DOKTRIN MONROE DAN DASAR ISOLASI AMERIKA
 

Negara Amerika merupakan sebuah negara yang mencapai kemerdekaannya [ada tahun 1776. Kemudian ia mula membangun negaranya agar dipandang oleh kuasa lain atau boleh dikatakan untukmendapatkan kehormatan daripada kuasa-kuasa lain khususnya kuasa Eropah. Dalam tahun 1789, satu revolusi telah berlaku di Perancis. Amerika mengumumkan pengecualian daripada terlibat dalam mana-mana gabungan walaupun sebelum ini Amerika bergabung dengan Perancis. Jika dilihat kepada polisi lyuar Amerika pada peringkat awalnya lebih suka kepad pengecualian kuasa di mana mereka lebih menumpukan perhatian dalam perkara-perkara yang berhubung dengan hal-hal dalam negeri. Contohnya, awal 1800an,  Amerika memutuskan untuk tidak campur dalam urusan-urusan eropah dan Eropah tidak boleh campur tangan dalam urusan-urusan di hemisfera barat.

Kemudiannya kita lihat Amerika mengumumkan Doktrin Monroe sebagai asas kepada polisinya. Satu abad kemudian, Amerika memutuskan untuk bertindak bersama-sama negara di utara dan selatan Amerika untuk kebaikan umumnya. Inilah kemudiannya telah dilancarkan ‘good Neighbour Policy’. Amerika kemudiannya mula berjaga-jaga dengan kuasa-kuasa Eropah dan dasr Isolasi telah dijadikan asas dalam hubungan Amerika dengan kuasa-kuasa luar. Ini akan diterangkan kelak.
 

Isolasi jika dilihat definisinya adalah bermaksud pengasingan, pemincilan dan pemisahan. Namun apa yang hendak kita lihat disini adalah merujuk kepada Amerika di mana dasar pemincilan kuasa Amerika dalam hubungannya dengan negara-negara luar khususnya dengan kuasa-kuasa eropah. Lebih kurang suku abad Amerika berada dalam dasar pemincilan kuasa dimana pada masa itu ia banyak menumpukan perhatian kepada masalah dalam negara serta membangunan negaranya. Dalam memperkatakan trentang isolasi, ia mempunyai ciri-ciri tertentu. Antara ciri-cirinya ialah;

1. tiada campurtangan dan tidak mahu mengambil bahagian dalam mana-mana urusan politik. Amerika menganggap pencerobohan kuasa lain seperti bumerang yang boleh membahayakan kedaulatannya sendiri.

2. Menghindarkan daripada sebarang tindakan berasama. Seperti tindakan di mana dibezakan dari secara kebetulan atau dibuat dengan tindakan, ia adalah aspek kepada perpaduan, larangan dalam hubungan dengan kuasa lain dan di dalam kewajipan pelaksanaan pentadbiran. Sebarang pembabitan adalah diperytimbangkan.

3. Tidak bergantung dengan mana-mana kuasa politik yang lebih besar.

4. Tiada pembabitan dengan mana-mana perikatan

5. Tiada had dalam hak asas bagi sesuatu kedayulatan.
 

Sebelum kita memperkatakan tentang dasar luar Amerika yang pada peringkat awalnya menjalankan dasar pemincilan kuasa perlu dilihat akan doktrin Monroe dahulu kerana ia dikatakan sebagai asas kepada polisi luar Amerika pada tahun-tahun berikutnya serta memperkatakan adakah ia meruipakan satu dokumen isolasi. Amerika berhadapan dengan cabara dari ‘ quadruple alliance’ serta ancaman dari rusia. Akibat dari sini, tiga tindakan khusus telah diambil iaitu pertamanya; Setiausaha Negara iaitu John Quincy Adams dalam nota ucapannya yang kuat memprotes Rusia dengan berterus terang menegaskan hak Amerika untuk belayar di perairana pasifik. Keduanya; amerikamengakui kemerdekaan terhadap kerajaan-kerajaan di Amerika latin. Ketiganya; Presiden Monroe dalam mesej tahunannya kepada kongres pada 2 disember 1823 telah emngumumkan polisi luar Amerika yang mana kemudiannya dikenali sebagai Doktrin Monroe. Sebenarnya, doktrin monroe adalah peluasan polisi yang sebelum ini dimulakan oleh Washington dalam ‘Farewell Address’ dan oleh Jafferson dalam pernyataan untuk polisi luar.
 
Polisi luar Amerika hari ini adalah dipengaruhi oleh sikap dan peristiwa masa lepas. Semasa tahun-tahun sebelumnya, Amerika adalah satu kuasa yang lemah dan hanya ada sedikit perubahan dalam urusan-urusan  dunia. Negara-negara  Eropah yang menguasai memegang kuasa dunia. Pada masa aini Amerika  berpegang kepada dasar isolasi. George Washington, akibat mulai risau dengan Amerika yang mula terlibat dalam peperangan , lalu dalam ‘farewell address pada tahun 1796 mengatakan;

the great rule of conduct for us in regard to foregn nations is, in extending our commercial relation to have with them as little political connection as possible.... it is our true policy to steer clear of permanent alliances with any portion of the foreign world, so far, I mean, as we are now at liberty to do it......

 Berikutnya, Amerika ada ikatan perdagangan dan diplomatikdangan negara-negara lain tetapi cuba mencari agar dapat mengelakkan diri dalam peperangan asing dan juga tidak terlibat dalam penyekutuan dengan mana-mana negara. Doktrin Monroe yang diistiharkan oleh Presiden Jamers Monroe merupakan satu mesej yang terkenal dalam menjadi asas kepada dasar luar Amerika kemudiannya. Empat ciri penting terdapat dalam Doktrin Monroe ini;

1. Hemisfera Barat tidak terbuka untuk dijajah oleh mana-mena kuasa eropah.
2. Mana-mana percubaan oleh mana-mana negera eropah untuk menubuhkan koloni-koloni baru di dunia baru atau untuk mengawal politik mana-mana negara Amerika akan dipandang sebagai tindakan tidak bersahabata dengan Amerika.
3. Amerika tidak boleh cam,purtangan dalam urusan-uruisan Eropah atau dalam mana-mana urusan koloni-koloni Amerika yang telah sedia bebas.
4. Sebaliknya, Eropah walau bagaimana pun tidak boleh menganggu status politik mana-mana negara yang bebas di Hemisfera Barat.

 Sebab utama yang membawa timbulnya doktrin ini adalah pertamanya; diakibatkan oleh perakuan Rusia ke atas jajahan di Selatan Alaska yang seterusnya menimbulkan konflik dengan Amerika dan British yang menginginkan Bart lait pasifik.  Keduanya; tercetusnya ancam,an akibat daripada tawaran ‘quadruple alliance’ di Eropah kepada penduduk Amerika yang baru sahaja mendapat kebebasan. Secara ringkasnya, Doktrin Monroe ini meruipakan AMARAN Amerika kepada kuasa-kuasa Eropah agar tidak campurtanga dalam sebarag urusan negara-negara baru di kepulauan Carribbean dan Amerika Latin. Dalam penyataannya;

the new world is not your concern. Keep out of it and we will keep out of Europe’ Business

Amerika mampu berdiri tegas dalam pernyataannya kerana iatahu Great Britain juga pada masa tersebut merupakan kuasa laut terkuat juga mengkehendaki negara-negara Eropah tidak menguasai Amerika. Pernyataan rasmi Monroe ini merupakan satu langkah penting yang diambil oleh kerajaan Amerika.

Jika dilihat perjalanan doktrin ini  terdapat sumbangan John quincy Adams dalam doktrin ini. Adams menyumbang klausa ‘non-colonization’ di mana beliau menggunakan klausa ini untuk memprotes Rusia berkenaan campurtangan yang berlaku di sebelah barat laut. Beliau jug bertanggungjawab mengumumkan campurtangan Amerika dalam hal-hal Eropah. Secara tidak langsung, George washington, Thomas Jefferson, henry Clay serta yang lainnya telah mengubal pernyataan tersebut kerana mereka telah lama menganjurkan supaya dunia dibahagikan kepada dua iaiatul satu baahgian di bawah dominasi Amerika dan satu bahagian lain di bawah dominasi Eropah dan mereka boleh berbuat sesuka hati di kawasan yang telah dibahagikan itu. Sesungguhnya, Doktrin Monroe ini bukanlah satu doktrin yang baru. Ie talah dikemukakan oleh George Washington dalam farewell Address’ dan kemudiannya telah diberikan nafas baru terhadap idea-idea yang telah dikemukakan. Selepas perang pada tahun 1812, Amerika mengambil langkah berani dimana menunjukkan ia kan muncul sebagai sebuah kuasa yang kuat. Awal 1820an di dunia baru yang merupakan koloni-koloni Spain dan Portugal telah mendapat kebebasan masing-masing. Raja Spain dan Portugal telah mendapat kebebasan masing-masing. Raja Spain mahu mendapatkan kembali koloni-koloninya dan cuba meminta bantuan daripada kuasa-kuasa Eropah lain. Great Britain menentang rancangan ini. Ia mahukan Amerika Latin kekal dengan kemerdekaan mereka dimana mereka boleh menjalankan aktiviti-aktiviti perdagangan dengan sesiapa sahaja yang dikehendaki termasuklah Britain sendiri. Umumnya, Amerika tidak mahu melihat Spain atau mana-mana kuasa Eropah merempas negara-negara di bawah Hemisfera Barat ini. Ini bukan sahaja boleh terjadi boleh terjadi kepada Amerika Latin tetapi juga bahagian-bahagian lain di Amerika. Contohnya, pada masa yang sama Rusia telah menguasai Alaska dan telah menuntut kawasan yang lebih jauh lagi ke selatan di pantai pasifik.
 
Doktrin Monroe ini menuntut polisi di mana ; America for American” Amerika pada peringkaty ini bernasib baik kerana mendapat galakandaripada dari Amerika latin dan juga oleh Great Britain. Walaupun, Amerika Latin menyedari yang tindakan Amerika hanyalah untuk kepentingan diri sendiri, tetapi mereka telah memandang secara praktik yang Doktrin Monroe akan menjamin kemerdekaan mereka dari kuasa Eropah. Great Britain secara tidak lengsung telah memberi kekuatan yang sebenar kepada Doktrin Monroe ini. Dalam tahun 1823 hinggalah memasuki 1900an, angkatan laut British mengawal lorong-lorong  di laut  Atlantik. Hanya dengan izin Britain barulah kaal-kapal dari mana-mana negara termasuk pengangkutan dari Amerika  boleh melalui k e kawasan antara Eropah  dengan Amerika. Amerika beransib baik kerana pedagang-pedangan Britain begitu berminat memelihara kemerdekaan terhadap negara-negara di bahagian Tengah dan selatan Amerika. Terdapat beberapa kepentingan dalam  Doktrin Monroe ini. Doktrin Monroe merupakan satu amaran kepada kuasa-kuasa Eropah di mana Amerika amat ambil berat dalam semua urusan dengan negara-negara di utara, tengah dan selatan Amerika. Doktrin Monroe ini juga memperlihatkan semangat perpaduan dan kekuatan Amerika. Presiden Monroe  telah berucap kepada penduduk Amerika yang lebih daripada 10 juta orang. Beliau juga berucap di man bangsanya mestilah berazam menahan kemerdekaan daripada Eropah. Rancangan Eropah dalam menentang kemerdekaan Amerika latin adalah dengan cba melemahkan negera-negara itu secara lembutr kerana ia lebih baik jika dibandingkan dengan tindakan tentera yang lebih menonjol. Seperti dinyatakan di atas yang tujuan mesej ini adalah untuk menyatupadukan penduduk di Amerika latin untuk menjaga sendiri keselamatan mereka di samping bertujuan menggerakkan orang-orang Amerika. Dengan adanya cabaran daripada Eropah, Presiden Monroe mula menumpukan kepada keadaan dalam negara. Setelah tersebarnya desas-desus bahawa pihak Eropah mahu menyentuh atau menawan Hemisfera ini, ia telah memberi peluang kepada beliau untuk membangkitkan dan menyatupaukan orang ramai dengan menekankan kepada maruah kebangsaan.

 Pada 2 Disember 1823 hanyalah pengumuman tentang Doktrin Monroe yang dibuat tapi era isolasi  asebenar-benarnya telah berlaku 30 tahun kemudiannya dimana lebih kurang suku abad. Pada masa inilah  yang dikatakan Amerika memasuki era isolasi. Dalam memperkatakan adakah Doktrin Monroe erupakan satu dokumen isolasi maka berlandasakan apa yang telah diperbincangkan, ia adalah satu dokumen isolasi. Ini  kerana ciriciri yang terdapat dalam doktrin ini adalah melarang canpurtangan dalam mana-mana kuasa dan mahu bergerak dengan sendiri. Jika dirujuk dengan ciri-ciri isolasi, ciri-ciri yang terdapat dalam Doktrin Monroe juga menekankan aspek yang sama. Selepas tahun 1865, Amerika tidak banyak terlibat dengan polisi luarnya. Amerika terlalu sibuk dengan urusan-urusan dalam negaranya dan ini ditambah dengan tamatnya peperangan yang merupakan satu ruang yang baik yang mana terbuka untuk membuat sebarang penyelesaian. Jalan keretapi telah dibina, bijih timah telah dikorek dan ladang-ladang telah dibuka. Amerika telah berjaya dalam usaha mebangunkan negaranya antara tahun -tahun 1860 hingga 1890. Contohnya , dalam tahun 1860, hanya 31 jutra orang yang tinggal di Amerika dan kebanyakannya tinggal di mississipi. Kemudiannya, pada tahun 1890 iaitu 30 tahun kemudiannya,  bilangan penduduk yang tinggal di Amerika telah bertambah kepada 63 jua orang. Taburan tempat tinggal 63 jutaorang ini adalah dari Atlantik ke Pasifik dan dari Kanada hingga ke Mexico. Dalam tahun 1860, terdapat 30 ribu batu rangkaian keretapi tetapi tidak ada lagi merentangi benua. Dalam tahun 1890, sudah terdapat 160000 batu rangkaian jalan keretapi dan beberapa jalan telah sampai hingga ke Pasifik. Pada tahun yang sama juga peladang Amerika telah mengeluarkan  2 kali ganda pengeluaran jaguang dan lebih dua kali ganda  dalam pengeluaran gandum dan kapas jika dibandingkan dengan tahun 1860. Nilai pengeluaran barangan di Amerika dalam tahun 1890 adalah lima kali ganda lebih bagus daripada tahun 1860. Selain itu, terdapat kata-kata lama iaitu ‘ don’t bite off more than you can chew’. Dari sini, jika dilihat kebanyakan orang-oarang Amerika selepas 1865 merasakan membina hal-hal dalaman Amerika untuk menjadi kuat sudah cukup. Mereka memikirkan untuk melakukan yang lebih lagi mereka mesti “ bite off more then they could chew’. Namun sebilangan kecil orag-orang  Amerika mempunyai idea-idea mereka sendiri dan salah seorang daripadanya adalah William H. Seward,. Seward merupakan setiausaha Negara semasa Presiden Lincoln dan beliau percaya keada dasar peluasan. Seward menyedari dalam jangka panjang, Amerika dengan langkah besar terus mara ke arah benua. Namun ia menambah;

but why stop at the water’s edge? Aving advanced to the shoreline of the pasific, why not go even farther’

Mac 1867, wakil-wajkil dari rusia telah ke Amerika den berbincang mengenai alaksa, Alaska merupakan wilayah yang luas, terlalu jauh dari Rusia yang berada di Eropah serta ia terlalu mahal untuk dilindungi dan juga untuk dbangunkan. Seward telah berjaya meyakinkan Senat dan akhirnbya a;aska dijual kepada Amerika dengan harga 7.2 juta. Kebanyakan orang Amerika mempersendakan seward den mengelarnya ‘serawd Folly’ dan ‘seward icebox’ dengan pembelian ini. Namun seward seorang yang bijak apabila didapati  air yang berhampiran dengan Alaska  amat berharga dan dijumpai dengan jumpaan emas serta beberapa sumber mineral yang lain. Impian serawd tidak tamat denagn pembelian di Alaska sahaja. Dalam musim gugur tahun 1867 iaitu tahun yang sanma ketika Alaska dibeli, Amerika mengambil Pulau Midway iaitu terletak jauh di lautan Pasifik dan barat laut hawaii. Namun, serawd berhenti setakat ini sahaja walaupun beliau mash mengimpikan untuk memperolehi banyak lagi tanah kerana senat tidak lagi bersetuju menjalani dasar peluasan. Setiap negara pasti akan menjaga kepentingan-kepentingan seperti kebebasannya, keselamatannya dan juga perdagangan luarnya. Bagi Amerika, ia percaya Doktrin Monroe, menjaga kepentingannya dan juga Amerika yang lain antara tahun 1860 hingga 1890.

Amerika telah menggunakan Doktrin Monroe ini dalam berhadapan dengan kuasa-kuasa Eropah yang lain. Dari sini, dapat dilihat yang Amerika menggunakan Doktrin Monroe ini dalam berhadapan dengan Great Britain. Pada tahun 1895, Doktrin Monroe menemui cabaran yang lebih serius lagi. Ini dsebabkan pertelingkahan antara Venezuela dengan Great Britain berkenaan koloninya iaitu Guiana. Pertikaian ini tamat  dengan tidak dapat diselesaikan. Great Britain pula telah mencadangkan adakan garisan sema[padan di mana garisannya telah masuk lebih dalam ke dalam kawasan Venezuela dan ini telah membimbangkan Amerika. Doktrin Monroe pula menghalang sebarang penubuhan koloni-koloni baru di Amerika. Presiden Cleveland meminta supaya Great Britain bersetuju mengadili pertelingkahan ini. Bagi Great Britain, mereka merasakan yang Amerika tidak ada hak untuk campurtangan. Dilihat di sini seperti akan beralku peperangan antara Amerika dengan England tapi akhirnya Great Britain bersetuju. Daripada sini, Great Britain mendapat bahagia besar darpada pertikaian I atas tanah tersebut. Walau bagaimana pun Amerika dapat menunjukkan kepada dunia yang Doktrin Monroe tidak boleh diabaikan. Bagi Perancis pula, ia merakan yang Doktrin Monroe merupakan satu paksaan keatasnya. Walaupun Napoleon telah menuual Louisiana kepada Amerika tapi ia tidak berputus asa untuk mendapatkan kembali empayarnya di Hemisfera Barat. Sepanjang perang saudara di Amerika, napoleon III merancang untuk mendapatkan kerajaan Mexico untuk diletakkan di bawah kawalannya. Beliau percaya yang Amerika terlalu sibuk dengan hal-hal dalamannya untuk membantah dan dengan menggunakan alasan hutang Mexico kepada Perancis, beliau telah menghantar tentera untuk menceroboh Mexico. Pencerobohan ini berjaya dan Maximillian teah dilantik oleh Perancis menjadi pemerintah. Maximilian memerintah untuk beberapa tahun. Selepas perang saudara tamat, Amerika masih lagi mahu menunjukkan yang ia masih tunduk kepada Doktrin Monroe. Kemudiannya, napoleon III tidak mahu berperang dengan Amerika dan terus menarik balik kumpulan tenteranya dari Mexico. Orang-orang Mexico bangkit memberontak menentang Maximillan dan kembali menguasai negara mereka.

Kemudiaannya, kita dapat lihat yang Amerika  juga telah menggunakan Doktrin Monroe untuk campurtangan di Amerika latin. Dalam 1823, hanya selepas beberapa tahun Amerika latih mendapat kebebasan daripada Spain, Presiden Monroe telah mengistihatkan Doktrin Monroe ini. Pada mulannya, negara-negara Amerika latin gembira dan mengalu-laukan doktrin ini. Mereka beresa senag di bawah perlindungannya. Negara-negara ini mnyedari yang mereka tidak dapat menentnag kuas Eropah sendirian yang mana mahu mendapatkan wilayah naungan di Amerika. Kemudiannya, Amerika latin mula melihat kekuatan jiran mereka di sebelah utara dan mula timbul prasangka. Mereka juga melihat penggambilan kecil ilayah Mexico dalam Amerika hasil daripada perang Mexico kemudiannya mereka melihat Puerto Rico dan Filipina mula diperolehi oleh Amerika serta campurtangan Amerika dalam urusan-urusan di Cuba. Jelasnya Doktrin Monroe telah diperkembangkan dan telah dinterprestasi kan oleh beberapa orang dari zaman ke zaman.

Spanjang satu abad Amerika hanya bertindak sendirian dalam urusan -urusan antarabangsa. Malah dalam tahun 1823 Doktrin Monroe telah diistihatrkan untuk memberi amaran kepada kuasa Eropah supaya tidak campur tangan di Hemisfera Barat. Presiden Monroe percaya bahawa keselamatan Amerika dan kepentingan ekonominya akan terselamat dengan kebebasan negara-negara Hemisfera Barat. Namun sepanjang penghujung 1800an  dan awal 1900an Amerika mula mengorak langkah auat cuba menjauhkan negaranya daripada polisi isolasi. Ia mula membina kekuatan militari dan memainkan peranan membesar dalam urusan antara bangsa. Tahu 1898 Amerika telah mengalahkan Sepanyol dalam perang Sepanyol dan Amerika dari sini Amerika dapat mebgawal beberapa kawasan yang dimiliki sepanyol di laut Carribean dan laut pasifik termasuklah Puerto Roico, Guam dan Filipina.  Presiden Roosevelt telah memberi interprestasi baru terhadap Doktrin Monroe beliau telah menggunakn Slogan

“Speak sofly and carry a big stick”

ini adalah bagi menerangkan tentrang polisinya yang sedia diketahui sebagai  “Roosevelt colollary’

Roosevelt telah meluaskan Doktrin Monroe. Akibat pentadbiran yang emah telah emnyebabkan kehoilangan republik di Amerika  tengah dan di laut carribean. Negara-negara ini telah banyak berhutang dan telah banyak meminjam sejumlah pinjamn yang banyak dari negara negara Eropah ekmudiannya selepas 1900 keadaan menjadi etruk di beberap tempat an pemberontakan mula berlaku ini ditambah dengan kerajaan Eropah yang meinta pembayaran keatas pinjaman mereka dan merancang akan menghantar kapal perang untuk memungut jhutang mereka. Roosevelt yang meurapak preidenm Amerika pada masa itu mengingatkan kongres bahawa Doktrin Monroe menghalang bangsa-banhgsa Eropah untuk masuk campur dalam hemisfera ini. Ia mengistiharkan Amerika patut melangkah masuk untuk emgurusakn mana-mana urusan Amerika laitn terutamanya sdalanm membayar hu8tang mereka. Disebabkan paksaan yang dilakukan oleh Eropah dalam memungut hutang meraka telah membimbang Roosevelt. Belia bimbang kerana bagi beliau sekali kuasa Eropah bertapak di Amerika latin mereka kemudiannya akan mengambil alih negara itu kelak ini hampir belaku pada tahun 1902 bila Great Britain , Jerman dan itali mengadakan sekatan ke atas Venezuela dalam menuntut hutang. Disebabkan krisis di venezuela ini Roosevelt mengumumkna penambahan dalam Doktrin Monroe. Melalui ini Roosevelt Amerika seharuisnya masuk campur dalam urusan negara-negara di Amerika latin . Amerika telah emngunakan kuasa polis antara bangsanya atau international police power. Ini berm,aksud ia kan memikul tanggungjawab untuk melindungi dan menjaga kehidupan dan harta benda awam. Ini dapat menghalang negara eropah daripada campur tangan dalam Amerika latin yang sememangnya bertentangan dengan Doktrin Monroe. Dibawah Woodrow wilson Amerika semakin jauh dari dasar isolasinya. Pasukan tentera Amerika telah memasuki Republik dominica dan mexico untuk terus memerintah dan menghalang campurtangan Eropah lebih penting lagi Amerika telah mula terlibat denan perang dunia perytama. Ini merupakan kali pertama Amerika mengambil bahagian dalam peperangan yang mana timbul akibat daripada pertikaian pihak Eropah. Selepas perang wilson mahu Amerika muncul sebagai kuasa yang aktif dalam hal-hal keamanan dan demokrasi didunia. Ekmudiannya Amerika mula jemu dengan masalah Eropah dan kembali semula kepada polisi isolasinya walaubagaimanapun pengembalian ini hanya sementara apabila terdapatnya kemunculan kuasa-kuasa ditaktor di Jerman ,Itali dan jepun yang mmembawa kepada perang dunia kedua Amerika bersekutu dengan Great Britain Perancis dan Sviet union menentang ketiga-tiga kuasa tersebut dari tahun 1941 hingga 1945.  Dari sini terdapat melihat perubahan dasar polisi Amerika yang telah berubah dari satu dasar isolasi kepada dasar imperlisme dan buat seketika kembali kepada dasar solasi atau pemincilan kuasa yang kemudiannya dengan dasar perluasan kuasanya. Dari apa yang telah dibincangkan dan digambarkan diatas telah memperliahtkan Doktrin Monroe itu endiri yang menjadi asas dalam polisi luar Amerika kemudiannya telah dininterprestasikan oleh pemimpi seterusnya dalam menjalankan pentadbiran Amerika.

Akhir 1920 an Amerika cuba mengadakan hubungan dengan negara Amerika latin. Sesetengah negara Amerika latin mula menentang Amerika terhadap campurtangannyadalam negara-negara mereka. Januarai 1928 deligasi dari uatara dan selatan Amerika berjumpa dipersidangan Havana Cuba. Dalam persidanbgan sesetangah deligasi dari Amerika latin mengklritik seara terbuka terhadap tindakan Amerika iaiatu

no state has the right to intervene in affairs og another’

setiausaha Amerika pada masa itu Joshua Reuben clark mula mengkaji tentang Doktrin Monroe. Dia mahu melihat sama ada Roosevelt corollary menyokong Doktrin Monroe. Dalam memorandum yang dikemukakan pada disember 1928 Clarke mendapati yang ia tidak menyokong Doktrin Monroe. Dengan menyakatakan Doktrin Monroe memberi amaran kepada kuasa -kuasa Eropah untuk tidak campurtangan dalam urusan-urusan Amerika latin tapi ia tidak bermakna Amerika  juga boleh melakukannya. Clark telah menunjukkan olisi Amerika terhadap Amerika latin telah bertukar. Jika dilihat isolasi sebagai sesuatu yang tegas maka washington mula dipanggil bapa kepada dasar isolasi ini malah dalam memperkatakan Doktrin Monroe sama ada ia dokumen isolasi jelas menunjukkan Doktrin Monroe ini adalah Doktrin Monroe yang cuba menghindarkan  campurtangan sing kemudiannya interprestasi bru dalam Doktrin Monroe menyebabkan perubahan pada dasar luar Amerika.
 

Kesimpulan.

Mungkin pada asasnya idea isolasi sebagai persediaan kebangsaan atau pengecualian dari sesetengah kuasa politik adalah satu percubaan untuk mengasingkan negara daripada beluitan mana-mana kuasa luar. Melalui dasar pemencilan kuasa ini Amerika dapat membina negaranya dengan adana Doktrin Monroe Amerika dapat emghalang kuasa Eropah daripada masuk campurtangan dalam uruisan negara Amerika latin yang berada dibawah dominasinya yang baru sahaja mengecap kebebasan secara dasarnya negara-negara baru adalah terdiri daripada negara yuang baru megecap kemerdekjaan terutama Amerika venezuela Brazil dan Argentina. Manakala negara-negara lama adalah terdiri daripada negara-negfara Eropah seperti Great Britain sepanyol Perancis dan Portugal. Dasar luar Amerika ini teah membawa keuntungan kepada Amerika dan negaranya tidak harus lagi difikirkan sebagai “ SUBJEK FOR FUTURE COLONIZATION” dan Doktrin Monroe merupakan dokumen isolasi yang menjadi asas kepada polisi luar Amerika.
 
 

Howard B. Wilder, This is America story, 1978
Kamus Dewan edisi ke tiga, 1994
The Shaping of American Diplomacy edisi kedua, 1970
Lewis Paul Todd and Merle Curti, American nation, 1972
Mary jane Turner, American Government Principles and Practices, 1984
Alan Nevins , Pocket  History of the United states, 1956
Harry T.W, A History of United states to 1876, 1962
henry N. D., America Is, 1984
 


Balik