Make your own free website on Tripod.com
[an error occurred while processing this directive]
Tauhid yang terdapat di dalam al-Quran

Murji'ah

Kemunculan
Para pengikut Ali berpecah kerelaannya menerima Tahkim kepada Khawarij dan Syiah. Di mana Khawarij mengkafirkan Ali, Usman dan jurucakap Tahkim. Manakala Syiah pula sebahagiannya mengkafirkan Abu Bakar, Umar, Usman dan pendokong-pendokong mereka. Dan kedua-dua aliran ini pula sama-sama mengkafirkan bani Umaiyah dan melaknat mereka. Bani Umaiyah pula mengatakan bahawa kaum muslimin ialah mereka yang berada di bawah panji-panji mereka, tunduk patuh samada suka ataupun benci.

Ini menjadi sebab sekumpulan dari kalangan para sahabat membenci perselisihan yang berlaku. Lalu mereka mengambil jalan tengah hingga benar-benar nyata fitnah berkenaan. Kerana inilah mereka enggan mencampuri urusan orang-orang yang berselisih. Mereka tidak membebankan diri mereka untuk membahaskan mengenai siapa yang benar dari kalangan dua kelompok yang berselisih dan berperang. Mereka mengembalikan hukum tentang keadaan mereka kepada Allah s.w.t. Sebab itulah mereka digelar sebagai al-Murji'ah.

Asas-asas mazhab Murji'ah
Berikut ini adalah sebahagian dari asas-asas mazhab Murji'ah:
Mereka berpendapat bahawa kelompok-kelompok yang berselisih itu masih beriman, sekalipun sebahagian mereka itu ada yang benar dan sebahagian mereka ada yang salah. Kerana mereka tidak mampu untuk menentukan yang mana benar dan yang mana bersalah, maka dikembalikan hukum itu kepada Allah Taala. Golongan yang berselisih ini beriman kerana mereka masih mengucap dua kalimah Syahadah. Kemudian asas ini berkembang pada masa berikutnya:
  a . Iman itu ialah dengan pembenaran (tasdiq) dan makrifah (mengenal Allah). Amal pula tidak memberi kesan kepada iman secara mutlak. Mereka mengatakan bahawa keimanan yang disertai dengan kemaksiatan tidak memberi mudarat, sebagaimana tidak memberi manfaat kekufuran yang disertai dengan ketaatan.
  b . Kemudian sebahagian mereka ada yang bersikap melampau. Mereka menganggap bahawa keimanan itu hanyalah dengan hati, sekalipun seseorang itu mengumumkan kekufurannya dengan lisan, menyembah berhala atau melazimi orang-orang Yahudi dan Nasrani; dan dia mati dalam keadaan begitu, maka tetap dianggap sebagai orang yang beriman.

Terdapat kefasikan dan kejahatan di dalam pandangan-pandangan mazhab ini yang membuka pintu ke arah segala kerosakan.  pandangan-pandangan mazhab ini yang membuka pintu ke arah segala kerosakan. Mereka menjadikannya sebagai perantara dosa-dosa mereka.

Zaid bin Ali bin al-Husain berkata: "Aku bebas dari Murji'ah yang sukakan kepada kefasikan pada keampunan Allah."

Memang banyak mazhab yang muncul secara bersih, kemudian para pengikutnya menjadi pelampau yang mengikut hawa nafsu mereka.

Ke Laman Utama
Ke Firqah



aL-AHKAM online oleh: