Analisis Politik Balkan.
Britain
dan France melalui persidangan Rambouillet berusaha untuk menamatkan perang
diantara etnik albania di Kosovo dengan Serb. Tetapi Amerika campurtangan
seolah olah mahu menjadikan badan NATO yang diketuai olehnya, salah satunya pertubuhan yang boleh
menjalinkan sebarang persetujuan ke arah keamanan antara puak yang berperang.
Tingkah laku Amerika ini menjejaskan persetujuan ke arah keamanan ini dan
memaksa Slobodan Milosevic, presiden Serbia melakukan pembunuhan etnik terhadap
etnik Albania di Kosovo. Dengan mengetahui Serbia tidak akan tunduk kepada
syarat Amerika, Amerika telah berjaya mengapikan Serbia untuk terus melakukan
jenayah pembunuhan etnik dan seterusnya memberikan peluang kepada Amerika untuk
melancarkan peperangan ke atas Serbia.
Amerika mengetahui tentang kawasan Balkan yang sangat mudah
dicetuskan perlagaan antara kaum dan dengan mengapikan peperangan dan
seterusnya mendamaikan keadaan adalah satu caranya Amerika menjadikan Eropah
bergolak dengan krisis dan Eropah tidak mungkin dapat menyelesaikan masalah mereka tanpa dengan kehadiran NATO dan oleh itu
Eropah akan sentiasa memerlukan NATO sebagai polisnya sepanjang masa.
Tetapi isu yang lebih penting adalah menamatkan pengaruh
Soviet di Eropah. Dengan kemasukan Poland, Hungary, Czech Republik ke dalam
NATO, Slovakia dan Romania pula menunggu untuk menjadi anggota NATO, negara
Baltik telah meminta mereka dimasukkan dalam NATO dan Moldova juga bersama
Bulgaria secara perahan lahan menyatakan hasrat mereka untuk menjadi anggota
NATO, maka tinggallah Yugoslavia satunya sekutu Rusia yang belum berbuat
demikian.
Dengan secara perlahan perlahan sekutu sekutu Rusia dahulu
telah dipisahkan dari pengaruh Rusia dan hanya tinggal Yugoslavia (Serbia dan
Montenegro) yang merupakan sekutu Rusia yang lama. Setelah memisahkan 4 dari 6
republik dari kesatuan Yugoslavia yang lama iaitu Bosnia, Croatia, Macedonia
dan Slovenia maka Amerika seterusnya mahu membelah Yugoslavia (Serbia,
Montenegro dan Kosovo). Setelah konflik berakhir Republik Montenegro menunggu
masa untuk dipisahkan, dan melemahkan Serbia akan mengakibatkan Rusia akan
kehilangan kekuatannya dan pengaruhnya.
Jika kita menganggap bahawa dengan berakhirnya kesatuan
Soviet pada 1991 dan Amerika sebagai ketua melancarkan serangan ke atas Iraq
dalam perang teluk kedua 1991 sebagai petanda berakhirnya Rusia sebagai kuasa
besar dunia, maka perang di Kosovo ini bolehlah dianggap sebagai peluang
Amerika menamatkan kekuasaan Rusia di Eropah Timur.
Mengenai kekuatan ketenteraan Rusia, ianya tidak ada nilai
kerana dengan rntuhnya ekonominya, ianya semakin sukar untuk walaupun untuk
menggaji para anggota tenteranya dan ahli teknik yang bertanggungjawab menyelia
peralatan ketenteraan Rusia tersebut.
Objektif Amerika sebenarnya ialah untuk merampas Balkan dari
Rusia dan Eropah Barat, kerana kawasan itu adalah strategik kerana terletak
pada persimpangan antara Rusia dan Eropah Barat dan adalah kawasan di mana
Amerika dapat meluaskan pengaruhnya di Eropah Barat dan Timur.
Amerika mengatur langkahnya di mana Michael Camdesus
berlepas ke Moscow untuk berunding memberikan Rusia bantuan kewangan dari IMF
yang boleh menjadikan Rusia membayar balik hutangnya dari pinjaman sebelum ini
dan memperbaiki ekonominya semula hanya selepas serangan ke atas Serbia
bermula.
Tindakbalas ketenteraan ke atas Serbia juga seolah olah
menghadkan pengaruh dan kekuasaan UN dan Majlis Keselamatan UN. Amerika
mempergunakan UN jika ianya boleh memberikan manfaat kepadanya dan akan
menghadkan kekuasaan UN jika ia tidak memberikan apa apa faedah kepadanya.
Kepada seorang yang mentah ia tidak dapat membezakan yang mana adalah
campurtangan NATO dan campurtangan Amerika di Yugoslavia.
Jadi sebenarnya pimpinan Amerika dalam NATO adalah bertujuan
untuk memberikan nilai manfaat hanya untuk Amerika sahaja. Pentadbiran Clinton telah menggunakan pembunuhan etnik
Albania di Kosovo sebagai helah Amerika untuk campurtangan di Yugoslavia.
Clinton berkata pada 24 Mac 1999: "Kami bergerak untuk melindungi beribu
ribu pelarian akibat serangan ketenteraan (Serbia). Kami bergerak untuk mengelakkan peperangan dari berterusan dan untuk
menghapuskan kawasan ini dari terus menjadi suatu kawasan yang mempunyai
potensi konflik yang begitu tinggi di Eropah yang telah meletus 2 kali dalam
abad ini. Jadi Clinton mengetahui bahawa kawasan yang lemah yang boleh
dieksloitasikan olehnya di Eropah adalah di Balkan dan dia juga mengetahui
bahawa potensi konflik adalah begitu tinggi di Balkan sehingga perang boleh meletus bila bila masa. Dalam perbincangan
Clinton di pejabat luar negara pada 30 Mac, dia menyatakan kemerdekaan Kosovo
dan menyerang pemimpin Serbia yang melaksanakan pembunuhan etnik Albania di
Kosovo yang menggunakan kebencian agama dan etnik terhadap penduduk Kosovo
dengan bertujuan untuk menjadikan dirinya sebagai pemimpin mutlak di
Yugoslavia. Clinton berkata bahawa kempen NATO akan memusnahkan Serbia dan
kekuasaannya ke atas Kosovo akan berkurangan.
James Rubin jurucakap Pejabat luar Pentadbiran Clinton
ditanya tentang komen Presiden Amerika itu, Rubin berkata bahawa kekejaman yang
dilakukan oleh Serbia ke atas etnik Albania di Kosovo menyukarkan peluang Serb
dan etnik Albania untuk tinggal bersama pada masa yang akan datang.
Jelas bahawa Amerika berancang untuk melangsungkan konflik di
Kosovo selama yang dia boleh. Kalau boleh dia akan juga membabitkan negara
jiran seperti Albania, Montenegro atau Macedonia. Amerika tidak berhasrat untuk
menyelesaikan konflik ini dengan menggunakan tentera darat yang tidak boleh
diselesaikan oleh tentera udara. Menteri Pertahanan Cohen berkata pada 25 Mac
bahawa "Tentera Darat NATObukanlah sebahagian dari operasi ketenteraan
NATO". Ini bermakna bahawa perang darat yang dimaksudkan adalah tugas negara negara
yang berkonflik dan bukannya tugas NATO kerana akan sampai suatu keadaan di
mana seluruh kawasan tersebut akan mengalami kehausan dan keperitan dan barulah
Amerika akan menganjurkan sidang damai di mana seluruh kawasan tersebut akan
menjadi miliknya.
Clinton berkata bahawa serangan NATO hanya boleh berhenti
apabila salah satu dari dua kemungkinan berlaku iaitu apabila Milosevic
bersetuju menerima pelan perdamaian atau seluruh ketenteraan Serbia
dimusnahkan. Tetapi kemungkinan tersebut tidak akan berlaku kerana Milosevic
tidak akan menerima pelan perdamaian yang diutarakan oleh NATO dan ketenteraan
Serbia adalah besar dan memerlukan masa sebelum ianya dimusnahkan. Ini bermakna
peperangan akan berlanjutan buat masa yang panjang dan pelarian semakin akan
bertambah. Dan masalah akan bertambah kompleks lagi di Eropah dan memerlukan
masa yang panjang untuk diselesaikan. Oleh itu adalah semulajadi untuk Amerika
untuk menolak mediatasi Primakov dan tawaran Milosevic untuk mengurangkan
ketenteraan Serb di Kosovo dan menerima semula pelarian. Ini kerana masa untuk
perang itu berakhir belum sampai dengan helah tawarab serbia tidak cukup baik
dan tidak mahu Rusia menjadi ngara berpengaruh di Eropah.
Bagi negara Eropah selain dari Britain dan France, peperangan dari kaca mata mereka berlainan
dengan Amerika. France mahukan suatu ketenteraan Eropah yang dapat campurtangan
dalam mana mana konflik di Eropah yang dapat menyelesaikan masalah bebas dari
campurtangan NATOyang mempunyai pimpinan Amerika. Oleh itu ia akan bekerjasama
dengan German dan Britain untuk menubuhkan ketenteraan Eropah. Tetapi usaha ini
tidak akan berjaya dan Eropah akan dikuasai oleh Amerika melalui NATO. Bari
Britai ianya lebih suka meyesesuaikan diri ke mana mana keadaan yang bercanggah
seperti dia akan menyokong tindakan ketenteraaan yang dibuat oleh Amerika dan
pada masa yang sama akan berusaha untuk menjalankan proses damai yang bebas
dari mediatasi Amerika. Dia bersama sama dengan Amerika jika sebaik sahaja
pelan damai Amerika gagal dan menjalankan pengeboman ke atas Serbia.
Rusia pula mempunyai hubungan etnik dengan Serbia iaitu dari bangsa Slav dan berasa simpati tentang pengeboman yang menimpa Serbia. Rusia mengetahui bahawa Amerika berusaha untuk menghapuskan kekuasaan dan pengaruh Rusia di Eropah Timur, tetapi tidak dapat berbuat apa apa, kerana memerlukan bantuan IMF yang juga diterajui oleh Amerika. Jadi Amerika dapat menghumbankan pengaruhnya di Eropah dengan mencetuskan peperangan di Balkan, memaksa Rusia untuk tidak dapat berbuat apa apa dan pada masa yang sama memaksa Eropah memerlukan NATO semenjak Pakatan Warsaw dibubarkan.
Menu Analisis Pilihan | Halaman Utama IINDS | Analisis Seterusnya |
International Islamic and Development Studies