Kembali
Bersama Islãm
Kemaskini terkini pada 23 Muharram 1424

FIKRAH


HALAL/HARAM MAKANAN DIPROSES
HASAN ALBANNA
MASYARAKAT YANG TENAT
STORIES OF NEW MUSLIMS

BULLETIN LAMAN GLOBAL


KENALI IBN TAIMIYYAH
GERAKAN ACEH MERDEKA (GAM)
INIKAH MUSLIMAH SOLEHAH?
THE PLIGHT OF IRAQI CHILDREN
BOYCOTT SUPPORTERS OF ZIONIST
BOYCOTT THESE COMPANIES
QASSAM MILITARY COMMUNIQE


KOMEN & SUMBANGAN


Komen, kritik, rencana, pandangan dan buah pikiran amat dialu alukan.  Sila 'email'kan bahan anda kepada alamat berikut:  webeditor@columnist.com

A ssalamu`alykum warahmatullah wabarakatuh.  Salam perkenalan dari webmaster Kembali BERSAMA ISLAM .  Laman ini memuatkan rencana, ulasan peristiwa semasa, karya sastera dan puisi yang berunsur Islam. 

Kenapa dinamakan Kembali BERSAMA ISLAM ?  Analisa terhadap realiti sejarah dan kesinambungan umat telah mengenalpasti beberapa ciri berikut:

Majoriti muslim bersikap acuh tak acuh atau tidak 
prihatin untuk mendalami dan memahami ajaran Islam.

Majoriti muslim dilanda sindrom lemah iman dan
keyakinan terhadap Allah, Rasul dan Islam.

Sejarah menyaksikan umat Islam diganyang dan di- kalahkan oleh musuh-musuh Islam ketika mereka asyik dibuai sindrom 'cintakan dunia - takutkan mati'.

Musuh-musuh Islam bukan sahaja menakluki tanahair
Islam dengan bala tentera bahkan meleraikan asas dan dasar sosial bagi kewujudan negara Islam.

Penjajah Barat (Kristian) menggantikan syari'at Islam  di negara yang ditakluki dengan perundangan rekaan
mereka dan meyebar luas budaya riba, arak, judi, zina serta berbagai bentuk kefasadan.

Barat berjaya menyahkan rasa mulia dengan keagungan dan keluhuran `aqidah,`ibadah, akhlak, ukhwah dan jihad dari hati, jiwa dan pemikiran majoriti kaum muslimin.

Yahudi dan Kristian berkonspirasi meruntuhkan daulah
dan khilafah Islam dengan mempromosikan semangat
kebangsaan sempit menggantikan persaudaraan Islam
yang berteraskan iman dan 'aqidah.
   

Penjajahan ketenteraan disertai dengan penjajahan
fikiran dan proses pemesongan 'aqidah.

Kehinaan dan 'inferiority complex' menyelubungi perasaan dan pemikiran umat sehingga mereka menyangka mereka perlu mencontohi dan mengambil apa saja dari Barat untuk keluar dari kehinaan ini dan dihormati.

Islam difahami menurut tafsiran Barat yang mengurung agama di satu sudut yang tidak ada lagi kaitan dengan urusan negara, pemerintahan, ekonomi dan pertahanan.

Implikasi-implikasi negatif ini berterusan dalam pemikiran, perasaan dan keyakinan umat walau pun tanah air mereka telah lama  dimerdekakan.  Penjajah telah keluar dari bumi mereka tapi pemikiran yang terbelenggu dan terjajah belum keluar dari 'aqal dan hati mereka.    

Benarlah sabda Rasulullah bahawa Islam akan kembali dagang (ghurbah) sepertimana keadaannya di zaman awal dakwah baginda.  

Berdasarkan fakta dan fenomena ini, Islam dalam pengertiannya yang sempurna (syumul) dan asli yang bersumberkan AlQuran dan Sunnah perlu diperkenalkan semula khususnya kepada umat Islam dan seluruh umat manusia umumnya.  

Marilah kita kembali memahami, mengimani dan menghayati Islam yang asli berdasarkan AlQuran dan Sunnah Rasulillah s.a.w.  Atas kesedaran ini kami bangunkan laman ini dan kami namakan Kembali BERSAMA ISLAM.

 Add Me!
FastCounter by bCentral
©NASHRULFIKR WEB PUBLISHING 2002