ANALISIS PILIHAN

Pemerintahan

Sosial

Pengadilan

Pendidikan

Ekonomi

PENGENALAN


Ummah Islam telah hidup tanpa 'ibu' (al khilafah) lebih daripada tujuh dekad lamanya setelah jatuhnya 'ibu' (khilafah Uthmaniyyah) umat Islam pada 24 Mac 1924. Sejak dari itu umat Islam di seluruh dunia telah didominasikan oleh negara kolonis barat dan diparahkan lagi dengan penyerapan ide-ide kuffar seperti sekularisme, nationalisme dan individualisme di dalam minda umat Islam. Keadaan inilah yang telah mencengkam umat Islam dari bangkit untuk mengembalikan kehidupan secara Islam dengan thariqah an nubuwwah.

Mengimbas kembali sejarah ketika tertegaknya Islam di muka bumi ini sejak dari terdirinya daulah yang pertama di Madinah sehinggalah berakhir di era Khilafah Utmaniyah di Turki, syiar Islam telak dilaksanakan yang faktanya telah menunjukkan bahawa Islam yang terimplementasi itu telah membawa keadilan dan keselamatan kepada semua umat yang hidup di bawah kibaran panji Daulah Khilafah lebih dari 1300 tahun.

Islam adalah deen (cara hidup), yang menyediakan penunjuk yang komprehensif dalam semua aspek kehidupan manusia termasuklah perkara yang berkaitan dengan hubungan manusia dengan penyembahan, ekonomi dan pemerintahan. Segala peraturan dan perundangannya lahir dari Aqidah Islamiyah yang tiada lain bersumber dari Allah SWT, Pencipta segala apa yang ada di langit mahupun di bumi. Keutuhan dan kemantapan Aqidah inilah yang membawa kepada tertegaknya Islam sebagai satu-satu ideologi yang mampu menyelesaikan segala persoalan kehidupan manusia.

Setelah sekian lama Islam 'hilang' di alam ini maka menjadi taklif dan kewajipan untuk setiap individu muslim bergerak dan berusaha mengembalikannya ke persada sewajarnya sebagai satu ideologi yang tinggi dan mengekalkannya sebagai pentadbir alam ini di bawah satu kesatuan ummah. Perkara ini hanya akan berlaku kiranya minda ummah telah dibersihkan dari sarang-sarang pemikiran kuffar yang menyerabuti selama ini. Kita sama sekali tidak akan pernah merasai betapa agungnya Islam itu selama mana Islam tidak terrealisasi di dalam kehidupan kita.

Dalam ruangan Analisis Pilihan ini, pihak IINDS akan memuatkan hasil pemerhatian berdasarkan fakta dan analisis semasa yang berkaitan dengan Sistem Pemerintahan, Sistem Sosial, Sistem Penghakiman, Sistem Pendidikan dan Sistem Ekonomi. IINDS akan cuba mengupas segala persoalan yang berkaitan bukan semata secara kajian ilmiah tetapi integrasi menyeluruh dan bagaimana setiap persoalan yang timbul itu diselesaikan secara Islam. Adalah diharapkan dengan adanya laman ini sedikit sebanyak menyumbang ke arah kebangkitan umat Islam.



" Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan/Negara Mereka), sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun denganKu. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik "
-An-Nur 55
TERBARU

 

KOLEKSI
ANALISIS TERBARU
Kemaskini terakhir: 22 September 2000

""Matahari (Al Khilafah) yang terbenam itu pasti akan terbit kembali dengan izin Allah"

International Islamic and Development Studies