Pada tahun 1995, sebuah kelab yang bertujuan mendedahkan para pelajar STAR Putra kepada pengendalian komputer serta aplikasi-aplikasinya.Justeru, Kelab Komputer ditubuhkan di bawah kelolaan Koperasi STAR Putra Bhd.
Kelab yang mempunyai keahlian seramai kira-kira 50 orang pada masa itu, memulakan Kelas Pembelajaran Komputer pada bulan Mac tahun yang sama.Bilik IT yang terletak di Blok B, STAR Putra digunakan sebagai makmal bagi tujuan tersebut.Presiden kelab pada masa itu ialah Siti Aishah Adam.
Menjelang 1998, kelab ini mengorak langkah melalui ahli jawatankuasanya yang berkaliber mengolah semula organisasi ini menjadi sebuah kelab yang mempunyai identiti baru.Permohonan untuk menggunakan nama barunya iaitu Kelab Intelek (IT dan Komputer)disokong padu oleh pihak pentadbir STAR Putra.
Kelab Intelek ditubuhkan dengan beberapa ojektif.Antaranya ialah seperti berikut:
|
Logo kami melambangkan singkatan daripada IT dan Komputer (ITK).Tetikus menunjukkan kami menitikberatkan pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat dan komputer.Warna hijau, kuning,merah,putih dan biru merupakan warna-warna yang terdapat dalam lencana sekolah.Bumi membuktikan bahawa teknologi maklumat merupakan aset penting dalam kehidupan manusia di seluruh dunia pada masa kini.