Make your own free website on Tripod.com
[an error occurred while processing this directive]
aL-AHKAMonline

[Kemuka Soalan] [ke laman utama]



Kahwin sepupu

Nama penuh:     Rusdi B. Husin@Rashid
E-email:        rusdi@mmis.minolta.co.jp
Assalamualaikum wbr...
Soalan yang ingin saya kemukakan ialah berkaitan dengan perkahwinan "sepupu". Apakah ada hukum yang jelas tentang perkara ini?. Setakat kefahaman saya, Islam tidak melarang perkahwinan sebegini tetapi menyeru agar kita menjauhi sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya atau kemudaratan. Alasan saya ialah kerana telah ada pihak yang menjalankan kegiatan secara saintifik untuk membuktikan kemungkinan yang tinggi dari tindakan penyatuan genetik yang boleh menyebabkan penyakit warisan sekiranya berkahwin dengan seseorang yang mempunyai pertalian darah yang rapat, contohnya perkahwinan sepupu.Selain penyakit warisan ,implikasi lain yang dinyatakan dari kajian ini ialah kemungkinan anak yang dilahirkan dari penyatuan genetik sebegini akan mempunyai tahap kecergasan otak yang agak rendah atau "lembap". Saya juga telah dimaklumkan tentang perbincangan mengenai perkara ini dalam satu rancangan TV3 ( NONA; malangnya saya tidak berkesempatan untuk mengikutinya). Semoga mendapat penjelasan dari pihak tuan, dan menjadi iktibar kepada sekalian yang membacanya. Wallahua'lam.

Sekian,...wassalam.


Jawab
Alhamdulillah, inilah jawapannya:

Menurut mazhab Syafi'i, berkahwin dengan sepupu dibolehkan tetapi tidak digalakkan.

Menurut matan Minhaj al-Thalibin - al-Nawawi: "Bukan dari kerabat yang dekat.." (Laisat qarabatan qariban)
Maksudnya, dalam memilih isteri hendaklah bukan dari kaum kerabat yang hampir.

Al-Khatib al-Syarbini menukilkan dari imam al-Rafi'i:
"Mengenai masalah ini al-Rafi'i telah mengambil dalil dengan sabdaan Rasulullah s.a.w. sebagai mengikut al-Wasith (nama kitab): "Janganlah kamu sekelian menikahi kerabat yang dekat, maka sesungguhnya anak itu akan dilahirkan kurus (nahif)"

Yang demikian itu kerana lemahnya syahwat.
(vol. 3, hal. 127)

Ibnu Sholah berkata:
"AKu tidak mendapati secara muktamad asal hadis ini."
(ibid.)

Al-Subki pula berkata:
"Maka seharusnya tidak sabit hukum ini kerana tiada dalil. Rasulullah sendiri telah mengahwinkan Ali dengan Fatimah, sedangkan mereka itu adalah kerabat yang dekat." ** Intaha..**
(ibid.)

Memang terdapat perkataan Imam al-Syafi'i yang mengatakan bahawa disukai tidak berkahwin dengan kaum kerabat. Dan mengenai perkara ini, yang paling utama ialah menafsirkan perkataan al-Syafi'i itu dengan kaum kerabat yang hampir. (ibid.)

Masalah:
Bagaimana dengan perkahwinan Rasulullah dengan Zainab, iaitu anak kepada emak saudaranya?

Jawab:
Perkahwinan itu mahu menunjukkan dan menjelaskan hukum, iaitu boleh berkahwin dengan kerabat yang dekat (sepupu).

Masalah:
Bagaimana pula dengan perkahwinan ALi dan Fatimah, bukankah mereka kerabat yang dekat?

Jawab:
1. Ali dan Fatimah secara umumnya adalah kerabat jauh, di mana Fatimah adalah anak perempuan kepada anak lelaki bapa saudaranya.
2. Juga untuk menjelaskan hukum - Boleh.
(ibid.)

-------------------
Begitulah secara ringkas mengenai hukum kahwin sepupu di dalam mazhab Syafi'i.

Mazhab Hanbali dan lain-lainnya juga berkata demikian.
(AL-Feqh al-Islami Wa Adillatuh, vol 7, hal. 14)

Sekian Wallahu a'lam.

[Kemuka Soalan] [ke laman utama]


aL-AHKAM online oleh: