan  seorang perempuan lain (bukan isteri, bukan salah satu kerabat yang haram dikahwini untuk selama-lamanya, seperti ibu, adik-beradik, ibu saudara dan sebagainya). Ini bukanlah bererti menghilangkan kepercayaan kedua belah pihak atau salah satu daripadanya tetapi demi menjaga kedua insan tersebut dari perasaan yang tidak baik yang lazimnya lahir apabila dua insan yang berlawanan itu bertemu, tanpa ada orang yang ketiga. 
            Sepertimana sabda nabi yang diriwayatkan oleh Ahmad,” Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiga adalah syaitan. ”Manakala dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari yang maksudnya, ”Hindarilah keluar masuk rumah seorang perempuan. Kemudian ada seorang lelaki ansar bertanya: Ya Rasulullah. Bagaimana pendapatmu tentang ipar? Maka jawab  nabi, Bersendirian dengan ipar itu, bersamaan dengan menjumpai mati.” 
            Ketahuilah bahawa semua larangan nabi ini adalah demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan masyarakat. Mungkin kita akan berasa seronok apabila melakukan sesuatu kejahatan terhadap orang lain tetapi pernahkah kita berfikir seandainya sesuatu kejahatan itu dilakukan terhadap kita, adakah kita akan berdiam diri? Seperti mana dalam suatu kisah di zaman nabi Muhammad s.a.w. Seorang pemuda yang baru memeluk Islam datang kepada nabi lalu meminta keizinan untuk berzina. Lalu nabi bertanya kepadanya, mahukah kamu seandainya seeorang itu berzina dengan ibumu atau saudara perempuanmu? Selepas daripada peristiwa tersebut, perkara yang paling dibencinya adalah zina.  

    MELIHAT JENIS LAIN DENGAN BERSYAHWAT  
            Diantara suatu perkara yang diharamkan oleh Islam ialah gharizah iaitu pandangan seorang lelaki terhadap perempuan dan begitu juga sebaliknya. Mata adalah kunci hatinya dan pandangan adalah jalan yang membawa fitnah dan sampai kepada perbuatan zina. Bak kata seorang penyair arab,” Semua peristiwa asalnya kerana pandangan, Kebanyakan orang masuk neraka adalah kerana dosa kecil. Permulaannya pandangan, kemudian senyum, lantas memberi salam, kemudian berbicara, lalu berjanji. Dan sesudah itu ia bertemu.” 
            Lantaran itu, Allah memerintahkan kepada hamba-hambanya di dalam surah AnNur, ayat 31-32 agar menjaga pandangannya diiringi dengan perintah untuk memelihara kehormatan dirinya. Sesungguhnya pandangan yang terpelihara ialah apabila memandang kepada jenis lain, tidak mengamat-amati kecantikannya dan tidak lama menolah kepadanya serta tidak melekat pandangannya kepada yang dilihatnya itu. Oleh itulah, nabi berpsan kepada Saidina Ali  yang bermaksud,”Hai Ali, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan yang lainnya. Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama, adapun pandangan yang berikutnya adalah tidak boleh.”  (HR Ahmad) 
            Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. menganggap pandangan liar dan menjurus kepada lain jenis sebagai suatu perbuatan “zina mata”. Sabda baginda lagi yang maksudnya, ”Dua mata itu bisa berzina dan zinanya adalah melihat.(HR Bukhari) Ia dinamakan berzina kerana memandang itu adalah slah satu bentuk bersenang-senang dan memuaskan nafsu syahwat dengan jalan yang tidak dibenarkan oleh syara’. Larangan Allah ini bukanlah sesuatu yang tidak bermanfaat dan sia-sia kerana pandangan yang terdorong oleh nafsu ini bukan sahaja membahayakan kemurnian budi bahkan akan merosakkan kestabilan berfikir dan ketenteraman hati.  
            Maka berkatalah seorang penyair:”Apabila engkau melepaskan pandanganmu untuk mencari kepuasan hati.Pada satu saat pandangan-pandangan itu akan menyusahkanmu jua. Engkau tidak mampu melihat semua yang kau lihat. Tetapi untuk sebagainya maka engkau tidak bisa tahan.” 

    HARAM MELIHAT AURAT  
            Di antara yang harus ditundukkan pandangan, ialah kepada aurat. Kerana Rasulullah saw telah melarang walaupun antara sesama lelaki dan antara sesama perempuan untuk mendedahkan aurat masing-masing, sama ada dengan syahwat ataupun tidak. Sabda nabi saw yang mafhumnya, “Seseorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain dan begitu juga perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan lain ...” (Hadis Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Dawud dan Tirmidzi). Aurat lelaki yang tidak boleh dilihat oleh lelaki atau aurat perempuan yang tidak boleh dilihat oleh perempuan ialah antara pusat hingga ke lutut. 
            Manakala aurat perempuan dalam perhubungannya dengan lelaki ialah seluruh badannya kecuali muka dan tapak tangan.