JENIS-JENIS GANGGUAN STRATIGRAFI

PENGENALAN

Philip, Fox dan Graffin (1951) telah menerangkan secara ringkas tentang definisi stratigrafi yang merujuk kepada perbezaan antara susun lapis dengan stratigrafi. Susun lapis adalah apa yang awak jumpa manakala stratigrafi adalah apa yang awak buat dengannya. Malah ia adalah istilah dan pengkajian yang diambil dari geologi(1). Stratigrafi merupakan satu pendekatan yang penting dalam arkeologi. Ini kerana stratigrafi merupakan satu data yang terpenting kerana tafsiran yang tepat dapat dibuat dengannya. Kerja penggalian juga mesti dilakukan dengan sistematik dan terancang. Ini kerana setiap tapak mempunyai sumber yang terhad. Oleh itu, jika tidak digali dengan sistematik data akan musnah dan tidak dapat diperolehi lagi. Stratigrafi merupakan data konteks dan ia boleh dibahagi kepada 2 iaitu stratigrafi mendatar dan stratigrafi menegak. Stratigrafi mendatar mengkaji apa yang dijumpai dalam lapisan yang sama. Ia memakai prinsip apa yang dijumpai dalam lapisan yang sama adalah sezaman dengan syarat tiada gangguan dan bukan barang warisan. Contohnya, di Sarawak seramik lebih tua usianya daripada usia kubur dan ini berlaku kerana seramik tersebut adalah barang warisan mereka. Stratigrafi menegak merujuk kepada turutan lapisan yang membezakan dalam longgokan (deposit) dari atas ke bawah. Dalam hal ini terdapat prinsip stratigrafi yang mengatakan lapisan bawah adalah lebih tua usianya daripada lapisan atas asalkan tiada sebarang gangguan. Gangguan yang berlaku akan menyebabkan lapisan bawah naik ke atas dan sebaliknya. Akibatnya barang artifak akan turut terganggu(2). Dalam membincangkan tentang gangguan stratigrafi ini tumpuan lebih diberikan kepada stratigrafi menegak. Disamping itu, perbezaan stratigrafi boleh dilihat berdasarkan perbezaan warna tanah, tekstur tanah, kandungan tanah dan juga jenis tanah. Selain itu, di setiap lapisan terdapat 3 jenis tinggalan iaitu tinggalan indigeneus, infiltrated dan residual. Indigeneus merujuk kepada tinggalan yang dijumpai ditempat asalnya. Infiltrated pula biasanya terdapat di tapak pelbagai yang mengandungi lebih dari satu kebudayaan. Tinggalan ini merujuk kepada tinggalan dari lapisan atas jatuh ke lapisan bawah. Bagi tinggalan residual, ia juga biasanya terdapat di tapak pelbagai dan merujuk kepada tinggalan dari lapisan bawah terangkat naik ke atas(3). Tinggalan infiltrated dapat dilihat di gua Niah dimana terdapat tengkorak homo sapiens-sapiens yang telah jatuh ke lapisan lebih bawah. Tinggalan residual dapat dilihat di Non Nok Tha yang diakibatkan oleh kegiatan manusia seperti menggali lubang, parit, pengkebumian dan sebagainya. Ini menyebabkan tinggalan di bawah turut terangkat bersama-sama tanah yang digali. Dalam stratigrafi menegak ini perlu dipastikan sama ada longgokan tersebut primer atau sekunder. Bagi longgokan primer apa yang dijumpai dalam satu lapisan adalah dikatakan sezaman. Tinggalan ini dihuraikan sebagai satu assembledge kerana tiada gangguan manakala longgokan sekunder adalah longgokan dari beberapa zaman dan dihuraikan sebagai aggregart. Ketika mengkaji di tapak pelbagai, stratigrafi menegak penting supaya dapat membezakan yang mana dari lapisan yang berusia muda atau tua dan ini adalah berlandaskan kepada prinsip stratigrafi. Apabila menggali sesebuah tapak adalah amat penting untuk meneliti pertukaran warna, jenis, tekstur dan kandungannya serta melukis section drawing mengikut skala disamping adanya indeks fossil. Selain itu, adalah penting untuk mengkaji longgokan sama ada ianya longgokan stratification @ unstratified. Longgokan stratification adalah lapisan yang berbeza manakala longgokan unstratified ialah yang tidak boleh menampakkan perbezaan. Walaupun begitu, ia boleh dikawal dengan mengikut rekod arbitary level. Sir Mortimer Wheeler dalam bukunya archaeology from the earth pernah menyebut mengenai stratigraphic profile dimana ia merujuk kepada buka keratan tanah yang digali. biasanya berdasarkan penelitian rapi direkod penggalian petak atau dinding ini (digelar section drawing) dikawasan yang terdedah di Asia Tenggara, proses larut resap berlaku dan ini kadang-kadang boleh disebabkan warna tanah jadi sama. Ditapak gua pula terlindung dan pakar stratigrafi menjumpai beberapa Stratigrafi semulajadi iaitu adanya lapisan yang berbeza. Contohnya dapat dilihat di Lang Rong Rien. Douglas Enderson telah menemui longgokan stratified dan telah membahagikan kepada 10 unit Stratigrafi . Di unit 1-4 terdapat beberapa tempat yeng telah diganggu dengan aktiviti gali liang pengkebumian. Unit 5-6 agak nipis dan terdiri dari alat jenis Hoabinhian. Unit 7 pula adalah lapisan yang amat tebal dan tidak ada batu. Pada unit 8, warna tanah gua tidak sama dengan atas dan radiokarbon adalah bertarikh 27 ribu tahun dahulu. Unit 9 terdapat banyak alat batu berepeh dan unit 10 paling bawah sekali. Gua Tabon yang digali oleh Robert Fox pada tahun 1970-an telah dibahagikan kepada 5 Flake assembledge . Flake assembledge I adalah lapisan permukaan. Flake assembledge II tanahnya bewarna coklat gelap berpasir dan keras serta banyak terdapat tulang mamalia, arang batu dan gigi manusia. Pentingnya lapisan ini ialah terdapatnya satu lapisan yang tebal dan keras yang memisahkan Flake assembledge II dengan Flake assembledge III. Flake assembledge III ini dianggarkan kedalamannya lebih kurang 85cm hingga 115cm. Dalam lapisan ini didapati tanahnya bewarna merah coklat tua yang secara relatifnya berpasir dan kaya dengan bahan organik. Lapisan ini juga mengandungi banyak serpihan arang, tulang burung, kelawar dan juga mamalia kecil dan dijumpai sedikit sahaja tulang fossil. Flake assembledge IV pula dijumpai arang dengan kedalamannya dari permukaan adalah 121cm. Bagi Flake assembledge V kedalamannya 160cm dan merupakan lapisan yang paling bawah. Dalam Flake Assemledge III, IV dan V, tidak berlaku sebarang gangguan terutamanya akibat daripada kegiatan binatang.

Tanpa Stratigrafi, tinggalan-tinggalan artifak akan bercampur aduk, seperti yang diterangkan sebelumnya, stratigrafi dapat memberi tafsiran yang tepat. Contohnya dapat diambil dari gua Niah di Sawarak yang digali oleh Tom Harrison. Dikatakan yang tengkorak Homo sapiens sapiens dikatakan bertarikh 30 ribu tahun dahulu berdasarkan kepada tarikh radiokarbon yang dijalankan ke atas sampel arrang yang dikatakan dijumpai bersama-sama dengan tengkorak tersebut. Tengkorak tersebut tidak diberi tarikh radiokarbon. tapi hanya arang sahaja. Kemudiannya ia mula dipersoalkan sama ada ia tinggalan Indigeneus atau telah jatuh dari lapisan atas ke bawah (infiltrated) oleh Peter Bellwood. Gua Niah adalah tapak perkuburan pada zaman Neolitik dan gangsa. Lapisan atas dijumpai banyak tulang manusia. Dari sini dapat disimpulkan akibat daripada kegiatan gali lubang, tengkorak tersebut telah jatuh dari atas ke bawah. Terdapat 2 proses yang menyebabkan gangguan ini yang dan dikenali sebagai 'redeposition of material', iaitu proses dimana bahan-bahan arkeologi beralih tempat selepas ia terpendam dalam sesebuah longgokan. 2 proses ini ialah pertamanya, 'downward displacement' iaitu bahan artifak masuk ke lapisan lebih bawah atau infiltrated. Keduanya adalah 'upward migration' dimana bahan artifak naik ke atas atau residual.

Terdapat faktor yang menyebabkan proses ini seperti diakibatkan oleh kegiatan binatang,kegiatan manusia purba,oleh proses semulajadi seperti oleh pokok ,hakisan tanah di lereng bukit ,hakisan sungai ,proses leansing dan proses leaching. Faktor yang diakibatkan oleh kegiatan binatang dilakukan oleh binatang yang suka mengorek tanah seperti tikus dan ini boleh menggangu stratgrafi di sesebuah tapak.Anai-anai yang membina sarang juga dikatakan boleh mengganggu strata.Contoh jelas yang dapat dilihat di Asia Tenggara ialah di Gua Tabon dan Pulau Palawan.Gangguan stratigrafi di gua ini telah dilaporkan oleh Robert Fox.Hasil daripada penggalian telah memperlihatkan bahagian-bahagian yang telah terganggu akibat daripada kegiatan burung Megapod atau 'Tabon bird '(nama ini diberi selepas gua ini diberi nama gua tabon).Burung ini mencakar tahi kelawar dan pasir yang lembut dengan dalam untuk dibuat lubang untuk bertelur.Sesetengah lubang yang digali itu dikatakan mencecah 130cm dalamnya.Ini telah mendedahkan tinggalan artifak di lapisan bawah.Selain itu ,gangguan di gua ini juga berpunca daripada kegiatan biawak besar yang menggali untuk mendapatkan telur.Seekor biawak yang berukuran satu setengah meter yang mati telah dijumpai di gua tersebut. Disamping itu aktiviti cacing tanah juga telah membawa kepada gangguan stratigrafi dan ia adalah lebih cenderung kepada tapak terdedah.akibat daripada aktiviti cacing ini,tanah akan menjadi longgar dan seterusnya gangguan akan berlaku .Prof. R.J.C Atkinson(Atkinson,1957) pernah membincangkan akan peranan yang dimainkan oleh cacing tanah ini dalam mengubah keadaan tapak arkeologi.Pergerakan cacing tanah ini adalah dari atas kebawah dan dari bawah ke atas dalam tanah.aktiviti utamanya adalah di permukaan tanah yang nipis.tapi pada musim sejuk ia akan bergerak masuk ke dalam tanah yang lebih dalam untuk mengelakkan dari kesejukan.Pergerakan cacing ini juga meyebabkan tinggalan artifak yang kecil seperti duit syiling dan manik akan jatuh ke lapisan bawah.Malah pergerakannya di permukaan tanah juga menyebabkan barangan kecil di permukaan tanah akan jatuh sikit demi sedikit ke bawah hingga sampai ke kawasan keras .Ini secara tidak langsung menyebabkan objek moden seperti duit syiling ,penutup botol serpihan tekno victrian akan bercampur dengan deposit yang lepas.Contoh yang terbaik dapat dilihat di Rom di mana akibat kesuburan tanah dan aktiviti cacing telah menyebabkan tinggalan arkeologi yayang kecil jatuh ke bawah atau infiltrated. Manusia purba juga menyebabkan gangguan pada stratigrafi .Manusia purba biasanya menggali lubang ,perigi,parit dan juga lubang untuk pengkebumian.biasanya gangguan ini akan berlaku di tapak komponen yang pelbagai @ mengandungi lebih daripada satu kebudayaan.tTnggalan artifak yang terganggu ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu sama ada infiltrated@ residual . Contohnya di Non Nok Tha di mana dalam satu lapisannya telah dijumpai tinggalan zaman Neolitik dan Gangsa .Ini pada mulanya mengejutkan ahli arkeologi dan tersebar .Pengkajian logam mula diperkenalkan dalam zaman prasejarah.Di tapak ini manusia pada zaman gangsa telah menggunakan tempat ini sebagai tapak pengkebumian dan telah banyak menggali lubang .Akibatnya,gangguan stratigrafi berlaku dan ia melibatkan 2 proses iaitu downward displacment dan upward migration .Kadang-kadang lubang yang digali untuk pengkebumian sampai ke lapisan Neolitik dan gangguan akan berlaku kerana tinggalan ini tidak sezaman (zaman Neolitik dan Gangsa).Apabila lubang digali tanah dari lapisan atas akan kebawah dan membawa bersama objek dari zaman Neolitik ke zaman Gangsa . Lama kelamaan lubang ini akan tertimbus semula tapi perbezaan tekstur tanah yang lebih longgar telah menunjukkan lubang ini telah digali.Untuk mengesan lubang yang telah digali untuk pengkebumian ialah daripada perbezaan tanah di sesuatu tempat.Warna, tekstur dan kandungannya yang tidak berapa padat dan ia adalah infilling iaitu tanah yang telah tertimbus balik. Selain itu ,gangguan stratigrafi yang lain digelar sebagai occupational disturbances .Ia biasanya berlaku di tapak-tapak yang didiami oleh masyarakat silam dan gangguannya adalah akibat daripada aktiviti kediaman di tapak tersebut. Biasanya ia lebih tertumpu di gua kerana ia tidak mempunyai kewasan yang luas dan kegiatannya lebih tertumpu di pintu gua. Tapak komponen pelbagai adalah tapak yang didiami oleh masyarakat dari beberapa zaman atau dikenali juga sebagai continuous occupation. Akibat daripada kegiatan manusia telah menyebabkan lapisan atas dari permukaan lantai hinggalah 30cm ke dalamnya (tebalnya) akan berlaku gangguan stratigrafi. Gangguan yang diakibatkan oleh proses semulajadi dapat dilihat dari pelbagai aspek. pertamanya ialah akar-akar pokok yang boleh menolak tinggalan arkeologi ke lapisan yang lebih dalam. Apabila pokok tumbang , ia boleh membawa tanah dan bahan ke kawasan permukaan tanah. Namun bila digali disesebuah tapak ,pokok dan kayu tidak ada tetapi boleh dilihat perbezaan tanahnya. Keduanya ialah hakisan tanah di lereng bukit yang biasanya menggangu tapak-tapak di lereng bukit. Hakisan ini menyebabkan tinggalan akan beralih tempat dan akan bercampuraduk dengan tinggalan dari zaman yang lain. Ketiganya ialah hakisan sungai. gangguan stratigrafi juga akan berlaku bila adanya hakisan sungai.semua laporan barang batu yang dianggap sebagai Patjitanian di Jawa sebelum 1970 telah dikumpulkan dari dasar pasir lada atau diambil dari permukaan teres sungai yang mengalami hakisan.tiada satupun yang dijumpai bersama-sama dengan fossil manusia di samping kedudukannya yang dijumpai . Malah Tweedie dan Koenigswald dalam tahun 1938 telah menggabungkan sejumlah 3000 dari jenis tempatan di sepanjang Sungai Basoka di Jawa. Akibat daripada hakisan sungai ,tebing akan terhakis dan akan runtuh. Tinggalan arkeologi akan terbawa ke tempat lain Oleh itu adalah penting untuk mengkaji kawasan di lembah sungai. Di Jawa , banyak fossil hominid dijumpai di beberapa tempat di Pening, Sangiran, Sambung Macan, Trinil. Pada tahun 1930-an Ralph Von Koenigswald telah menemui beberapa alat batu zaman Neolitik di dasar Sungai Basoka dekat Pacitan dan ia digelar sebagai industri Pacitan. Berdasarkan kepada kajian tipologi (kajian mengenai jenis bentuk alat batu ), berpendapat ia adalah alat batu Paleolitik. Alat batu ini dijumpai oleh Eugene Dubois pada tahun 1890 di Trinil, Jawa (Lembah Solo) . Persoalan mula timbul apabila ditemui alat batu zaman Paleolitik yang dikaitkan dengan Jawa Man . Ini disebabkan di Lembah Basoka tidak ada sisa tulang Jawa Man tetapi hanyalah longgokan yang amat purba . Ini banyak dipertikaikan oleh Barstra yang berpendapat sebenarnya alat batu zaman Paleolitik di Lembah Basoka adalah alat batu yang terhakis keluar dari tebing dan seterusnya telah terbawa di tebing dan tertimbus . Alat batu ini dikatakan dari zaman Pleistosen akhir manakala Jawa Man adalah dari zaman Pleistosen awal dan pertengahan dan oleh sebab ini ia tidak boleh dikatakan sebagai hasil tangan Jawa Man . Hakisan sungai telah menyukarkan pakar untuk memberi kronologi terhadap batu tersebut. Walau bagaimanapun ,1973 di Sambung Macan, Lembah Solo telah dijumpai tengkorak Homo Erectus yang bertarikh akhir pertengahan Pleistosen. Aspek yang keempatnya dalam gangguan yang diakibatkan oleh proses semulajadi ini ialah proses lensing . Kadang-kadang dalam satu longgokan terdapat poket-poket tanah yang berbeza dari segi warna, tekstur dan kandungan kimianya. Lanse (poket) adalah sezaman dengan tanah-tanih di lapisan itu. Bila penggalian dibuat di tapak tersebut bahawa terdapat lanse di tapak tersebut dan jangan anggap ia dari zaman lain. Untuk mengatasi masalah ini, tapak perlu digali dengan lebih luas dan perlu dilakukan dengan berhati-hati terutamanya di tapak-tapak yang tidak rata seperti di kawasan sungai atau lembah. Proses yang terakhir ialah proses Leaching atau larut resap. Ia biasanya berlaku di kawasan Tropika yang panas dan terima hujan yang lebat. Akibat dari proses ini, kandungan tanah terutamanya yang terdiri daripada garam galian senang larut di samping bahan organik yang meresap masuk ke lapisan yang lebih bawah. Kadang-kadang akibat daripada proses penerimaan hujan yang lebih banyak , garam galian itu akan hilang langsung. Stratigrafi akan terganggu akibat daripada proses ini kerana longgokan yang dijumpai tidak ada lapisan tanah yanh berbeza terutamanya dari segi warna tanah . Masalah leaching biasanya hanya tanah merah yang dapat dilihat di tapak . Dalam kes ini penggalian mengikut stratigrafi semulajadi tidak dapatdijalankan kerana tidak dapat melihat perbezaan dan biasanya mengikut unit level excavation @ arbitary level excavation. Umpamanya dengan menggali setip satu lapisan 10cm.

KESIMPULAN

Stratigrafi merupakan satu data konteks yang penting serta merupakan satu pendekatan yang penting dalam pentafsiran yang tepat dalam arkeologi. Hasil daripada stratigrafi ini, kerja-kerja penggalian dapat dilakukan dengan prinsip stratigrafi iaitu lapisan bawah lebih tua usianya dari lapisan atas asalkan tiada sebarang gangguan dan barang warisan.


NOTA KAKI

  1. R.E.W Adam, 'Stratigraphy', dalam Field Methods in Archeology, Hester, T.R. , Mayfield Publishing Company, California, 1875, hlm 148
  2. Ibid, hlm 149
  3. E.C. Harris, Principles of Archeological stratigraphy, academic Press, new York, 1979, hlm 93
  4. R.B. Fox The Tabon Caves, manila, 1970, hlm 25-28
  5. Ibid, hlm 22
  6. Philip Barker, tecniques of archeological Excavation, Universe Books New york, 1982, hlm 121-122
  7. Charles Higham, The archeology of Mainland Southeast Asia, cambridge, 1989 , hlm 99-100
  8. Ibid hlm 101
  9. Ibid hlm 103
  10. Karl huterer, Reinterpreting, the southeast Asia Paleolitik dalam Sunda dan sahul, Prehistoric Studies In Southeast Asia melanesia and australia, Allen, J. london, 1977 hlm 40


Balik