KEADAAN POLITIK TURKI DAN WILAYAH DI SEKITARNYA

Sebenarnya politik dalaman dan luaran sesebuah negara yang ‘tidur’ adalah dicengkam dan dipengaruhi oleh politik negara-negara maju, atau dengan nama lain yang lebih tegas, oleh negara-negara penjajah. Oleh itu, keadaan politik di Turki juga tidak boleh dipisahkan daripada kaedah ini.

 A Perkembangan Luaran

b    Beberapa perkembangan  telah berlaku di dalam peringkat politik antarabangsa. Ia mungkin boleh diringkaskan kepada tiga bahagian: Pertama, serangan ketenteraan Amerika ke atas Iraq. Kedua , pembunuhan kejam dan kolektif yang dilakukan oleh pihak Serb di wilayah Kosovo dan Ketiga, krisis Abdullah Ocalan.

Umat Islam sepatutnya memberikan tumpuan terhadap beberapa perkembangan penting tersebut, yang sebenarnya juga bererti memberikan perhatian kepada Turki secara lebih luas dan secara langsung. Oleh kerana itu, adalah satu kesilapan yang besar jika kita tidak mengetahui tentang Turki dan peranannya dalam beberapa perkembangan ini.

      Pertama, serangan ketenteraan Amerika ke atas Iraq. Wilayah Timur Tengah dianggap sebagai salah satu wilayah yang ‘hidup’ dan penting untuk Amerika. Kepentingan wilayah ini terletak pada sumber minyak yang tersimpan di sana. Pentingnya minyak ini bukan sahaja terhad sebagai salah satu sumber ekonomi, tetapi juga sebagai alat unsur kekuatan yang paling dominan untuk membuat tekanan politik.

Negara-negara Eropah dan Jepun merupakan pencabar utama yang boleh mencabar kekuatan cengkaman Amerika khususnya dalam bidang perdagangan. Sebagaimana yang berlaku antara Negara-negara Eropah ---khususnya Britain dan Perancis--- dengan Amerika yang saling bertembung cengkaman dalam bidang politik. Negara-negara ini memenuhi keperluan minyaknya daripada luar. Ini bererti dengan memastikan cengkaman ke atas sumber minyak dan memonopolinya, akan memberikan peluang baginya untuk mengunakan daun terup minyak itu sebagai alat untuk  membuat tekanan politik yang berkesan melawan negara-negara tersebut.

            Oleh kerana itu, Amerika Syarikat berusaha mengusir cengkaman British daripada wilayah tersebut ---khususnya di Iraq, negara-negara Teluk dan Turki--- kemudian ia mencengkam wilayah tersebut. Tujuan ini dianggap sebagai masalah yang ‘hidup’ dan sangat penting terutamanya dari sudut pandangan Amerika. Sesuai dengan doktrin Carter ---yang merujuk kepada Jimmy Carter--- Teluk Basrah, atau yang lebih dikenali dengan panggilan Teluk Arab, boleh dinikmati sebagai kedudukan yang strategik, dan mempunyai nilai yang sangat penting dan boleh menjadi urat nadi bagi kepentingan Amerika Syarikat. Disamping itu, Amerika Syarikat ingin merasmikan dirinya sebagai satu-satunya kekuatan terbesar dunia dalam tahun 2000, sehingga tidak wujud lagi pencabar yang lain. Maka, untuk mewujudkan tujuan ini, Amerika tidak melupakan perang sebagai sebahagian daripada perhitungannya.  Inilah yang merupakan sebab dan satu-satunya motivasi serangan Amerika ke atas Iraq.

            Malah telah pun diyakini, bahawa Amerika Syarikat telah menetapkan suatu rancangan baru untuk mewujudkan tujuan tersebut, dan betul-betul telah ia lakukan sejak awal tahun yang lalu.  Dan untuk menjayakan para Pegawai Amerika mewujudkan tujuan-tujuan strategiknya, dan merasmikan dirinya sebagai negara besar tanpa pencabar pada tahun 2000, maka di samping itu, Amerika mestilah memperolehi public opinion di kalangan rakyat Amerika. Dimana Clinton dan pegawainya telah berjaya memperolehi  sokongan rakyat Amerika untuk melaksanakannya dan mengukuhkan kedudukannya, ketika dia berpidato di hadapan Kongres, dengan menetapkan pembasmian orang-orang yang lemah dalam belanjawan Amerika dalam bentuk angka-angka, menekan pertambahan kadar pengangguran, meningkatkan peluang pekerjaan, disamping Amerika Syarikat boleh melepaskan diri dengan selamat daripada ancaman ekonomi yang berlaku akibat dari kegawatan ekonomi yang melanda seluruh dunia.

            Adalah menjadi suatu kesilapan jika kita meyakini bahawa semuanya itu bertujuan untuk mengembalikan orang-orang Demokrat ke Rumah Putih, atau hanya untuk membebaskan Clinton daripada ruang isu skandal seksual. Sebab, rakyat Amerika Syarikat tidak pernah menganggap hubungan seksual yang tidak sah sebagai suatu perkara yang memalukan. Oleh itu, tujuan utamanya adalah untuk memperolehi sokongan public opinion agar Clinton dan pegawainya boleh melaksanakan politik luaran baru pada tahun 1999, yang memungkinkan mereka dapat membuka pintu memasuki abad ke-21, dengan kunci ‘satu-satunya negara besar tanpa pencabar’. Dan kita boleh memperhatikan beberapa isyarat penting yang menunjukkan kepada perkara ini sejak awal tahun ini. Adapun tentang rancangan Amerika yang baru itu adalah Turki dan Iraq pada masa yang sama.

            Mengenai Turki, akar umbi rancangan ini sebenarnya telah ditanam sejak sekian lama, yang dimulai dengan krisis ketenteraan Turki-Syria. Setelah mengikuti perkembangan politik di wilayah tersebut, maka telah diambil keputusan dalam perjanjian duahala Turki-Israel untuk memaksa kerajaan Syria membuang Abdullah Ocalan dari wilayahnya. Dan orang yang mula-mula melaksanakan keputusan tersebut  adalah Sulaeman Damerel, serta panglima tentera darat, Atela Atech, melalui beberapa penjelasan yang konfrontatif untuk menyerang Syria.

            Sememangnya Israel dengan Turki, masing-masing mempunyai tujuan yang sama daripada kes tersebut. Israel ingin menekan Syria supaya Syria tunduk kepada syarat-syarat perdamaian Israel, tanpa perlu menarik diri daripada dataran tinggi Golan, yang mempunyai kedudukan yang strategik. Caranya adalah dengan melibatkan Turki bersama dalam perang melawan Syria. Sedangkan Turki sendiri pula mempunyai tujuan untuk melepaskan diri daripada Parti Buruh Kurdistan.

            Meskipun wujud penjelasan yang muncul daripada sokongan Amerika kepada Turki, iaitu dengan meletakkan kedudukan Parti Buruh Kurdistan sebagai sebuah gerakan pengganas yang membangkang dan wajib diusir daripada Syria, tetapi sebenarnya sokongan tersebut pada hakikatnya adalah merupakan sokongan zahir sahaja. Sebab, pada bulan Oktober 1998, kerajaan Syria telah membuang Abdullah Ocalan daripada wilayahnya, atas perintah Amerika yang diterima olehnya ketika itu. Setelah Abdullah Ocalan dipaksa pergi ke Russia, dia menuju ke Itali. Meskipun nampak menyokong tindakan Turki dalam kes Abdullah Ocalan, tetapi sebenarnya Amerika tidak melahirkan tekanan untuk menghukumnya. Demikian pula Amerika Syarikat tidak menentang partinya. Buktinya adalah daripada penjelasan berkali-kali oleh Polis Tentera Turki, Kamal Yafuz, yang jelas dan tegas, bahawa Amerika memang menyokong parti tersebut.

            Jadi sokongan publisiti ---rekaan--- Amerika keatas tindakan Turki tersebut boleh ditafsirkan sebagai sebahagian daripada “Politik Sokongan” (Amerika) untuk mewujudkan beberapa sokongan. Ketika Ocalan berada di Itali, Amerika melakukan penipuan ke atas Turki dengan “Politik Sokongan dan Tekanan” atau dalam istilah politik dipanggil “Politik Tolak Ansur”. Clinton telah berjanji kepada perwakilan Turki melalui pengaruh kuasanya dalam Tabung Antarabangsa untuk memberikan bantuan pinjaman  kepada Turki, dengan nilai yang besar berjumlah 1 juta dolar. Tetapi, Turki tidak memenuhi cadangan Amerika, dan ia mula menipu dan mempersendakannya untuk memperolehi masa yang sesuai bagi kepentingannya. Pada masa yang sama, Turki tidak mengabaikan “Politik Rayuan” untuk menghindarkan dirinya daripada kemarahan Amerika.

            Pegawai Amerika di Turki sengaja menjatuhkan kerajaan campuran yang terbentuk antara Parti Ibu Pertiwi (ANAP) dan Parti Demokratik Kiri (DLP), dengan alasan skandal “Pengintipan Perbicaraan Rahsia”.  Tujuan sebenar daripada semuanya itu adalah untuk mengubur pemerintahan yang sah, agar boleh melaksanakan semua tekanan atau usulan luaran yang menyusahkan. Ini boleh difahami daripada pengarahan yang diberikan oleh Presiden Turki, Sulaeman Damerel, kepada ketua Parti Demokratik Kiri (DLP), Bulent Ecevit, agar membentuk pemerintahan baru. Dimana orang yang disebutkan terakhir ini menggunakan “Politik Lambat dan Mengulur Masa” untuk memperolehi masa, lalu mengemukakan saranan yang boleh melemahkan kedudukan semua pimpinan parti yang lain.

            Sedangkan pada masa yang sama, Amerika Syarikat tahu akan sasaran politik Turki, maka Amerika segera memecah bahagian utara Iraq sebagai kawasan Pangkalan Tentera Ingerlik Turki untuk mengeluarkan Turki yang telah menjadi salah satu pihak dalam peperangan yang tidak dikehendakinya. Di sudut yang lain, semasa Majlis Keselamatan Nasional Turki hadir untuk mengadakan pertemuan yang disertai oleh perajurit vateran, tiba-tiba dikejutkan oleh mesej kecemasan pada pukul 1:15 selepas Zuhur, 28/1/1999 di Pangkalan Tentera Ingerlik, dengan alasan bahawa telah terdengar bunyi letupan yang kuat di beberapa pos ketentaraan, berhampiran dengan kota Mousul Iraq. Oleh itu, mesej kecemasan ini mempunyai maksud serangan politik lebih besar daripada tentera. Ancaman Amerika ---secara tidak langsung--- ini didahului dengan pembuangan Abdullah Ocalan daripada Itali ke arah tujuan yang tidak dikenal pasti pada 16/1/1999.

            Pada 4/2/1999, Clinton dan Madeline Albright, masing-masing telah mengancam Turki untuk melibatkannya dalam peperangan meskipun dia tidak menghendakinya. Yang pertama mereka menegaskan: “Wilayah Kosovo merupakan unsur ancaman yang serius bagi sekutu kami di Atlantik. Dan boleh menjadi pencetus kepada pertelagahan antara Turki dan Yunani. Saya sentiasa dihantui oleh ketakutan meletusnya keadaan di Bosnia Herzegovina, dimana kami telah mengasaskan perdamaian di sana selama tiga tahun.”  Sedangkan Menteri Luar Amerika pula ada mengatakan: “Jika keadaan ini berterusan seperti sekarang, maka gerakan perpindahan secara besar-besaran yang berterusan tidak boleh dihindarkan. Perkara yang akan menjadikan sebuah lapangan subur dan tempat perlindungan yang aman bagi para pengganas dan pedagang dadah.”  Oleh itu, jika kita meneliti dengan cermat, maka daripada kedua-dua penjelasan tersebut, akan kita menemui, bahawa yang pertama merupakan ancaman yang ditujukan kepada Eropah, sedangkan yang kedua pula ditujukan kepada Turki.

            Sedangkan mengenai rancangan Amerika ke atas Iraq, bagi orang yang memperhatikan perkembangan yang ada, pastinya akan mengetahui bahawa Amerika bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan Saddam Hussein daripada kerusi pemerintahan Iraq. Tetapi ini tidak akan dilakukannya, sebelum ia berjaya mencengkam negeri-negeri Teluk. Adapun mengenai idea pembahagian Iraq, sebenarnya Turki  juga menentangnya, baik secara global mahupun secara terperinci. Sebab, mendirikan negara Kurdis di utara Iraq, juga bererti memecah dan membahagi Turki. Sementara menggantikan Saddam, juga merupakan perkara yang tidak mudah, bagi orang-orang Amerika sendiri. Tetapi perkara yang diagendakan, adalah bahawa Amerika bersungguh-sungguh dan secara berterusan untuk menganti Saddam, walau apapun jua cabarannya. Memandangkan perkara ini adalah penting bagi Amerika. Malahan, sangat penting baginya untuk memasuki tahun 2000 sebagai sebuah negara besar, tanpa pencabar dan penghalang, atau apa yang ia sebut sebagai pembangkang bagi masyarakat antarabangsa. Dan untuk mewujudkan tujuan ini, ia tidak segan silu untuk mengubah wilayah Timur Tengah menjadi lautan api.

            Maka, dengan masuknya Iraq dalam cengkaman Amerika, akan mengancam cengkaman British di wilayah tersebut, sebagaimana Revolusi Julai yang telah berjaya meruntuhkan kedudukan British di Mesir. Dan ini tidak bererti, bahawa British akan tetap berpangku tangan. Maka kita juga akan melihat British sentiasa menempel Amerika dalam setiap rancangan dan perlawanannya, sehingga mereka boleh menyamai rancangan Amerika. Dan ini memudahkan mereka untuk menghindari segala usaha yang tidak mereka kehendaki.

            Usaha untuk menjatuhkan Saddam, bagi British juga memberikan erti yang sama seperti apa yang diingini oleh Amerika. British menganggap Saddam sebagai penghalang bagi mewujudkan tujuannya iaitu untuk melenyapkan Iraq. Oleh kerana itu, ada maklumat yang menyatakan, bahawa British merancang untuk mengajukan Emir al-Hasan sebagai pengganti kedudukan Saddam untuk memerintah Iraq, yang tidak kurang kejujuran dan keikhlasannya terhadap tuannya, British, dibanding saudaranya, Hussein, yang boleh diterima oleh Kuwait, dan sudah tentu diterima juga oleh Arab Saudi, agar Iraq tetap disatukan.  Juga untuk menjamin keseimbangan kekuatan di wilayah Timur Tengah yang strategik itu. Dan untuk menyimpulkan keadaan Iraq ini, boleh dinyatakan dalam dua perkara utama:

            Pertama, Amerika akan terus berusaha memecah Iraq hingga berjaya mewujudkan matlamatnya.

            Kedua, Dengan adanya politik Amerika yang seperti ini, maka Turki akan menghadapi masa depan yang ‘panas’.

 

B.  Perkembangan Dalaman

            Semua indikasi menunjukkan, bahawa keputusan 28/2/1997  yang diambil oleh Majlis Keselamatan Nasional Turki, tetap merupakan satu-satunya indikasi dan orientasi politik dalaman. Setelah memperolehi sokongan Parlimen mengenai pembentukan kerajaan baru yang diterajui, Bulent Ecevit, yang menjelaskan intinya, bahawa masa yang disebut sebagai momentum 28 Febuari itu telah berakhir. Tahukah anda apakah yang telah berubah, sehingga Ecevit memberikan penjelasan seperti ini?

            Maka, untuk memahaminya, kita mestilah mengetahui sebab-sebab yang mendorongnya untuk mengambil keputusan yang dipanggil sebagai keputusan 28 Februari 1997. Sememangnya sejak kali pertama, seseorang itu akan nampak bahawa sebab yang mendorongnya adalah kejadian-kejadian dan perkembangan-perkembangan dalaman yang berlaku. Tetapi, ini tidak tepat. Kerana, satu-satunya sebab keluarnya keputusan 28 Februari 1997 adalah Hubungan Turki-Amerika. Khususnya, apabila Ecevit berusaha untuk memenuhi seruan hangat Amerika, yang sebelumnya masih belum merasakan hubungan baik dengannya, sejak Krisis Cyprus pada tahun 1974.

            Dan mungkin kerana sebab ini, maka kekuatan yang berkuasa dan negara yang mengakar kuat itu ---iaitu, tentera yang nampak pada cengkaman Jeneral yang memegang kuasa, yang kebanyakannya berdarah Yahudi--- mencengkam Turki, agar Ecevit boleh menjadi Perdana Menteri. Sebagaimana yang kami kemukakan sebelumnya, bahawa kerana tekanan Amerika dan desakan-desakannya, maka kerajaan bersedia untuk menjatuhkan pemerintahan sebelumnya. Lalu Demeral dengan sengaja memberikan tugas kepada Ecevit untuk membentuk pemerintahan baru ---setakad untuk menghabiskan masa--- sedangkan Ecevit tidak mempunyai masa, kecuali masa 45 hari yang ditetapkan kepadanya untuk membentuk pemerintahan. Dan banyak cadangan yang melemahkan diajukan oleh semua pimpinan parti politik, yang kemudiannya ditolak oleh masing-masing parti, samada Parti Fadeelat ---Parti Refah--- Parti Haluan Benar dan Parti Rakyat Demokratik (DLP). Setelah Ecevit gagal membentuk pemerintahan, maka Demeral telah menugaskan Yalem Araz ---yang beberapa kali dia menyatakan, bahawa dia percaya kepada kemampuan Araz untuk membentuk pemerintahan, dan ianya akan berakhir secepat mungkin--- dan dia menyatakan bahawa dirinya telah memecut, khususnya berkenaan dengan kes ini. Kemungkinan besar dia  sedang melaksanakan politik Camoflage, sebab apa yang berlaku adalah bercanggah seratus peratus. Jadi, jika Araz berjaya dalam membentuk pemerintahan, maka bermakna Demeral akan berjaya menghancurkan Parti Haluan Benar dan membersihkannya di satu sudut. Dan menyibukkan Araz --sebagai cabaran bagi Amerika-- dalam kedudukannya sebagai pemangku jawatan Perdana Menteri di sudut lain. 

            Setelah Tansu Ciller mengetahui mengenai cubaan untuk menyingkirkannya dan menyingkirkan partinya, maka kebelakangan ini, dia asyik segera mengeluarkan pernyataan yang mengejutkan semua pihak. Bahawa dirinya bersedia untuk menyokong pemerintahan minoriti pimpinan Bulent Ecevit ---yang sebelumnya telah memberikan usulan untuk itu. Perkara ini akhirnya merosakkan permainan Yalem Araz. Ciller kemudian menjelaskan sebab-sebab mengapa dirinya mengeluarkan pernyataan seperti itu: “Saya telah berjaya membongkar pakatan Demokratik.”  Dia juga menyatakan: “Kami telah mengajukan pembentukan pemerintahan, seperti pemerintahan Sa’di Armac dan Naem Taalu ketika muncul penyiaran untuk mempercepatkan pilihan raya.”

            Oleh itu, merupakan suatu kesilapan jika ketepatan analisis politik dalaman Turki dipisahkan daripada politik luaran. Sebab, pada masa yang akan datang politik dalaman Turki berkait secara keseluruhan dengan pilihanraya negeri-negeri dan pemilihan legislatif, yang akan berlangsung pada masa yang sama, iaitu pada 18/4/1999. Di mana parti-parti politik pada masa itu terlibat dalam pertarungan media masa dalam pilihanraya. Di mana sebahagian menyerang yang lain dengan mencipta keraguan dalam usaha memenangi undi pilihanraya.

            Maka, Parti Fadeelat ---yang asalnya daripada Parti Refah--- dan Parti Haluan Benar, kedua-duanya masih bertahan, meskipun ada berbagai cubaan untuk melemahkan Ciller dan partinya, dimana kerajaan akhirnya tidak mampu melemahkannya. Sedangkan usaha untuk membersihkan Parti Fadeelat,  dan melenyapkannya bukanlah suatu perkara yang sulit. Dan untuk tujuan pembersihan tersebut, kerajaan Demeral telah memberikan isyarat untuk mengadakan pilihanraya dalam dua peringkat secara berasingan. Dan untuk tujuan itu, adanya dakwaan yang ditemui bahawa orang yang sama boleh melakukan banyak undi.  Padahal, yang sebenarnya, semua usaha tersebut ternyata gagal, dan nyata bahawa negara yang mencengkam kuat di Turki itu,  masih belum dapat memulihkan kuasanya yang membolehkannya untuk mempermain-mainkan melalui lembaran-lembaran perlembagaan.

            Penjelasan berkali-kali Demeral berkenaan kes ini telah menguatkan pandangan tersebut. Dia mengatakan: “Kamu mestilah berfikir serius tentang tarikh 19/4/1999. Dan pada masa itu, kamu akan tahu, bahawa saya tetap berkuasa.”  Dan mungkin ini merupakan sebab yang lojik, yang boleh menafsirkan makna kunjungan Demeral ke Algeria. Dengan perkataan lain, sesungguhnya ungkapan keadaan (lisan al-hal) kerajaan Turki mengatakan, bahawa apabila pemungutan suara telah berakhir dan memihak pada parti-parti politik yang menentang Sekularisme, maka akibatnya di Turki tidak akan berbeza dengan Algeria. Dan mengikut penjelasan Demeral ini, kita boleh menyaksikan beberapa kejadian yang hangat dalam arena politik dalaman, iaitu:

1- Diciptakannya pengantian, yang dengan itu, pilihanraya 18/4/1999 dibatalkan. Dan itulah yang dilakukan terhadap Parti Refah dan parti-parti lain yang boleh membawa ancaman.

            2- Dibatalkannya pilihanraya, apabila tidak ditemui pengganti tersebut. Atau dengan alasan wujudnya beberapa suara undi yang samapada seseorang.

3- Usaha melakukan revolusi ketenteraan dengan alasan untuk menyelamatkan Sekularisme dari ancaman kaum fundamentalis, apabila tidak adanya kerajaan sekarang, dengan perubahan-perubahan yang sesuai dengan keinginan tentera, atau pada saat tidak adanya pilihan lain.

            Tentang Krisis Abdullah Ocalan, adalah suatu kesilapan apabila ianya dipisahkan dengan krisis hubungan antara Turki-Amerika. Dan sememangnya merupakan perkara yang maklum, bahawa Amerika selalunya memainkan daun terup ini. Sebagaimana masalah tentang: Di mana Ocalan berada? Masalah yang berkenaan dengan Turki secara langsung. Yang jelas, Ocalan duduk di salah satu wilayah, ketika Turki tidak bersedia untuk memenuhi tuntutan Amerika. Buktinya adalah seperti apa yang dinyatakan oleh akhbar-akhbar bahawa Ocalan ketika ini berada di Corbagh atau Lebanon. Maka, sehari setelah pemergian Ocalan ke Itali, iaitu pada 18/1/1999, Presiden Azrabaijan, Haedar Elyev, datang ke salah satu  hospital tentera di Ankara dengan alasan sakit. Dan setelah dua belas hari berlalu, iaitu pada 30/1/1999, dia segera meninggalkan hospital tersebut. Sehari sebelum dia meninggalkan hospital, dia menemui Perdana Menteri, Mas’ud Yelmaz, kemudian selepas itu, dia bertemu Sulaeman Demeral, dan sempat duduk bersamanya sepanjang malam di istana Presiden. Pada hari berikutnya, dia pulang ke negerinya.

            Pada pagi 2/2/1999, banyak akhbar menyairkan berita yang memperkatakan tentang perpindahan Ocalan di antara empat negara selama dua hari sahaja. Dan akhbar-akhbar tersebut menyatakan, bahawa Krisis Ocalan ini akan berpindah ke wilayah yang lain. Israel dan Turki, sama-sama tidak menghendaki Ocalan kembali lagi ke Syiria. Dan dalam hal ini ada banyak kemungkinan, bahawa Kosovo dan beberapa wilayah di persekitarannya, merupakan wilayah yang akan dijadikan tempat Ocalan dan partinya. Ringkasnya, Krisis Ocalan ini memang akan banyak melelahkan Turki. Tulisan ini ditulis sebelum Ocalan ditangkap oleh Ejen Keselamatan Turki.

            Adapun tentang krisis ekonomi, sebelumnya Turki memerlukan US$20 bilion selama 20 bulan ke hadapan, agar Turki boleh melunasi sebahagian daripada hutang-hutang luaran dan dalamannya. Adalah suatu kesilapan, apabila menganggap seseorang sebagai punca krisis ekonomi dalaman di Turki, dan wujudnya kegoncangan ekonomi dunia. Tetapi, puncanya adalah Sistem Ekonomi Kapitalis itu sendiri, serta orang-orang yang melaksanakannya. Disamping wujudnya berbagai isu yang ditiupkan oleh para pemilik modal, tentang rosaknya keadaan ekonomi. Enam bulan sebelumnya, Rahmy Coag telah mengatakan: “Pada masa dua tahun ke depan, Turki akan menghadapi krisis ekonomi yang sebenar.” Juga beberapa penjelasan daripada Mas’ud Yelmaz tentang kes tersebut, adalah bukti yang nyata, bahawa satu-satunya yang wajib bertanggungjawab terhadap krisis ekonomi adalah Sistem Kapitalis itu sendiri, termasuklah orang-orang yang telah melaksanakannya. Dan tidak ada seorang pun yang menafikan, bahawa Yahudi telah menguasai kekuatan ekonomi negara, sebagaimana yang kita nampak pada krisis tahun 1994.

            Sedangkan Krisis Kosovo, mengikut bentuk geografinya, adalah merupakan krisis Eropah kerana ianya terletak di dalam wilayah Eropah. Sebagaimana keadaan yang menimpa di berbagai wilayah dunia, dimana krisis dan peperangan yang berlaku di sana pastinya ada negara yang mendalanginya. Maka di dalam krisis Kosovo ini, negara-negara imperialis yang dipimpin oleh Amerika, British dan Perancis, adalah negara-negara yang berada di belakangnya. Sedangkan berkenaan dengan perkembangan terakhir, maka ianya lebih terhad pada krisis Iraq, dibandingkan dengan yang lain. Di satu segi, Amerika ingin menyalakan api peperangan di Kosovo sehingga Eropah menjadi sibuk dengan kes tersebut, agar Amerika dapat memonopoli Iraq. Sedangkan pada segi yang lain, Eropah sendiri ingin melengahkan Amerika  daripada krisis Kosovo melalui perlawanan Serb, agar Amerika berhenti menyerang Iraq. Dan penjelasan yang paling jelas adalah apa yang dinyatakan oleh Clinton pada 4/2/1999, yang boleh menguatkan pandangan tersebut. “Wilayah Kosovo merupakan unsur ancaman yang serius bagi sekutu kami di Atlantik. Dan boleh menjadi pencetus pertelagahan antara Turki dan Yunani. Saya sentiasa dihantui oleh ketakutan meletusnya keadaan di Bosnia Herzegovina, dimana kami telah mengasaskan perdamaian di sana selama tiga tahun.”                      

Menu Analisis Pilihan Halaman Utama IINDS Analisis Seterusnya

International Islamic and Development Studies