ELLY MAZLEIN

Home

BIODATA | LIRIK LAGU | GALERI | RAHSIA KECANTIKAN | PRESS RELEASE
RAHSIA KECANTIKAN

SYAMPU:  Sejak dulu lagi, Elly menggunakan syampu & perawatan rambut Elseve Nutri- Ceramide dari L`Oreal. Ia sesuai dengan rambut Elly. Elly menggunakan Elseve Inner Strenght Care Shampoo & Elseve Apres Shampooing Fortilance. Kedua-dua syampu ini memang lembut dan mengawal rambut dari menjadi rapuh. Syampu ini juga sesuai bagi rambut yang dikeringkan dengan pengering rambut atau diwarnakan kerana ia mengandungi Ceramide R yang dapat memulihkan rambut daripada terus rosak. Selepas bersyampu, Elly menggunakan Elseve Inner Strenght Hair Mask. Ia membantu menguatkan akar rambut. Dulu, rambut Elly selalu gugur tetapi selepas menggunakan mask ini, akar rambut semakin kuat dan rambut pun menjadi semakin lembut dan bersinar.

LOSEN: Elly suka menggunakan losen yang mengandungi vitamin E sebab ia baik untuk kulit. Lagipun, kulit Elly ni jenis sensitif, pantang kena gigit nyamuk, boleh jadi kudis. Sekarang ini, Elly menggunakan losen Palmer's Cocoa Butter Formula yang mengandungi vitamin E dan elok untuk kulit yang kasar. Kemudian Elly juga menggunakan Nivea Whitening Body Lotion untuk mencerahakan kulit dan Nivea Visage Mostuere Lotion untuk kulit yang kering. Kalau nak berjalan-jalan, selalunya Elly akan bawa Macro Natural Vitamin E Cream.

PERFUME: Perfume kegemaran Elly ialah Jadore sebab baunya cukup wangi. Tapi sebenarnya Elly memang sukakan perfume sebab itu banyak juga perfume yang Elly kumpul. Antara koleksi yang Elly gunakan ialah Versage, Annick Goutal, Guerlain, Polo Sport, Ralph Lauren, Estee Lauder, Miracle, Dazzling, Escada & Bvlgari.

MINUMAN: Untuk menjaga kesihatan, Elly mengamalkan meminum jus oren Peel Fresh & minum susu HL ataupun Dutch Lady. Jus oren baik untuk mendapatkan vitamin C dan susu pula untuk mendapatkan kalsium.

MANDIAN: Kulit Elly ni jenis sensitif. Jadi untuk mandian Elly pergi ke klinik kulit dan membeli mandian yang disarankan oleh doktor iaitu Pure Touch. Kemudian, Elly juga menggunakan Dettol. Dulu, dibahagian leher Elly gatal-gatal & terkena jangkitan ruam kerana masalah air. Tapi, selepas menggunakan Dettol, ruam tersebut hilang.

DEODORAN: Satu-satunya deodoran yang paling Elly suka iaitu jenis Marks & Spencer Lili Anti Perspirant. Baunya memang tahan satu hari & membuatkan Elly rasa segar sepanjang masa.

PENJAGAAN WAJAH: Sejak lebih setahun lalu, Elly menggunakan jenama Dermalogica untuk menjaga wajah. Elly dengar jenama ini baik untuk kulit sensitif, jadi Elly mencuba untuk rawatan wajah. Untuk mencuci muka, Elly menggunakan Essential Cleansing Solution. Jika mencuci pada waktu malam, Elly meggunakan Clay Cleanser sebab ia mencuci hingga ke bahagian dalam. Selepas mencuci, Elly gunakan Multi Active Toner & kemudian barulah memakai Active Moist. Bila kulit muka Elly rasa nak tumbuh jerawat, Elly terus menyapu Gentle Soothing Booster. Krim ini memang menghalang jerawat daripada tumbuh. Elly tak nafikan jenama Dermalogica  ini agak mahal tapi sebenarnya ia tahan lama. Boleh pakai berbulan-bulan.

CUCI MEKAP: Elly suka menggunakan L`Oreal Plenitude Gentle Cleansing Milk. Ia terus mencuci kebahagian dalam wajah dan melembutkan kulit.

VITAMIN: Vitamin yang dimakan sekarang ialah Kordel's Garlic 3000, Blackmores Evening Primrose Oil + Fish Oil, Kordel's Nutri-Time Multivitamins + Mineral & Nutrilite Calcium Magnesium.

CARA MEKAP:

1) Mula-mula, Elly menyapu keseluruhan wajah dengan bedak asas iaitu Dermacos No 4 1/2. Jenama Dermacos ini sesuai untuk kulit berminyak seperti Elly. Ia tahan lama terutama untuk fotografi.

2) Kemudian, Elly sapukan bedak compact dwicara Maybelline Shine Free. Bedak ini mengandungi SPF15 yang melindungi kulit wajah. Bedak ini mengawal wajah daripada berminyak dan jenis hypoallergenic yang selamat untuk semua jenis kulit. Elly gunakan jenis Matte Peach. Harganya RM47.

3) Selepas itu, Elly sapukan loose powder untuk meratakan wajah. Elly pilih Natural Finish Loose Powder dari Channel No P1.

4) Kemudian, untuk pembayang mata, terlebih dahulu Elly memakai Maybelline Cool Effect Cooling Shadow / Liner. Pensel pembayang mata ini tak berminyak dan memang selamat untuk mata yang sensitif atau mereka yang memakai kanta lekap. Caranya, sapukan saja di atas mata dan kemudian ratakan dengan hujung jari anda. Warnanya kekal dan harganya cuma RM21.90.

5) Kemudian, Elly gunakan pula Cool Effect Cooling Cream Eyecolor (RM17.90). Produk ini menyejukkan bahagian atas mata sekaligus menyegarkan kerana ia sejenis air dan dilapisi oleh glycerin. Warnanya juga kekal lama.

6) Untuk menambah warna dibahagian mata, Elly juga menggunakan pembayang mata Channel, Estee Lauder atau Lancome. Warna-warna kegemaran Elly ialah kuning, hijau, warna emas, putih, biru cair dan warna-warna lembut yang lain.

7) Bagi maskara, Elly memang sukakan Wonder Curl H2O Proof Mascara berwarna hitam dari Maybelline.

8) Selepas itu, Elly sapukan pemerah pipi. Jenama kegemaran Elly ialah Maybelline Pure Blush. Warna yang Elly pakai ialah Hazelnut, Shell, Spice, Plum, Berry dan Rose. Harganya RM27.90. Pemerah pipi ini lembut dan nampak natural. Lagipun ia tahan lama sepanjang hari. Kalau anda mahu mekap jenis Kawaii Look, jenama ini memang sesuai.

9) Bagi nampak lebih daring, Elly suka memakai celak putih jenis Kryolan.

10) Kemudian, Elly cantikkan pula bulu kening. Tapi elly tak gunakan apa-apa, sekadar membentuknya dengan sikat kening.

11) Selepas itu, Elly gunakan lipliner jenama Maybelline Wear 'n' Go. Lipliner ini jenis pensel, jadi senang nak membentuk bibir.

12) Kemudian, Elly sapukan lipstik. Warna kegemaran Elly ialah pink. Selepas itu, Elly sapukan Water Shine Glitter dari Maybelline. Glitter ini sesuai untuk dipakai ketika Elly mengadakan show kerana ia bercahaya, tambahan pula ia trend terkini.

13) Sekiranya Elly mahu memakai lip gloss, Elly akan menggunakan jenama Channel dan Mac. Ia membuatkan bibir kelihatan basah.

14) Untuk membuatkan muka kelihatan berkilat dan bercahaya, Elly sapukan glitter Guerlain ke seluruh wajah.