Nama penuh: nazri bin daud
E-email: nazri_00@hotmail.com
Assalamualaikum Ustaz,
1) Apakah hukum mengenainya Insuran Hayat/Nyawa?
2)Insuran nyawa secara Islam(Takaful), bagaimanakah ianya dijalankan?
----------------------------------------------------------
Nama penuh: wan nazri
E-email: nazri_00@yahoo.com
Assalamualaikum,
Ustaz,
1) Saya mempunyai kemuskilan mengenai bab insuran nyawa secara islam(Takaful).
Apakah pandangan Ustaz, berkenaan dengan lnsuran nyawa dari sudut kaca
mata Islam? Apakah kaedah yang dipakai bagi menghalalkannya?
2)Apakah pandangan Ustaz, mengenai ASB dan ASN.
1. Perbahasan Hukum Insuran Nyawa (Life Assurance):
Islam tidak menolak konsep insurans. Secara am insuran ditakrifkan sebagai
satu pakatan oleh sekumpulan ahli untuk mewujudkan satu tabung atau dana
kewangan bersama yang khusus bagi tujuan membantu ahli ketika ditimpa musibah.
Amalan seumpama ini selaras dengan tuntutan Islam. Kerjasama, saling bantu
membantu dan prihatin kepada golongan yang memerlukan bantuan kerana seperti
yang tersirat dalam konsep insuran adalah selari dengan tuntutan Islam,
sebagaimana maksud hadis yang berbunyi:
"Sesungguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang boleh memberi
keselamatan dan
perlindungan terhadap harta dan jiwa raga manusia' (Riwayat
Ibnu Majah).
Konsep insuran sudah lama dipraktikkan. Dalam zaman Jahiliyyah ia adalah
antara beberapa bentuk amalan kerjasama dikalangan puak atau suku kaum
Arab sebagai strategi mambantu sesama mereka apabila ada anggota atau ahli
yang
menanggung kesusahan, seperti pembunuhan, penculikan, rompakan dan
sebagainya. Malahan kini diperakui bahawa insuran telah berkembang daripada
amalan Islam. Walaubagaimanapun ulama umumnya sepakat bahawa operasi insuran
dalam bentuknya sekarang tidak menepati hukum syarak. Jika konsep insuran
diterima Islam, mengapa pula operasi seperti yang ada dalam pelbagai jenis
polisi yang disediakan oleh syarikat insuran sekarang didiapati bercanggah
dengan kehendak syarak.
Misalnya, Jawatankuasa Fatwa , Majlis Hal Ehwal Agama Islam Kebangsaan,
dalam mesyuarat pada 15 Jun 1972, memutuskan bahawa insuran nyawa sebagaimana
dijalankan oelh syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah suatu muamalat
yang fasid kerana tidak sesuai dengan prinsip Islam dari segi aqadnya,
kerana mengandungi unsur yang tidak Islamik; yang
mana hukumnya menurut Islam adalah HARAM. Selain itu, Akademi Feqah
Islam (Majmak Fiqh) yang mana anggotanya terdiri daripada ulama' dari seluruh
dunia Islam termasuk Malaysia dan diasaskan dibawah Persidangan Pertubuhan
Negara-negara Islam (OIC), dalam mesyuaratnya di Jeddah pada 22-28
Disember 1995 memutuskan selepas mengkaji semua jenis dan bentuk insurans,
bahawa kontrak perniagaan insurans yang disediakan oleh syarikat insurans
mengandungi unsur yang membawa kepada fasid.
Yang demikian,menurut Majmak Fiqh, ia HARAM disisi syarak. Daripada kedua-dua keputusan, ini jelas menunjukkan ulama' sependapat bahawa kedua-dua jenis perniagaan insurans nyawa dan am adalah tidak menepati landasan syariah. Mengapa pula ulama' memutuskan perniagaan insurans yang disediakan oleh syarikat insurans sekarang tidak menepati hukum syarak ialah kerana polisi insurans adalah kontrak atau akad jual beli, Di bawah urusan transaksinya, pembeli yang dipanggil pemegang polisi dikehendaki membayar wang premium sebagai harga kepada syarikat insurans yang menjual polisi insurans yang menyediakan faedah perlindungan sama ada untuk diri (nyawa) atau harta benda pemegang polisi itu sendiri. Jual beli dalam Islam mempunyai rukun tertentu. Sekiranya salah satu rukun itu tidak dipenuhi, maka akad jual beli dikira tidak sempurna dan boleh membatalkan akad tersebut.
Dalam kontrak jual beli insurans, salah satu rukun yang tidak sempurna
ialah yang berkaitan dengan ma'qudalaih (apa yang diakadkan). Perkara atau
apa yang diakadkan, yang dibeli atau dijual, mestilah jelas dan tidak mengadungi
unsur 'gharar'. Jika rukun ini tidak dipenuhi, maka akad jual menjadi cacat.
Gharar dilarang oleh Rasulullah SAW mengikut sabda baginda yang bermaksud:
"Rasulullah SAW melarang jual beli secara baling batu da njual beli
gharar (Riwayat Muslim).
Sehubungan itu, ulama' menjelaskan gharar dalam salah satu daripada
daripada tiga sebab berikut;
I. Tiada barang yang dijual beli (akad jual beli tanpa barang).
2. Ada barang tetapi tidak boleh diserah kepada pembeli, dan
3. Ada barang dan ia boleh diserahkan kepada pembeli tetapi ia tidak
dapat ditentukan atau tidak jelas sama ada sifatnya, caranya, banyaknya
atau lain-lain.
Dalam konteks ini, ulama' berpendapat perkara ke-3 diatas menunjukkan
ada unsur gharar dalam konteks jual beli insurans. Dalam setiap urusan,
Islam sentiasa menekankan kepada prinsip keadilan dan kebaikan. Unsur gharar
menafikan kedua-dua prinsip ini. Mana-mana kontrak jual beli yang mengandugi
amalan atau mengenakan syarat berat sebelah dan kesannya boleh membawa
kerugian kepada sebelah pihak sahaja adalh jual beli gharar. Misalnya,
syarat yang menetapkan luputnya wang pembeli atau pengembalian wang tidak
mengikut kiraan yang adil, sekiranya pembeli terbabit tidak memenuhi kewajipan,
tempoh atau tanggungjawab tertentu seperti membatalkan atau memecahkan
akad sebelum genap tempoh yang dipersetujui. Urusan jual beli seperti ini,
tidak mengambil kira langsung kepentingan keadilan dan kebaikan kepada
akid atau pihak-pihak yang berakad, lebih-lebih lagi pembeli yang menyubangkan
wang.
![]()
Umumnya, struktur perjalanan takaful tidak banyak berbeza dengan insurans. Disatu pihak ada peserta yang melanggani produk takaful daripada pihak yang menyediakan produk itu, iaitu syarikat takaful. Kedua-dua pihak ini akan memeteraikan akad. Oleh kerana wang sumbangan dibayar oleh peserta dengan tujuan untuk menabung dan mendapat untung sambil berniat untuk membantu rakan peserta yang memerlukan bantuan ketika ditinpa musibah, maka opersi takaful lebih berbentuk satu usaha pelaburan.
Yang demikian wang sumbangan peserta tidak menjadi hak syarikat. Sedang dibawah jual beli insurans, wang premium menjadi hak syarikat insurans sebagai balasan pemegang polisi membeli polisi insurans daripada syarikat berkenaan. Sesuai dengan struktur operasinya, ulama' memutuskan bahawa akad takaful HARUS berasaskan prinsip al-Mudharabah atau berkongsi untung dalam perniagaan. Peserta akan berhak mendapat untung daripada bahagian tabungan atas pulangan pelaburan yang dijalankan oleh syarikat takaful. Diwaktu yang sama, peserta juga bersetuju menyumbang sebagai tabarru' (derma) sebahagian daripada sumbangannya dan untung pelaburan keatasnya bagi tujuan membantu rakan peserta yang ditimpa kesusahan.
3. ASB dan ASN
Hukum melabur dalam ASN dan ASB atau mana-mana amanah saham adalah
berdasarkan kaedah yang sama dengan urusniaga saham. Ia dianggap halal
oleh syara' sekiranya aktiviti-aktiviti amanah saham itu dilakukan adalah
tidak
melanggar hukum syara'. Jika mana-mana amanah saham termasuk ASN dan
ASB terlibat dalam aktiviti-aktiviti tidak halal atau syubhah, maka andalah
yang perlu membuat penyelidikan dan keputusan. Ada beberapa amanah saham
yang mengisytiharkan diri mereka pelaburan halal 100%, antaranya ASDI,ASK,
Abrar Trust fund, Tabung Pertama bank Islam bhd, Tabung Ittikal Arab malaysia,
Tabung Ittikal KL Mutual, Tabung ittikal Rasyid Hussin, Tabung Haji; maka
pilihlah salah satu amanah
saham tersebut.
Rujukan: Rumusan dari perbahasan di islah-net dan msm-net pada tahun 1997.
sekian
thtl for al_ahkam online fiqh services
[Kemuka
Soalan] [ke laman utama]