Make your own free website on Tripod.com
[an error occurred while processing this directive]
Soaljawab Fikah

Penerbitan.Pengedaran.Konsultan
 



Soaljawab 146: (21/11/1998)
Saya ingin tahu tentang Sujud Tilawah
a) Niat
b) Sebab dilakukan
c) Cara melakukannya dan bila dilakukan
d) Hukumnya


Soaljawab 145: (21/11/1998)
Tentang wali, saya memang tiada adik-beradik lelaki dan bermakna tiada saudara lelaki sebelah arwah bapa saya dan seibu sebapa dengan saya selain dari pakcik saya itu.
Adakah itu bermakna saya boleh menggunakan khidmat wali hakim? Sekiranya pakcik saya itu mewalikan juga saya, apakah hukumnya?
Bagi soalan kedua, sekiranya saya bersanding dan menutup aurat dan selalunya yang menyaksikan majlis persandingan keluarga saya kebiasaannya adalah terdiri dari kaum perempuan. Adakah itu bermakna persandingan diharuskan?


Soaljawab 144: (21/11/1998)
Saya bakal mendirikan rumahtangga pada akhir bulan November ini. Saya menghadapi masalah tentang wali.
Wali kepada saya adalah bapa sebenar saya.. masalahnya bapa saya pernah melakukan perkara2 yang terkutuk di sisi Allah yang tidak di ketahui oleh keluarga melainkan anak2nya. Saya berharap sgt adakah bapa saya berhak menjadi wali pada saya?


Soaljawab 143: (20/11/1998)
> Saya ada membeli sejenis alat menyerupai raket badminton digunakan
> untuk menebas lalat atau nyamok. Raket nyamok ini menggunakan 2 bateri AA
> dan dimuka raket ini ada jaringan besi dimana ada arus elektrik. Apabila
> kita lalukan kepada nyamok/lalat  yang sedang terbang, nyamok/lalat
> tersebut akan terbakar. Apakah hukumnya menggunakan alat tersebut memandangkan caranya
> seakan-akan
> menggunakan api di mana cara membunuh menggunakan api adalah haram?


Soaljawab 142: (20/11/1998)
Dalam dunia sekarang yang hampir canggih dengan serba kemudahan infrastruktur seperti masjid dan sebagainya yang terdapat di hampir setiap perjalanan, adakah harus kita mengqasarkan atau menjamak sembahyanag kita sekiranya tempat yang kita hendak tuju adalah melebihi 1 marhalah?


Soaljawab 141: (19/11/1998)
Apakah sah amalan akikah seseorang untuk seorang anak lelaki dengan hanya menyembelih seekor kambing dewasa kerana masaalah kewangan? Yang kebiasaanya dua ekor kambing dewasa untuk putera dan seekor kambing untuk puteri. Setahu saya ianya hanyalah suatu amalan sunat dan bukanlah wajib...


Soaljawab 140: (19/11/1998)
Ustaz,
Terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak terima kasih dan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana adanya halaman soal jawab agama seperti ini. Saya harap usaha-usaha seperti ini dapat diteruskan lagi agar setiap daripada umat Islam dapat mempelajari sedikit sebanyak ilmu bagi memantapkan
amal ibadat kita.

Saya ada beberapa persoalan tentang sembahyang berjemaah. Iaitu berkenaan dengan muafiq dan masbuq.
1. Apakah definisi muafiq dan masbuq daripada segi bahasa dan syarak.

2. Seseorang itu menyertai jemaah ketika imam selesai membaca surah al-fatihah dan belum sempat beliau menghabiskan fatihahnya imam dah mula rukuk, adakah benar pendapat mengatakan jika makmum sempat membaca separuh daripada surah al-fatihah tersebut maka makmum hendaklah menghabiskannya dan jika belum sampai separuh daripada surah al-fatihah  tersebut maka makmum hendaklah terus rukuk bersama imam bagi mendapatkan rakaat tersebut.

3. Seseorang menyertai jemaah ketika imam sedang duduk tahiyyat awal, apabila imam bangkit untuk rakaat ketiga, dia pun bangkit dan mula membaca surah al-fatihah untuk rakaat pertamanya. Disebabkan imam terlalu cepat membaca surah al-fatihah, dia tidak sempat menghabiskan fatihahnya, imam dah rukuk, adakah dia sepatutnya rukuk sekali dengan imam atau habiskan bacaan fatihahnya bagi mendapatkan rakaat pertama tersebut.



Soaljawab 139: (19/11/1998)
1. Seorang yang ikut imam dari mula, takbiratul ihram dalam suatu solat fardu, tidak sempat menghabiskan Fatihah pada rakaat pertamanya perlu
(a) mengikut imam rukuk dan seterusnya walaupun tidak menghabiskan fatihah atau
 (b) baca Fatihah sampai habis dan ikut imam terus, iaitu jika imam dalam keadaan sujud, maka dia pun terus sujud tetapi menambah satu rakaat selepas imam memberikan salam atau
 (c) bercerai dengan imam dan solat sendiri.


Soaljawab 138: (18/11/1998)
Beberapa soalan untuk tuan-tuan jelaskan.
1. Kebanyakan Imam-imam diMalaysia ini selalunya membahagikan doa selepas solat kepada dua bahagian. Dari manakah sumber amalan ini di perolehi ( sunnah / amalan ulama' ) ?
2. Apakah perlu ( wajib ) kita membaca surah Al Fatihah bila Imam menyebut  'Al Fatihah' ?
3. Apakah terdapat solat sunat diantara terbit matahari dan waktu


Soaljawab 137: (18/11/1998)
Saya ada sebuah rumah yang telah saya beli melalui pinjaman Arab Malaysian Bhd.pada tahun 1985 di Daerah lain.Sekarang saya telah berpindah ke daerah lain dan ingin menjual rumah tersebut  untuk membina rumah di kampung Adakah wajib saya mengeluarkan zakat daripada wang jualan rumah terebut Kiranya wajib berapa peratus kiraannya saya wajib zakatkan.


Soaljawab 136: (18/11/1998)
Saya nak tanya sikit pasal najis ni. Kisahnya macam ni. Beberapa tahun lalu, ada sehelai baju saya telah digigit anjing. So lepas tu baju tu telah diambil balik oleh kakak saya dan dia kata dia akan menyamak baju tersebut. Saya tak ingat, seminggu atau dua minggu lepas tu saya dapati baju itu ada dalam campuran baju-baju yang dah dibasuh. Bila saya tanyakan pada dia samada dah samak ke belum, dia kata belum. Lalu saya ambil keputusan untuk membuang sahaja baju tersebut. Soalan saya
ialah :

1. Sekiranya baju tersebut tidak disamak dan dibasuh bercampur dengan pakaian lain, adakah najis itu 'berjangkit'  dengan baju-baju yang lain?

2. Sekiranya jawapan nya ialah 'ya', adakah seterusnya baju-baju lain juga akan 'menjangkiti' baju-baju yang lain pula dan pemakai-pemakainya yang lain ?

3. Saya sangat musykil dengan jangkitan najis ini sebab terdapat sangat banyak kemungkinan yang kita boleh terkena dalam aktiviti seharian kita seperti makanan dari pasar dan sebagainya.



Soaljawab 135b: (17/11/1998)
 Insyallah saya akan mendirikan rumahtangga pada awal tahun hadapan dan masalah saya:
>
> 1) Bapa saya telah meninggal dunia dan begitu juga
> dengan datuk saya dan yang tinggal untuk mewalikan
> saya hanyalah adik kepada arwah bapa saya. Masalah
> saya adalah, saya tidak begitu yakin yang dia layak
> untuk mewalikan saya kerana salah satu syarat wali
> adalah orang itu tidak fasik.

> Bapa saudara saya ini
> tidak begitu mengambil berat soal agama dan begitu
> juga sembahyang fardhu. Adakah dia layak untuk
> menjadi wali saya?
--------
 2) Apakah hukumnya bersanding jika sekadar mengambil
> gambar untuk kenang-kenangan dan tiada majlis tepung
> tawar?
----------
> 3) Apakah hukumnya memakai rambut palsu yang diperbuat
> daripada nylon?



Soaljawab 135: (17/11/1998)
Sekiranya saya ingin menggunakan pendapat Imam Hanafi bahwa bersentuh kulit dgn isteri tidak batal, perlukah saya mengetahui syarat2 sah/batal wudhuk mengikut mazhab hanafi? Perkara ini saya timbulkan berdasarkan penerangan ustaz di atas di bawah tajuk talfiq ( no. 1). Harap dapat dijelaskan.


Soaljawab 134: (17/11/1998)
Soalan 1: Apakah hukum seorang bapa yang tak mahu menjadi wali anaknya kerana tidak setuju dengan pasangan pilihan anaknya?

Soalan 2: Apakah boleh si anak berwalikan hakim?



Soaljawab 133: (17/11/1998)
Assalamualaikum.. bagaimana cara memandikan Mayat Yang Belum Balikh..(Kanak-Kanak). apakah perlu dilakukan tayammum pada bahagian kemaluan nya yang belum dikhatan itu..bagaimana  caranya..?


Soaljawab 132: (17/11/1998)
Tuan/puan,
1.Benarkah kita disunat Solat Hadiah utk simati pada malam pertama selepas jenazah di kebumikan ? Jika benar, tolong berikan hadis atau sandaran utk amalan dan bagaimana cara ianya dikerjakan  (bersendirian/berjemaah/surah yg afdal)?
2. Ketika upacara pengkebumian saya lihat ada orang mengepal tanah dan dibacanya sesuatu lalu diletak di bawah mayat di dalam liang lahad. Apakah bacaanya ?


Soaljawab 131: (17/11/1998)
Saya ada 2 persoalan :
1. Didalam keluaran lalu ustaz ada menceritakan tentang cara talfiq yg dibenarkan didalam membincangkan persentuhan kulit suami/isteri dalam masalah wudhuk. Hanya Imam Syafie mengatakan batal air sembahyang bila bersentuh kulit suami isteri. Persoalan saya, sekiranya saya ingin menggunakan pendapat yang mengatakan tidak batal wudhuk bersentuh suami isteri, perlukah saya mengetahui/mengamalkan perkara2 lain yg membatalkan wudhuk mengikut mazhab tersebut. Saya bertanya begini kerana pada pendapat saya persentuhan kulit suami/isteri adalah salah satu daripada perkara2 yang membatalkan wudhuk. Harap ustaz dapat jelaskan.
2. Ada ustaz yang mengatakan kepada saya bahwa boleh sembahyang jamak qasar walaupun kita tinggal di suatu tempat tu melebihi 3 hari, sehingga ada yang mengatakan sehingga sebulan. Adakah ini benar? Harap mendapat penjelasan ustaz.


Soaljawab 130: (16/11/1998)
Telah diberitakan dalam surat khabar Tabung Haji (T/H) telah membeli saham-saham kumpulan DRB. mengikut surat khabar ia dibenarkan oleh panel syariah. dan semalam juga utusan malaysia telah menandakan tanda @ untuk kaunter halal untuk semua saham Dibskl. Jadi saya lihat saham DRB, HIcom, gadek, eon adalah "tidak halal". ini menimbulkan keraguan saya tentang status simpanan saya di T/H. Persoalan saya:
1. pada pandangan pihak tuan macam mana stutus simpanan saya di T/H? adakah halal, syubahah ke atau haram?
2. jika syubahah atau haram apa yang saya harus lakukan?
3. jika saya ingin keluarkan dimanakah tempat terbaik untuk saya membuat simpanan dalam negara malaysia hari ini selain dari bank islam?


Soaljawab 129: (16/11/1998)
Soalan tentang sembahyang jemaah...
Sebagai contoh:
(Jika makmum adalah muwafiq atau pada rakaat kedua dan seterusnya). Seorang imam sedang rukuk, seorang makmum masih membaca Fatihah,  imam iktidal, makmum masih membaca Fatihah, imam sujud, makmum masih dengan Fatihahnya, imam duduk antara dua sujud, makmum masih dengan Fatihahnya, sehinggalah imam sujud kali ke dua, baru makmum tadi rukuk.
Soalan saya:-
1. Adakah rakaat makmum tersebut dikira bersamaan dengan imam.
2. Adakah terdapat perkiraan berapa rukun yang dibolehkan tertinggal oleh makmum tadi jika tidak dapat rukuk,iktidal atau sujud (seperti kes di atas)bersama dengan imam jika rakaat makmum tadi hendak dikira sebagai rakaat bersama imam.


Soaljawab 128: (16/11/1998)
Saya pernah terbaca  berhubung dengan perkara-perkara yang bida'ah dan khurafat.  Bolehkah kiranya  diberikan keterangan dengan lebih lanjut berkenaan dengan :-
1. Hukum menggunakan tangkal ( seperti yang diperbuat dari limau dan kemenyan )
2. Tangkal ini ada yang dibuat sebagai 'pagar rumah' dengan menanam atau menggantung di pintu-pintu rumah


Soaljawab 127: (14/11/1998)
1) bolehkah ustaz terangkan mengenai sumber hukum iaitu dalil qat'I dan dalil zanni.diharap ustaz dapat terangkan dengan jelas.
2) jika seseorang itu berkata dalam hatinya," kalau aku lulus dalam peperiksaan, aku akan berpuasa sebanyak satu hari tanda kesyukuran", tapi ia tidak berniat nazar. adakah ia dikira nazar juga,
> dan apakah hukumnya jika ia tidak menunaikan kata-katanya itu?dan apakah hukumnya jika ia bertekad untuk berpuasa pada hari-hari tertentu, tapi, ia tidak dapat tunaikannya kerana sesuatu yang ia rasa terhalang dirinya untuk menunaikan niatnya itu. contohnya terpaksa melakukan kerja-kerja yang berat pada hari itu.sekian terima kasih.-assalamualaikum.


Soaljawab 126: (14/11/1998)
Hukum orang berkerja dalam media cetak-> Contoh nya majalah artis, yang mana penuh dengan gambar yg tak senonoh.



Soaljawab 125: (14/11/1998)
Tentang penggunaan minyak wangi yg beralkohol semasa mengerjakan solat dan juga dompet duit kulit semasa solat.



Soaljawab 124: (14/11/1998)
Untuk kepastian-adakah hadis yang mengisahkan seorang pemuda itu yg bertukar menjadi Khinzir itu hadis sahih.


Soaljawab 123: (14/11/1998)
Saya mempunyai sebuah rumah yang saya cadangkan untuk dijadikan sebuah rumah sewa.  Saya telah mengiklan rumah itu dan telah mendapat respond dari bakal-bakal pentewa.  Saya kategorikan penyewa-penyewa itu dalam 3 kategori :-
1.  Orang Islam yg patuh.
2.  Orang Islam yg melakukan dosa, contohnya tidak solat lima waktu,
3.  Orang bukan Islam.

Soalan saya :-
1.  Adakah dengan menyewakan rumah saya ini, saya juga mendapat saham diatas dosa yang bakal dilakukan oleh bakal sipenyewa ketika berada dirumah itu(tak sembahyang, minum arak diatas rumah itu) ?
2.  Adakah wajib saya menanyakan bakal sipenyewa agar yakin dia sebagai penyewa yg dikategori no 1 diatas ?
3.  Kita dibenarkan bermuamalah dengan orang kafir, apakah ini termasuk dalam hal penyewaan rumah ini sedangkan kita tahu kemungkinan orang kafir ini akan melakukan berbagai-bagai maksiat dan mungkin beribadat cara agama mereka didalam rumah itu ?

Sekian, semuga Al-Ahkam dapat membantu saya dalam permasaalahan ini.



Soaljawab 122: (13/11/1998)
Apa hukumnya jika seorang suami tidak mengerjakan solat dan menuntut ilmu agama manakala si isteri melakukan ibadat seperti solat, puasa dan sebagainya menurut agama Islam?


Soaljawab 121: (13/11/1998)
Dari segi nafkah zahir, apakah yang dimaskudkan dengan nafkah zahir? Adakah dengan membayar segala bill perumahan itu dikatakan nafkah zahir tanpa memberi wang kepada si isteri?


Soaljawab 120:(13/11/1998)
Tentang anak luar nikah. Jika ayah kepada anak luar nikah ini meninggal dunia, adakah si anak ini berhak untuk menerima harta pusaka?


Soaljawab 119: (13/11/1998)
Dalam mazhab syafie ...apakah jatuh tiga talak bagi suami yang mentalakkan isterinya dengan sekali sebut shaja. contoh : aku talakkan engkau dengan 3 talak.


Soaljawab 118:
Boleh terangkan erti sebenar qadha' solat (tangguhkan solat)? Kerana saya tidak menjumpai dalil-dalil mengenai adanya kebenaran utk qadha' solat?


Soaljawab 117: Bagaimana hukum seseorang itu meminum air yang di dalamnya terdapat seekor atau beberapa ekor semut atau kerengga mati dalam bekas air (samada segelas atau satu teko atau cerek)? Adakah air itu najis atau haram diminum kerana semut itu tergolong dalam kategori bangkai. Kalau tidak haram/najis bagaimana cara mengeluarkan semut tersebut.



Soaljawab 116:
Soalan:  Boleh tak saudara terangkan rukun-rukun dan syarat-syarat sah khutbah Jumaat, baik dari segi pendengar dan juga imamnya. Dan pada khutbah yang ke berapa sepatutnya kita mengangkat tangan berdoa. Pada khutbah pertama atau kedua.


Soaljawab 115: Berkenaan dengan mencukur kepala bayi. Kebiasaannya dikampung2 ada majlis mencukur kepala yang akan disertakan dengan Marhaban. Ketika berselawat, bayi itu tadi akan dibawa keluar dan digunting sedikit rambutnya. Adakah ini mengikut syariat Islam? Apakah sunnah yang harus dilakukan ketika menyambut kelahiran bayi dalam konteks akikah, cukur kepala. Bagaimana cara yang disyorkan ISLAM.
 
 

[Kemuka Soalan] [ke laman utama]


aL-AHKAM online oleh:
Penerbitan.Pengedaran.Konsultan