Bincangkan Sifat Impak Nasionalisme Moden Ke Atas Asia Tenggara, Serta Bentuk Perhubungan Antara Asia Tenggara Dengan Kuasa-Kuasa Besar Pada Zaman Pasca Perang Dunia Kedua (1940an Dan 1950an)

Pengenalan

 Apabila kita membincangkan tajuk ini agak begitu mendalam untuk dihuraikan. pertama kali ia akan melihat betapa sifat-sifat nasionalisme itu mempunyai peranan terhadap kemerdekaan sesebuah negara di Asia Tenggara dan membebaskan diri daripada belenggu penjajah. Selain itu, kesan atau impak yang dibawa oleh nasionalisme moden ini. Saya akan menghuraikan sifat dan impak ini secara berasingan untuk memudahkan kita melihat sesuatu aspek itu dengan lebih mendalam lagi. Sekiranya difikirkan makna nsionalisme itu pastinya ia membawa pelbagai makna antara satunya ialah;

“Ia pada umumnya membawa maksud faham kebangsaan. Biasanya nasionalisme merujuk bangsa  dan negara. Dalam konteks penjajahan di Asia Tenggara, nasionalisme secara khusus membawa pengertian kepada satu kesedaran yang membangkitkan semangat bertujuan untuk mendapatkan kebebasan dan kemerdekaan” .

Namun, istilah Nasionalisme sebagai semangat kebangsaan juga tidak akan hanya melibatkan batas-batas sempadan tertentu ini dapat dilihat apabila Indonesia melancarkan Konfrontasi terhadap Malaysia dan ia menganggap pembentukan Malaysia sebagai ‘neo-kolonialisme’. Seperti mana yang dinyatakan oleh Williams

 “As the formation of Malaysia neared completion, denunciation of the plan grew in volume in neighboring Indonesia and the Philipines Sukarno attacked the idea as ‘neo-colonial’; in Manila, old and dubious claims of Philipine sovereignty over Sabah were resurrected” .

Untuk membicarakan sifat nasionalisme dan kesan nasionalisme moden ini, kita kan melihat dari perspektif Asia Tenggara sebagai rujukan utama kebangkitan nasionalisme yang pernah dijajah oleh kuasa-kuasa besar.

Sifat Nasionalisme

Terdapat beberapa sifat nasionalisme yang berlaku di Asia Tenggara.

1. Pada peringkat awal nasionalisme adalah bersifat penentangan terhadap penjajah yang datang sama ada oleh sami Buddha di Burma, Pembesar di Tanah Melayu, vietnam, Jawa dan sumatera dan ketua Daerah di Filipina. penjajahan ini adalah kesan daripada keadaan politik yang kurang stabil di Asia Tenggara .

2. Kemudian gerakan nasionalisme di  Asia Tenggara adalah lebih teratur disebabkan dengan lahirnya golongan yang berpendidikan yang menggunakan saluran yang lebih baik dengan menyebarkan pemikiran mereka dengan menggunakan akhbar ataupun dengan menggunakan majalah-majalah seperti Majalah al-Imam, Utusan Melayu, La Solidaridad dan sebagainya. Golongan ini adalah mereka yang mendapat pendidikan Barat ataupun memiliki pendidikan Arab. Mereka telah memahami budaya, ilmu pengetahuan dan nilai hidup Barat  dan telah melihat perkembangan dunia luar. Mereka telah menghayati idea baru seperti Liberalisme, Sosialisme, komunisme dan Demokrasi.

3. Semangat peningkatan kehidupan sama ada sosial mahupun ekonomi menjadi agenda utama pada dua dekad abad ke 20. Politik juga diberi perhatian yang lebih selain telah mula membuat tuntutan politik dengan menerangkan persamaan hak untuk mendapatkan pendidikan . ia bukan saja melibatkan kaum lelaki tetapi jua kaum wanita sepertiman halnya di Indonesia yang diperjuangkan oleh Raden Adjeng kartini .

4. Penentangan adalah dinamik, keras dan berani menentang penjajah. kebanyakan golongan ini lebih ramai daripada golongan guru, wartawan, penulis atau pegawai kerajaan yang kurang mendapat perhatian kerajaan tetapi telah mendapat pendedahan daripada Jepun yang pernah menakluki  Asia Tenggara.

5. Juga terdapat kegiatan nasionalisme daripada golongan pendatang seperti China dan india yang memperjuangkan mayarakat mereka. kegiatan mereka adalah amat berbeza daripada kegiatan nasionalisme tempatan. Kedatangan mereka  adalah untuk mencari pendapatan dan bukanlah untuk terus menetap di  Asia Tenggara. Kelahiran warga tempatan daripada masyarakat China ini mengubah pendirian ini menjadikan kegiatan mereka tertumpu pada kemahuan mendapatkan kewarganegaraan di  negara-negara  Asia Tenggara.

6. Ada juga nasionalisme yang bersifat mementingkan agama seperti di Burma oleh golongan Sami Buddha.

Kesan Nasionalisme

1. Kolonial pada dasarnya lebih ditumpukan pada ekonomi dan penglibatan terhadap politik adalah minima. Ini dapat dilihat apabila Belanda di Indonesia mengamalkan Dasar Kultur,dan  Dasar Ekonomi Etika. Atas sebab ini Persatuan Demokratik sosial Hindia telah menggunakan faktor kapitalisme yang menguntungkan orang Eropah terutama syarikat permodalan perdagangan dan perladangan yang menindas pekerja peribumi sebagai propaganda . Sosiallisasi juga tidak diabaikan termasuklah pendidikan. Pada tahap ini pendidikan adalah tertumpu pada negara asal sesuatu bangsa. Cina akan melihat China dan India akan melihat India sebagai subjek utamanya.
“foreign politics in any form should be eliminated from chinese schools, and textbooks suitable for malayan use should be produced” .
 

2. Struktur dan teknik politik barat memberi kesan dengan menyatukan politik, pentadbiran dan geografi. beberapa dan pelbagai kumpulan yang terbahagi dari segi budaya, bahasa, bangsa, puak, agama dan kegiatan ekonomi dan politik. Sememangnya masalah integrasi pelbagai pihak tersebut iaitu masalah yang tidak wujud semasa kolonialisme akan secara tiba-tiba dihadapi oleh pemimpin-pemimpin nasionalisme selepas kolonial. Terdapat permasalah terhadap kesan nasionalisme moden ini seperti yang diterangkan di Tanah Melayu

“to the attention of the making malay the national language of the country whilst preerving and sustaining the growth og the language and culture of other communities living in the country” .

Pemecahan bangsa dan ekonomi masyarakat tempatan adalah satu kesan yang tidak dapat dielakkan dalam masyarakat majmuk. Cina, India, Melayu dan masyarakat lain terpaksa menerima kehadiran bangsa yang berlainan dan berinteraksi dan menerima syarat yang diletakkan oleh penjajah agar anarki tidak berlaku.

3. Kolonialisme memperkenalkan ekonomi majmuk, masyarakat majmuk yang mewujudkan golongan elit berpendidikan barat yang tidak puas dengan keadaan bangsa mereka mmpercepatkan perbezaan bandar dan desa dan memulakan proses perjuangan antara pro kemodenan dan unsur tradisi dan kefahaman tua. Barat tidak berminat untuk melepaskan kedudukannya sebagai penjajah oleh itu ia telah merancang orde baru sebagai agenda kolonialismenya. “At this moment our future is in danger, The new British plan is a big question  that will affect us and our grandchildren.” . Nasionalisme tempatan ada yang menyedari hakikat ini namun ada yang tidak menyedari sehinggalah ia disedarkan dengan pelbagai agenda yang ditonjolkan oleh penjajah, antaranya ialah ‘Malayan Union’ di Tanah Melayu yang mendapat tentangan hebat dari peribumi tempatan. Namun kemajmukan masyarakat di Tanah Melayu menyebabkan kaum Cina dan india terlibat sama untuk kepentingan mereka bersama sehinggalah wujudnya perikatan antara UMNO-MCA-MIC. Pemimpin gerakan ini adalah mereka yang berpendidikan Barat.
 

4. perkembangan secara cepat nasionalisme Asia menjelang abad 20 menandakan bermulanya politik  massa (yang disertai rakyat biasa) membuktikan kesan yang lewat, nasionalisme barat dan perindustrian ke atas kawasan-kawasan  bukan barat. Kemasukan British secara berperingkat-peringkat  sejak hujung tahun 1944 telah berhadapan dengan nasionalisme tempatan yang kini lebih bersifat anti-Jepun dan matlamat perjuangan untuk kemerdekaan politik dan ekonomi.2.Burma telah capai kemerdekaan pada januari 1948 di luar komanwel british.3 wujudkan pemerintahan demokrasi tetapi gagal sebabnya pemimpimnya dapat undi  melalui pemberian pinjaman, kontrak dan projek (rasuah), gagal meningkatkan pengeluaran negara menjadi mantap sebaliknya menimbulkan konflik antara etnik, parti dan kelas.4

5. Kesedaran massa demikian dapat menerima dorongan dari cita-cita revolusi perancis, unsur kebebasan, kesamaan dan persaudaraan untuk mempertengahkan tuntutan bagi kemerdekaan.

6. Pendudukan Jepun di Asia Tenggara antara 1942-1945 memberi kesan sebagai pemangkin dengan mempercepatkan perjuangan kebangsaan dan menghapuskan peranan kolonial. Kejayaan Jepun mengalahkan China dan Rusia telah memberi ilham betapa perlunya pendidikan dan pengetahuan. Revolusi Kebudayaan China pada 1911 juag memberikan ilham juga memberi kesedaran baru terhadap nasionalisme di  Asia Tenggara . Antara tahun 1948 hingga 1955 Barat telah datang semula tetapi ia telah mempunyai perancangan pembangunan politik dan mewujudkan ‘Malayan Union’.

“the political development in Malaya in between 1948 and 1955 had plainly prepared  the way to self rule” .

    Pendudukan jepun telah mempengaruhi perkembangan nasionalisme di kampuchea atau Kemboja misalnya mendapat kemerdekaan yang singkat.kesannya pemimpin nasionalis yang berumur 25 tahun seperti saloth sar (pol Pot) berpeluang mendengar ucapan anti- perancis atu pro-jepun., memasuki tentera, libat dalam politik seperti Lon Nol ( pemimpin lebih tua).5 Zaman ini buka mata mereka kepada dunia luar dan peristiwa yang berlaku di sekeliling mereaka.6

Asia Tenggara dan Kuasa-kuasa Besar.

    Tanah besar telah mula mendapat perhatian kuasa-kuasa besar pada saat bermulanya perang dingin diantara blok demokrasi (Amerika Syarikat) dengan blok komunis (Soviet Union). Bagi beberapa buah negara di tanah besar,tempoh tahun 1945 hingga 1950an menandakan tamatnya penjajahan barat apabila negeri-negeri ini mencapai kemerdekaan contohnya di burma. Di lain kawasan seperti di Laos, Kampuchea dan Vietnam bertambah rumit apabila perancis cuba wujudkan kembali empayarnya. Telah ada langkah-langkah permulaan ke arah pemeraintahan demokrasi berparlimen contohnya di Thai tetapi gagal kerana berlaku perampasan kuaas oleh tentera 1947.1  Selepas sahaja negara-negara di Asia Tenggara telah merdeka selepas Perang Dunia keDua, negara-negara ini masih lagi melihat negara Besar sebagai pelanjut pembangunan negera masing-masing. Ketergantungan ini dapat dilihat apabila Thailand tidak dapat mempertahankan kedaulatannya tanpa bantuan Amerika sebagai latar belakang yang menyokongnya. Pada masa ini juga Amerika telah juga cuba mengembangkan pengaruhnya kepada Thailand iaitu ia memberi amaran kepada Hanoi dan Moscow agar tidak menyerang Thailand dan ia bersetuju berada di belakang Thailand .

“the western power returned to southeast Asia with confidence born of their collective of the tranformation of that had taken place during the year of war” .

     Ideologi juga telah diserapkan oleh Rusia dan China sebagai agenda  utamanya seperti yang diterangkan oleh K.K. Nair;

“pergerakan komunis di dalam sesebuah negara di Asia Tenggara dalam satu masa yang lain adalah satu rangkaian daripada komunis Soviet atau Rusia yang akan menerapkan ‘moral’ atau menyumbangkan daripada bentuk material yang banyak kepada tentera di negara-negara seperti Burm, Thailand, Malaysia dan Filipina .”

    Sumbangan Rusia ini juga dapat dilihat dalam peperangan Vietnam yang mana Rusia sanggup menyumbangkan jutaan ringgit semata-mata mahu mempengaruhi negara lain untuk menerima ideologinya.

“disclosed in early 1980 that the Soviet Union was spending between US$2-$3 million a day to support the vietnamese war effort in Kampuchea” .

    Bukan itu saja, Rusia antara tahun 1950 dan 1960an, pemimpin Soviet menumpukan bagaimana hendak mengawal kepentingan mereka di Eropah, Selatan Asia dan Timur Asia . Lantaran itu bukan Amerika saja dan China saja yang berada di Asia Tenggara.

“the United State and China are not the only great powers with Southeast Asia enterests. The Sviet Union has invested heavily in the region both economically and politically. the the Vietnam communists heve been, and doubtless will remain, far more dependent on the russian on the Chenese for mlitary equiptment and the economic aid” .

    Selagi mereka mempunyai kepentingan sama ada politik mahupun ekonomi mereka akan terus menyambungkan hubungan mereka disesebuah negara. Sebagaimana dengan Jepun yang pernah menjajah Asia Tenggara, berdasarkan pengalaman sejarah, decision-maker di negara Asia Tenggara tidak mahu Jepun memainkan peranan penting dalam bidang politik mahpun peraturan tentera . Asia Tenggara lebih melihat negara Barat sebagai negara yang terunggul. Namun, peningkatan ekonomi Jepun yang mendadak telah memperlihatkan perubahan pemikiran agar melihat Jepun sebagai objek utama pembangunan.

KESIMPULAN

    Apa yang dapat kita lihat ialah bahawa terdapat beberapa sifat dan kesan nasionalisme. Saya memisahkan antara dua istilah ini agar mudah untuk kita memahami tentang sifat nasionalisme moden dan impaknya terhadap negara itu sendiri yang memperlihatkan kesinambungannya sehingga sekarang. Sekiranya dilihat dengan melihat satu persatu setiap negara punya sifat nasionalisme yang tersendiri berbanding dengan negara lain, namun kehendak mereka adalah satu iaitu mahu melihat bangsanya adalah bangsa yang telah merdeka dari kolonialisme barat. Saya tidak melihat ia sebagai satu entiti yang berbeza ini adalah keranma Asia Tenggara adalah negara yang terjajah bersama, walaupun Thailand dikatakan tidak terjajah oleh sesetengah pihak. Namun, tekanan dan tindakan Barat terhadap negera ini menunjukkan perlunya nasionalisme jua wujud di negara ini. Sempadan tidak pernah wujud pada konsep sebenarnya hanya Barat mewujudkan konsep sempadan ini untuk memudahkan mereka membahagikan negara dan pentadbiran.
     Hubungan antarabangsa di antara Asia Tenggara dan negara-negara kuasa Besar adalah secara tidak langsung apabila ianya telah pernah terjajah oleh negara kuasa besar ini. Kekuasaan negara kuasa besar ini sebenarnya telah tamat apabila negara di Asia Tenggara telahpun merdeka dengan kemerdekaan Brunei iaitu pada tahun 1985. Namun, penguasaan ini masih lagi berterusan kerana negara di Asia Tenggara masih bergantung dengan barat sebagai pembangun negara ini sama ada aspek politik mahupun Ekonomi yang terus didominasi oleh negara kuasa besar.
 

BIBLIOGRAFI

Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991.

Frederic S. Pearson dan J. Martin Rochester, International Relarions:The Global Condotion in The Late Twentieth Century (second Edition), McGraw-Hill Publishing Company, New York, 1988.

James P. Ongkili, Nation-Building In Malaysia 1946-1974, Oxford University Press, New York, 1985.

John Bastin dan Harry J. Benda, Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1972,

K.K. Nair dan Chandran Jeshurun, Southeast Asia And the Great Power, International Affairs Forum, Kuala Lumpur,1980.

Lea E. Williams, Southeast Asia:A History, Oxford University Press, New York, 1976.

Wan Abdul Rahman Latif  et. al, Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia, Dewan Bahasa dan Putaka, Kuala Lumpur, 1996.
 


Balik