History Research BINCANGKAN GERAKAN MENENTANG PENTADBIRAN BROOKE DI SARAWAK PADA KURUN KE 19
 

Pengenalan

Kurun ke 19 telah diberi te,pat yang istimewa di dalam sejarah Malaysia kerana berlaku perubahan di dalam dasar British dari tidak campurtangan kepada campurtangan. Namun, pelaksanaan dan pengenalan peraturan baru oeh pihak British telah mencetuskan gerakan penentangan daripada pemimpin-pemimpin tempatan. Di sarawak James Brooke telah mengasaskan pemerintahan keluarga Brooke. Beliau menjadi raja sarawak yang pertama dan diganti oleh anak saudaranya Charles brooke dan akhir sekali Charles Vyner brooke.

Semasa pemerintahan James Brooke, beliau memperkenalkan pentadbiran baru secara beransur-ansur. Ia cuba memperkenalkan undang-undang dan memastikan  supaya tidak timbul tentangan daripada masyarakat tempatan. Dasarnya diikuti oleh pemerintah Charles Brooke yang mana cuba melakukan beberapa pembaharuan dalam dasar pentadbiran. Namun dalam kurun ke 19, timbul rasa tidak puas hati terhadap pemerintahan keluarga Brooke. Malah usaha pemerintahan kerajaan brooke memperluaskan kekuasaannya telah mendapat tentangan daripada pemimpin tempatan seperti linggir, rentap, syarif masahor, Datu patinggi Abdul Gapur, Banting dan sebagainya.

Kebangkitan Orang Cina ( 1857)

bau, pekan lombong emas di Sarawak terletak kira-kira 30 batu jauhnya ke pedalaman Kuching. Lombong-lombong itu diusahakan oleh sebuah kongsi Hakka yang sampai di situ lama sebelum ketiubaan James Brooke dan mempunyai pertalian dengan pelombong cina di Sambas. James Brooke telah membiarkan mereka mengurus hal ehwal mereka sendiri dengan syarat mereka membayar cukai yang dikenakan berdasarkan jumlah penduduk. Tetapi mereka mengelak daripada membayar cukai ini kerana jumlah yang diberikan selalunya kecil daripada bilangan sebenarnya. Satu lagi punca pengelakkan cukai ialah penyeludupan candu.

Selisih faham bermula di antara James Brooke dan orang-orang cina ini apabila denda sebanyak 15 pound dikenakan ke atas kongsi Hakka di Bau kerana menyeludup candu, adalah satu tindakan yang menyebabkan kemarahan meluas. Seperti yang disebutkan terlebih dahulu, orang-orang cina berdiam diri sebelum ini kerana James Brooke dapat emngumpul bala tentera jika berlaku kekacauan. Tetapi pihak orang cina ini berubah apabila sahaja mengetahui bahawa James Brooke tidak akan dapat sokongan cukup tentera laut.

Selanjutnya pada malam 18 feb 1857, kongsi gelap tempatan telah memulakan pemberontakan apabial 600 orang cina yang bersenjata telah menyenrang Cuching  dan banguna-bangunan dimusnahkan serta bebrapa orang eropah dibunuh. James Brooke terlepas daripada kecelakaan dengan cara bereenang di bawah beberapa jong cina di teluk kecil berhampiran dengan erumahnya dan melarikan diri ke rumah seorang sahabat yang berbangsa Melayu. Tetapi kemenangan orang cina tidak berterusan lama kerana Charles Brooke, anak saudara pengganbti James Brooke membuat serangan dan menghalau orang cina ke seberang sempadan dengan menggunakan kapal wap bersenjata kepunyaan Borneo.

Namun mereka dibunuh oleh kongsi-kongsi gelap yang bersaing, yang tinggal di Borneo Belanda. Kehilanagn nyawa yang hebat telah berlaku dengan jumlah 3500 atau 4000 orang cina dibunuh. Sementara kuching mengalami kerosakakan yang etruk. Selepas penentanga orang cina, pentadbiran James Brooke kemudian menghadapai tentangan dariapad orang-orang Melayu.

Penentangan Sharif Sahap

Syarif Sahap yang menjadi ketua di Sadung dan adik syarif mular yang menjadi ketua di skrang turit sama menentang brooke di sarawak. Mereka mempunyai beberapa orang Melayu dan iban sebagai pengikut mereka dan telah menggalakkan mereak merompak di alut. Sebahagian besa daripada bahan rompakan itu dipulangkan kepada syarif Sahap dan Syarif Mular. Pada taun 1842 sebuah angkatan orang iban dari saribas dan skerang tiba ke kuching lallu meminta kebenaran memudki sungai sarawak kerana hendak menyenang musuh merak iaitu orang dayak yang tinggal di ulu sungai tersebut.

Namun permintaan itu tidak dipersetujuai oleh Brooke. Tidak lama selepas peristiwa itu, pada tahun 1842 juga Sharif Sahap telah mencuba mengapi-apikan pembesat Melayu di kuching supaya mereka melawan pihak british yang memerinta di sarawak tetapi percubaan Sharif Sahap tidak berjaya. Selepas peristiwa itu, Sharif Sahap berlengkap dengan angkatan perang yang terdiri daripada orang iban dari Saribnas dan skrang untuk emnyerang kuching. Apabila terdengar peristiwa ini brooke mengarahkan pengikutnmya memasangh pagar disekeliling kampung dan  menguatkan sebuah kota yang menghadap ke sungai sarawak serta bersap sedia dengan senjata. Namun serangan Sharif Sahap ke kuchig tidak berahsil. Namun pada ogos  1844,angkatan perang james brooke menyerang kubu Sharif Sahap di pemutus dan berjaya mengalahkan syarif sahap dan Syarif Mular. Syarif Sahar kemudian melarikan diri ke Kalimantan kemudian ke Kapuas dan seterusnya ke Pntianak dan akhirnya meninggal dunai di situ.
 

Penentangan Linggir

Pada tahun 1894, linggir telah mengetuai orang iban saribas lalu menyerang Kapal nemesis iaitu kepunyaan James Brooke dekat beting maru dengan menggunakan 17 buah kapal. Sebelum ini, angkatan James Brooke dan kapten Farquhar telah menyekat perjalanan meraka yang hendak memasuki sungai saribas untuk menyerang musuh mereka. Namun ia berakhir denagn pertempuran yang sengit. Walau bagaimanapun linghir tidak mampu menentang James Brooke yang menyerang dengan mengggunakan 70 buah kapal dengan angkatan tentera 3500 orang. Dalam pertempuran itu, ditafsirkan lebih kurang 800 orang iban saribas mati terbunuh dan 30 ribu orang pengikut telah lari masuk ke hutan.
 

Penentangan Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Ghapur

orang bangsawan Melayu adalah anggoita pihak bnerkuasa yang memerintah sebelum brooke dan pada satu masa dahulu mereka sangat berpengaruh dan dihormati. Masalah mula dengan kemarahan yang timbul terhadap sekatan-sekatan yang dikenakan oleh james brooke ke atas keisimewaan dan kuasa yang mereka nikmati dahulu.

Sebenarnya, apabila James Brooke menjadi raja, beliau telah mengekallakn asal kebenyakan daripada merea tetapi telah menghadkan kekuasaan mereka. Oleh itu, kebanyakan daripoada bangsawan Melayu hanya menunggu kesempatan untuk menghalau raja orang putih. Malah beberapa orang diantara mereka th menyertai orang cina di bau. James Brooke  pual sedar apa yang berlaku dan sentiaa berjaga-jaga akan meletusnya sebarang kekacauan.

Pada tahun 1853, semasa sultan mumin meneyrahkan bahagian hlir lembah rejang kepada James Brooke selepas pertempuran batu muram, gabenor daerah tersebut ialah Syarif Masahor. James Brooke telah mengekalkan Syarif Masahor dalam kedudukan yang lama. Tetapi Syarif Masahor terus bertindak separuh ebbas seperti yang dilakukan dahulu. Persaingan mula wujud diantara kedua-dua pihak. Apabila James Brooke mengambil alih sngai rejang daripada sultan brunei pada tahun 1853, beliau telah membina kubu di konawit iaitu, di sungai rejang tanpa pengetahuan Syarif Masahor. Pada tahun 1849 sultan brunei  telah melantik Syarif Masahor sebagai ketua pemerintah yang mana terletak sebelah selatan sungai rejang menggantikan ketua di situ yang bernama Datu Patinggi Abdul rahman.

Namun pada tahun 1855 Syarif Masahor telah diusir keluar dari serikei oleh charles brooke (pemangku Raja Sarawak) kerana terlibat dalam perbalahan di mukah. Sekembali dari sarikei, beliau marah melihat sebuah kubu dibina di konawit, rejang tanpa kebanrannya. Kemaraan ini mendorong Syarif Masahor bersubahat dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur menentang brooke. Datu Patinggi Abdul Ghapur adalah salah seorang daripada pembesar sarawak dan mempunyai tali persaudaraan dengan Syarif Masahor.

Pada tahun 1854, Datu Patinggi Abdul Ghapur iaitu, yang menjadi pembesar Melayu dikuching telah dilucutkan pangkat dan jaewatan oleh jemasb kerana ia telah mengenakan cukai yang sangat tinggi pada orang-orang dibawahnya. Datu Patinggi Abdul Ghapur marah kerana kehilangan keistimewaan yang dinikmati satu masa dahulu dan memuat aduan terhadap pampasan yang tidak mencukupi yang dibayar kepadanya. James Brooke telah menghapuskan gelaran patinggi  dan menghantar beliau ke mekkah untuk menunaikan fardhu haji dan kemudian beliau telah dibuang ke melaka. Oleh sebab malunya, Datu Patinggi Abdul Ghapur pun bersekutu dengan Syarif Masahor dan mereka telah mengadakan pakatan sulit untuk menghapuskan James Brooke di sarawak.

Masa nampaknya cukup sesuai bagi mereka untuk memberontak terhadap brooke kerana kebangkitan orang cina telah menampakkan kelemahan beliau. Apabila James Brooke berlepas ke England pada akhir 1857 dan meninggalkan anak saudaranya Charles Brooke untuk mengelola keadaanya. Keadaan ini amat sesuai bagi rancangan Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Ghapur. Pada tahun Jun 1859, Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Ghapur menyerang kubu brooke di kanowit. Dalam pertempuran itu, orang melanau di konawit yang diketui oleh sawing dan sakalai telah membunuh Charles Folx dan hendry Steele di kota kanowit beberapa orng Iban yang tinggal di sunagi Pol dan Ngemah iaitu cawangan sungai Bukit Rejang juga turut campurtangan dalam serangan ini.

pembunuhan Charles Fox dan Henry Steele di Kanowit ini telah mengejutkan orang British di Kuching yang baru juga agak bernafas selepas pemberontakan orang Cina. Pada julai 1859 Charles Brooke dengansatu angkatan telah pergi ke sungai Bukit Kanowit dan membunuh askar-askar melayu dalam kota itu dan membenarkan tenteranya menguruskan mengikut sesuka hati mereka. mana-mana orang Dayak yang telah membantu pembunuh-pembunuh tersebut, beliau juga telah menjatuhkan hukuman bunuh kepada 10 orang yang dipercayai telah masuk campur dalam pembunuhan Fox dan Steele. Beliau kemudian membaiki kota itu dan kembali ke akuching untuk membunag negeri Abdul Gapur.

Pada awal tahun 1860, Syarif Masahor telah mengarah pengeran Temenggung Hayim Jalil dari Brunai yang mendiami  daerah Sadung pergi ke Pontianak berjumpa dengan datu Patinggi Abdul Ghapur yang telah di pecat dahulu dan membawa bersama-sama bagi menyerang Kuching. mengikut rancangan Syarif Masahor pada awl bulan Februari tahun 1860, Syarif Masahor denagn pasukannya hendak datang ke Kuching, iapun membawa pasukanya membuat serangan terhadap pasukan syrif Masahor di pertengahan sungai Sarawak.Dalam pertempuran itu Charles Brooke telah memusnahkan kapal-kapal Syarif Masahor dan Syarif Masahor telah melarikan diri ke Brunai.James Brooke kemudian memaksa sultan brunai membuang syarif masahor ke singapura pada 1861 dimana beliau meninggal dunia pada tahun 1890. sebelum sempat datu patinggi abdul gapur menyerang kuching dari pontianak, orang belanda terlebih dahulu menahan beliau dan memenjarakannya di betawi, jawa.dengan itu tamatlah penentangan orang melayu terhadap keluarga Brooke di sarawak.
 

penentangan rentap

pada tahun 1853 rentap telah mengetuai orang Iban yang cuba menyerang pasukan British di Sekrang yang diketuai oleh William BreretonRentap adalah seorang panglima perang orang Iban yang tinggal di ulu sungai Sekrang. Rentap yang menjadi ketua orang Iban telah menentang pemerintahan Brooke kerana Brooke merancang membanteras perlanunan yang mana merupakan satu-satunya sumber pendapatan Rentap. malah Brooke juga mengganggu cara hidup Tradisional orang Iban yang mana mengamalkan kegiatan memotong kepala denagn beberapa pembaharuan. justeru itu pada tahun 1853, Renatp bersama pasukannya menyerangkubu-kubu di sungai sekrang.Pihak British telah diserang hendap oleh orang-orang Rentap. Berlakulah pertempuran yang sengit diantara kedua-dua pihak. akibat pertempuran itu seorang menantu Rentap beranama Layang telah membunuh Alan Lee denagn Lembingnya. Rentap denagn segera membawa pasukannya pulang ke ulu sunagi Sekrang. Dalam pertempuran itu pihak British berundur ke pangkalan merak dan ini menyebabkan Rentap semakin dihormati oleh pengikutnya. walau bagaimanapun pengikut Brooke telah membinakan dan membakar 20 buah rumah panjang tempat kediaman Rentap. Dengan itu Rentap terpaksa berundur dan membina tempat kediaman di sungai Lang iaitu di ulu sungai Sekrang. Namun angkatan Brooke berjaya menyerang rumah panjang Rentap dan ia dengan sebilangan pengikut berundur dan membina kubu di sebuah bukit bernama bukit Sadok. Mulai dari tahun 1875, kerajaan Brooke telah membuat tiga percubaan untuk menangkap Rentap. Namun pada tahun 1861 barulah meraka berjaya menguasai Bukit Sadok setelah membawa beberapa buah meriam. kubu-kubu dan rumah-rumah temapt kediaman Rentap dan orang-orangnya habis dibakar oleh kerajaan Brooke pada 20 oktober 1861. Rentap kemudian berundur ke ulu Sungai Entabia, cawangan Sunagi Kanowit dan meninggal di situ beberapa tahun kemudian.

penentangan Banting

selepas berakhirnya pemberontakan oleh Rentap, orang Iban kembali memberontak terhadap Brooke pada tahun 1893 di bawah Banting iaitu penghulu orang Iban  yang berkuasa di ulu sungai Batu Lupar. Dalam tahun 1895 Banting serta beberapa orang ketua di hulu sungai Batu Lupar telah pergi berniaga ke Kapuas di Kalimantan yang berada dalam pemerintahan Belanda. apabila pulang mereka telah membawa beberapa buah tajau dan perkakas-perkakas tembaga ke sarawak. Mengikut peraturannya barang-barang seperti itu apabila dibawa masuk sarawak hendaklah dibayar cukai. justeru itu Banting dituduh membawa barang-barang tanpa cukai.. kerajaan Brooke mendakwa Banting dalam mahkamah di Lubuk.  Banting di denda membayar sebanyak sepuluh kati iaitu $7.20 dan semua tajau dan peerkakas tembaga tersebut dirampas oleh Bailey.

sejak peristiwa itu Banting bermusuhan denagn kerajaan Brooke di Sarawak. walaupun telah diisytiharkan bahawa sungai Delok di hulu sungai Batang Lupar dilarang didiami orang, Banting serta pengikut-pengikutnya terus mendiami tempat itu dan mula bersiap sedia untuk menyerang tentera Brooke.Dalam tpertengahan tahun 1896, residen Bailey telah menghantar satu pasukan tentera untuk menyerang dan membinasakan ruamh yang telah didirikan oleh Banting di sunagi Delok. dalam pertempuran itu pihak Bailey telah berjaya emmbunuh seorang anak saudara Banting dan membawa kepalanya dan digunakan dalam satu istiadat keramaian. Banting bertambah marah lalu berhasrat untuk menuntut bela . Banting telah meneruskan perjuangan menentang Brooke sehingga tahun 1908. Kemudian beliau membuat keputusan untuk memberhentikan perjauangannya dan berdamai dengan kerajaan Brooke di sarawak . Ia kemudian bersama dengan pengikutnya telah berpindah ke sungai Leboyan di hulu sungai Delok dalam daerah perintah Belanda dan disitulah Banting Hidup. Banting tinggal sehingga meninggal dunia pada tahun 1932.
 


BIBLIOGRAFI

Buyung Adil, Sejarah Sarawak, Dewan Bahas Dan Pustaka, Kuala Lumpur 1974

Gauld Baring Dan S. Bamfylde, C A, A History Of Sarawak Under Its Two White Rajahs 1839-1908, London, 1909.

Joginder Singh Jessy. Sejarah Asia Tenggara, Penerbitan Darul Aman, 1986
 


Balik