Make your own free website on Tripod.com
[an error occurred while processing this directive]


[Kemuka Soalan] [ke laman utama]

Penerbitan.Pengedaran.Konsultan



Apakah boleh jamak/qasar jika perjalanan mudah

Soaljawab 142 (20/11)
Dalam dunia sekarang yang hampir canggih dengan serba kemudahan infrastruktur seperti masjid dan sebagainya yang terdapat di hampir setiap perjalanan, adakah harus kita mengqasarkan atau menjamak sembahyanag kita sekiranya tempat yang kita hendak tuju adalah melebihi 1 marhalah?


Jawapan

Menurut satu kaedah feqhiyah:
Hukum itu beredar bersama illatnya dalam mewujudkan dan meniadakan hukum. (al-hukmu yaduru ma'al `illah wujudan wa `adaman).

Ia bermaksud, hukum itu wujud jika ada illahnya. Apabila illah itu tiada, maka tiadalah hukum. Contoh: Khamar (arak) itu dihukumkan haram. Illatnya ialah kerana ada zat yang memabukkan di dalamnya. Jika illat itu tiada maka arak itu tidak diharamkan. Seperti jika arak itu hilang zat yang memabukkan dengan bertukar menjadi cuka, maka halal hukumnya.

-> Hukum di bina berdasarkan illahnya. Ada illah ada hukum. Tiada illah tiada hukum.

Illah ini dapat diterjemahkan dengan makna sebab sesuatu hukum itu berlaku. Namun ada juga yang membezakan antara sebab dan illah.

Di sana terdapat satu lagi istilah yang dinamakan dengan hikmah hukum. Hikmah ini ada kemiripan dari sudut maknanya dengan illah. Perbezaannya ialah, illah adalah sesuatu yang telah pasti, kukuh, dapat digunakan untuk membina hukum dan dapat mengikat ada atau tiadanya hukum. Sedangkan hikmah masih diduga-duga, masih longgar, masih kabur, tidak dapat membina hukum dan tidak menjadi asas kepada ada atau tiadanya hukum.

Contoh:
Memasuki rumah orang lain tanpa keizinan tuannya adalah haram.
Illat diharamkan memasuki rumah dalam kes di atas ialah -> Tidak ada izin/kerelaan tuannya.
Jadi, jika keizinan/kerelaan itu ada, maka dihalalkan memasuki rumah berkenaan.
Hikmahnya diharamkan masuk rumah tanpa izin ialah kerana mahu mengelakkan kemudaratan pada harta dan diri pemiliknya.
Memasuki rumah tetap diharamkan tanap izin tuannya, samada dia memberi kemudaratan kepada tuan rumah dan hartanya ataupun tidak. Kerana menolak kemudaratan hanyalah hikmahnya sahaja, bukan dasar pembinaan hukum.

-------
Jika sudah faham penjelasan di atas, kita kembali kepada soalan:
1. Sembahyang qasar dibenarkan bagi orang yang bermusafir.
Illatnya ialah: Wujud permusafiran.
Hikmahnya ialah: Memberi keringanan dan menolak kesulitan.

--> Jika berlaku permusafiran maka bolehlah melakukan qasar. Jika tidak berlaku permusafiran maka tidak wujud hukum itu (tidak boleh qasar). Tentang jarak jauh permusafiran itu, jika mazhab syafi'i ialah melebihi dua marhalah, ada mazhab yang berpendapat boleh kurang dari itu. Jika wujud permusafiran sejauh jarak yang ditetapkan oleh mazhab masing-masing, maka qasar dibenarkan. Tidak kira samada permusafiran itu memakan masa yang lama atau sekejap. Contohnya 1 minit sahaja sudah sampai.. Qasar tetap dibenarkan. Sekalipun sang musafir itu tidak mengalami apa-apa kesulitanpun. Kerana menolak kesulitan bukan illat hukum qasar, tetapi hikmah sahaja.

Untuk penjelasan tentang jarak permusafiran, sila lihat:
http://ahkam.hypermart.net/soaljawab/soaljawab82.htm

Dalam kes sembahyang jamak juga begitu. Illatnya ialah wujud permusafiran. Untuk jamak kerana hujan, illatnya ialah kerana hujan.Bukan kerana memberi keringanan atau menolak kesulitan. Ia hanya hikmahnya sahaja.

Jika saudara dapat membezakan antara illah dan hikmah, maka dapatlah saudara mengatasi masalah yang saudara hadapi ini.

Wallahu a'lam.

Rujukan:
Ushul al-Feqh, Muhamad Abu Zahrah.
Usul al-Feqh, Muhamad Khudhari Bek.
Al-Luma', al-Syairazi

Sekian, wassalam.
panel aL-AHKAM online
 
 

[Kemuka Soalan] [ke laman utama]


aL-AHKAM online oleh:
Penerbitan.Pengedaran.Konsultan