|
|
(Siri Pertama) Bulan lepas kita telah mengenali serba sedikit tentang apa itu qaidah feqhiyah. Dan di sana terdapat lima kaedah induk yang menjadi rujukkan ulamak dalam menyelesaikan masalah fikah yang tidak terhitung jumlahnya, iaitu: 1. Segala sesuatu tergantung kepada tujuannya. (Al-Umur Bimaqasidiha)
Kaedah Pertama
1. Segala sesuatu tergantung kepada tujuannya. (Al-Umur Bimaqasidiha)
Jadi, di sinilah perlunya niat disertakan pada setiap amalan sebagai faktor pembeza. Para pengunjung aL-AHKAM online yang dikasihi sekelian, penting atau tidak niat itu? Mahunya tidak penting, kerana lihat sahaja, hampir seluruh masalah-masalah fikah perlu kepada niat. Tidak ada niat bermakna tidak sah, tidak dikira oleh syarak. Bila syarak tidak mengambil kira bermakna ia sia-sia sahaja. Sumber
Mereka merumuskan kaedah ini dari:
2. Hadis:
3. Hadis:
4. Dalam Sunan al-Baihaqi ada menyebutkan hadis dari Anas:
5. Dalam Musnad Syihab menyebutkan hadis:
6. Al-Baihaqi meriwayatkan:
7. Dari ABu Zar al-Ghifari, sabda Rasulullah s.a.w.:
8. Banyak lagi nas-nas syarak yang menunjukkan tentang niat...... Pentingnya Niat
Imam Syafi'i, Imam Ahmad bin Hanbal, Ibnu Mahdi, Ibnu Madini, ABu Daud, Daruquthni dan lain-lainya berpendapat bahawa hadis niat ini meliputi sepertiga ilmu Fikah. Ada juga yang mengatakan seperempat ilmu Fikah. Mengapa mereka ini meletakkan niat itu di kedudukan yang paling penting? Alasannya ialah, apa yang lair dan yang zahir dari manusia itu adalah melalui tiga sumber: Hati, lidah dan tubuh badan. Niat merupakan salah satu yang terpenting yang lahir dari hati. Itulah sebabnya ia dianggap unsur yang paling penting berbanding dua unsur lainnya. Dan setiap perbuatan, boleh jadi ia dilakukan kerana ibadah dan boleh jadi kerana adat kebiasaan. Jadi niatlah yang menjadi pembezanya. Apakah tujuan niat disyariatkan?
Senangnya begini -> Cuba kita lihat mandi dan wudhuk, basuh muka pada mandi atau wudhuk boleh jadi ia untuk ibadah (mengerjakan sebahagian dari mandi dan wudhuk), dan adakalanya hanya untuk membasuh kotoran dan habuk-habuk yang ada padanya. Di sinilah letaknya peranan niat. Meninggalkan makan dan minum (berpuasa), boleh jadi kerana ibadah, dan boleh jadi juga kerana nak diet atau tak lalu makan.... Memberi harta kepada fakir miskin adakalanya kerana ibadah - Zakat dan sedekah. Adakalanya hanya semata-mata untuk derma sosial yang dapat memberi pulangan habuan keduniaan. Duduk di dalam masjid, ada kemungkinan kerana saja berehat-rehat, dan
ada kemungkinan kerana tujuan beribadah (i'tikaf).
Di atas, adalah peranan niat sebagai pembeza antara suatu perbuatan itu ibadah atau adat. Contoh berikut adalah peranan niat untuk membezakan kedudukkan perbuatan ibadah yang dilakukan. Ibadah wudhuk, sembahyang, puasa dan sebagainya ada yang berstatus sunat dan ada yang wajib. Dan bertayammum, ada untuk hadas besar dan ada yang untuk hadas kecil. Di sini niat berperanan sebagai pembeza antara kedua-duanya. Perkara-perkara Penting Di Sekitar Niat
Point pertama: Tidak wajib berniat pada ibadah yang tidak ada
kemiripan dengan perbuatan adat.
Semua bentuk perbuatan di atas tidak perlu diniatkan. Jadi, nak beriman dengan ALlah Taala tidak perlu berniat, kerana perbuatan itu tidak ada kemiripannya dengan perbuatan-perbuaan adat. Ia sungguh berbeza dengan perbuatan biasa. Ini berbeza dengan mandi wajib atau sunat. Perbuatan itu ada kemiripannya dengan perbuatan mandi kerana nak menyejukkan badan dsbnya. Membaca al-Quran pun begitu, tidak perlu niat. Dalam masalah meninggalkan perbuatan yang dilarang oleh Allah, tidak perlu niat, kerana perbuatan yang hendak ditinggalkan itu tidak berlaku lagi. Seperti meninggalkan perbuatan zina, judi dsbnya, tidaklah perlu diniatkan. Namun, untuk mendapat balasan pahala kerana meninggalkan larangan Allah, perlulah diniatkan. Menghilangkan najis... Ia adalah perbuatan yang mengandungi dua unsur -> Larangan dan perintah. Menurut sebahagian besar ulamak, ia tidak perlu niat kerana kemiripannya dengan perbuatan meninggalkan larangan. Membasuh najis mengandungi dua unsur - Perintah dan larang... Bagaimana?
Ia mengandungi unsur perintah, iaitu syariat memerintahkan supaya menghilangkan
najis itu. Ia mengandungi unsur meninggalkan sesuatu (larangan), iaitu
meninggalkan tubuh kita daripada ada najis.
Point kedua: Disyaratkan menta'yin nama perbuatan ibadah yang ada kemiripannya dengan ibadah lain. Ta'yin ialah menentukan nama ibadah itu. Bagi yang masih kurang faham apa itu ta'yin, dalam niat sembahyang Asar contohnya, kalau dilafazkan bunyinya begini -> "Sahaja aku sembahyang fardu Asar", Asar itulah dia ta'yin, iaitu menentukan nama ibadah itu . Contoh-contoh ta'yin lain, Sahaja aku sembahyang fardu Zohor, sahaja aku sembahyang sunat tahiyat masjid, sahaja aku sembahyang sunat witir, Sahaja aku berpuasa ramadhan esok hari.. dsbnya. Berikut ini adalah antara ibadah-ibadah yang disyaratkan ta'yin:
.>Sembahyang hariraya, wajiblah dita'yinkan -> Aidil fitri atau Adha, kerana keserupaan kedua-duanya. Oleh itu wajib niat: Sahaja aku sembahyang sunat aidil fitri. atau: Sahaja aku sembahyang sunat aidil adha. > Sembahyang sunat rawatib, wajib dita'yinkan dengan menghubungkannya
dengan zohor (contohnya), samada qabliyah ataupun ba'diyah.
Akan datang kita akan membincangkan mengenai masalah ta'radh. Kepada sesiapa yang mahu memberi maklum balas sila
kirimkan:
|
|
[Kemuka
Soalan Ke Laman Utama]