SASTERA SPM
PUISI: TEKS LUKISAN ZAMAN
Berdasarkan Teks Kajian Terdapat 4 Puisi Melayu Lama
1. pantun
2. syair
3. gurindam
4. seloka
1. Pantun
Kedudukan Pantun dalam Puisi Melayu Tradisi
a. Milik melayu asli. Berbanding dengan
syair, seloka dan gurindam, pantun adalah puis yang lahir daripada maysarakat
melayu tradisi yang amat tinggi nilainya.
b. Puisi Melayu yang tertua., iaitu yang pertama
sekali lahir dalam masyarakat Melayu.
c. Mempunyai kepelbagaian bentuk. Ada yang 2
kerat, 4 kerat, lapan kerat, berkait dan seterusnya.
d. Popular dalam semua lapisan masyarakat. Pantun
terkenal di kalangan orang tua, orang muda dan kanak-kanak.
e. Mampu membawa tema yang pelbagai seperti kasih
sayang, nasihat, agama, adat, budi,cinta, cinta, dan sebagainya
f. Mampu membawa makna yang tersirat secara halus
dan berkesan. Ini sesuai dgn jiwa masyarakat melayu yang suka mendidik
secara halus.
g. Mudah dicipta secara spontan
h. Mencerminkan pancaran nilai budaya Melayu
Nota : perlu kemukakan contoh dalam menjawab
soalan.
Ciri-ciri kelebihan pantun
a. Wujud pembayang dan maksud dalam setiap rangkap.
Ciri ini tidak terdapat dalam puisi yang lain.
b. Boleh berdiri sendiri kerana setiap rangkap
pantun sudah membawa makna yang lengkap berbanding dengan syair yang memerlukan
perkaitan dengan rangkap2 berikutnya.
c. Rima tengah atau jedanya ditekan di dalam
pantun, tetapi tidak demikian dalam puisi lain.
d. Ada unsur persamaan dengan puisi lain terutama
syair seperti dari segi rima akhirnya, jumlah perkataan dan sukukata.
Kepentingan pantun
a. pantun dapat disulami dalam puisi melayuu yang
lain bagi mempelbagaikan ungakapan. Contohnya dalam nyanyian rakyat. Gurindam.
Bahasa berirama dll.
b. Membantu mempertingkatkan daya estetika (keindahan)
puisi-puisi lain.
c. Menjadi pemanis kata dan pengindah bicara
dalam ungkapan-ungkapan bahasa yang puitis.
d. Melambangkan budaya tinggi dalam ciptaan sastera.
SYAIR
Definisi
Syair ialah jenis puisi melayu lama yang berangkap
dan setiap rangkapnya mengandung 4 baris ayat yang kesemuanya membawa makna
isi dan maksud. Keempat-empat baris itu pula berirama sama.
Syair sering membawa makna isi yang berhubung
dengan kias ibarat. Sindiran , nasihat, pengajaran, agama dan juga berasakan
sejarah atau dongeng.
1. ciri-ciri bentuk Syair
a. Merupakan puisi terikat.
b. Rangkap
: jumlah baris serangkap tetap iaitu 4 baris. Setiap baris dalam rangkap
merupakan idea atau maksud atau isi cerita syair itu. Ini bermakna
syair tidak mempunyai pembayang seperti pantun. Cerita dalam setiap
baris dalam serangkap itu perlu bersambungan dari satu rangkap ke satu
rangkap untuk membawa kesatuan yang lengkap bagi keseluruhan syair tersebut
c. Perkataan
: bilangan perkataan sebaris tetap iaitu 4-5 perkataan sebaris
d. Sukukata
: Bilangan sukukata sebaris juga tetap iaitu antara 8-12 sukukata
dalam sebaris
e. Rima:
Rima akhir dalam serangkap juga tetap iaitu a/a/a/a
GURINDAM
1. Ciri-ciri bentuk Gurindam
a. Merupakan puisi bebas atau tidak terikat
b. Rangkap : Mempunyai 2 baris dalam serangkap
atau beberapa baris dalam serangkap. Setiap baris dalam rangkap merupakan
isi atau maksud dan perlu bersambung dengan baris-baris dalam rangkap berikutnya
untuk membawa makna yang lengkap.
Baris pertama dikenali sebagai “syarat” dan baris
kedua dikenali sebagai “jawab”. Baris pertama “syarat” menyatakan sesuatu
fikiran atau peristiwa dan baris kedua pula menyatakan keterangan atau
menjelaskan apa yang telah dinyatakan oleh baris atau ayat pertama tadi.
c. Perkataan : jumlah perkataan sebaris
juga tidak tetap.
d. Sukukata : julah sukukata juga tidak
tetap.
e. Rima : rima akhirnya juga tidak tetap
SELOKA
1. ciri-ciri bentuk
a. Merupakan puis bebas atau tidak terikat
b. Rangkap : Bilangan baris dalam serangkap
tidak tetap
c. Perkataan : jumlah perkataan dalam sebaris
juga tidak tetap.
d. Sukukata : jumlah sukukata dalam sebaris
juga tidak tetap.
e. Rima : Rima akhirnya dalam serangkap
juga tidak tetap.
(Bersambung)
Nita
SMK Kota Marudu
Mac 99