Make your own free website on Tripod.com
[an error occurred while processing this directive]
aL-AHKAMonline

[Kemuka Soalan] [ke laman utama]



Syarat-syarat sah untuk menggunakan wali hakim

Soalan:
Apakah syarat-syarat sah untuk menggunakan wali hakim? Sahkan sekiranya saya menggunakan wali hakim untuk berkahwin tanpa memberi tahu wali sebenar (bapa perempuan) untuk menggelakkan maksiat yang berterusan memandangkan bimbang kalau-kalau kami memberi tahu kepada bapa perempuan tersebut akan mendatangkan tentangan-tentangan (kebimbangan wali tersebut,ini memandangkan kami masih lagi menuntut) yang akan menyebabkan kami berterusan melakukan maksiat?


Jawab
Alhamdulilah, inilah jawapannya:
Berdasarkan mazhab Syafi'i, terdapat pada beberapa tempat wali berpindah kepada sultan, iaitu:
1. Ketika wali sedang ihram haji.
2. Ketika wali ghaib (tiada) sejauh dua marhalah.
3. Wali enggan mengahwinkan perempuan yang berada di bawah kekuasaannya, apabila diminta olehnya agar dia dikahwinkan dengan lelaki yang kufu'. Perempuan ini boleh pergi kepada hakim (naib qadhi) untuk dikhawinkan. Jika wali itu enggan sebanyak tiga kali, maka dia dianggap fasiq, dan haknya sebagai wali gugur. Maka berpindahlah hak wali itu kepada wali pada tahap berikutnya (ab'ad).
4. Wali di penjara dalam keadaan tidak dapat mengahwinkan anaknya.
(Lihat al-Feqh Alal Mazahibil Arba'ah, vol. 4, Abdul Rahman al-Jaziri).

------------------
Masalah:
Apakah syarat-syarat sah untuk menggunakan wali hakim?

Jawab:
Disebutkan di atas.

Masalah:
Sahkah sekiranya saya menggunakan wali hakim untuk berkahwin tanpa memberi tahu wali sebenar (bapa perempuan)

Jawab:
Sah sekiranya pada salah satu keadaan berikut:
1. Bapa perempuan itu berada sejauh 2 marhalah atau lebih.
2. Perempuan meminta agar dikahwinkan dengan seorang lelaki yang kufu', tetapi bapa enggan.
3. Jika bapa perempuan terpenjara dan terhalang dari meng-aqadkan secara langsung.

-------------------
Peringatan dan Nasihat:
1. Sebaiknya ada keizinan dan restu dari ibubapa.
2. Wali hakim ialah yang dilantik oleh sultan atau pemerintah. Iaitu orang yang ada atau diberi autoriti untuk masalah nikah kahwin. Jika di Malaysia disebut naib qadhi, qadhi atau imam nikah. Tidak sah jika menggunakan nikah sendikit. Kerana dia tidak ada autoriti untuk itu.
3. Daftar selepas bernikah. Kerana walaupun pernikahan itu sah, namun menurut resminya ia tidak didaftarkan. Oleh itu, jika berlaku perceraian, kematian dsbnya., maka nikah yang tidak didaftarkan tidak dapat melakukan apa-apa tuntutan atas nama suami isteri. Yang biasa teraniaya ialah pihak isteri.

[Kemuka Soalan] [ke laman utama]


aL-AHKAM online oleh: