Make your own free website on Tripod.com
[an error occurred while processing this directive]

Ke Laman Utama




Jawapan Oleh: zainys

Soaljawab 57
(5/8/1998)

Solat Jamak/Qasar Pada hari Jumaat (2)



Berikut ini adalah jawapan melalui e-mail  kepada sebahagian dari soalan-soalan (banyak sekali) yang dikemukakan kepada kami mengenai hukum sembahyang jamak/qasar pada hari Jumaat. Diharap dapat memberi manfaat kepada para penjaring sekelian.

 



Jawapan
Subject: Re: Sembahyang Jamak Qasar
Date: Mon, 03 Aug 1998 14:15:52 +0800
From: aL-AHKAM online <ahkam_ol@yahoo.com>
 Organization: Maktabah Enterprise
To: Ismail bin Mat <ismaimt@pc.jaring.my>

Berikut ini saya sertakan jawapan cara untuk jamak sembahyang Jumaat dengan Asar (soaljawab dengan sebahagian netters). Saudara boleh memperoleh maklumat lengkap dan dalil-dalil mengenai jamak qasar pada link-link yang disertakan.

Sbg tambahan: Kami menerima banyak pertanyaan mengenai: Apakah boleh, sembahyang Jumaat di
jamak-kan dengan Asar? Hampir 10 pertanyaan dalam jangka waktu terdekat.

Oleh itu suka saya nyatakan di sini pendapat sebahagian dari para ulamak Syafi'i:
1. Syeikh Zakaria al-Ansari:
"Ini suatu fasal: Pada menyatakan sembahyang jamak antara dua sembahyang. Harus/boleh menjamakkan antara dua Asar (zohor dan Asar) dan antara dua maghrib (Maghrib dan Isyak) - secara jamak taqdim (pada waktu pertama) dan secara jamak ta'khir (pada waktu kedua). Dan sembahyang jumaat seperti
sembahyang zohor pada jamak taqdim.."
(Lihat Fahtul Wahhab, vol. 1, hal. 72)

2. Syeikh Muhamad al-Khatib al-Syarbini:
"Fasal pada menyatakan jamak antara dua solat. Harus/boleh menjamak-kan antara zohor dan Asar secara taqdim)-pada waktu pertama dan ta'khir -pada waktu kedua. Dan solat Jumaat seperti solat Zohor pada jamak taqdim, sebagaimana yang dinukilkan dari al-Zarkasyi dan dia mengi'timadkannya seperti jamak
keduanya dengan sebab hujan. Bahkan lebih utama lagi. Dan tidak boleh menjamakkan antara jumaat dan Asar secara jamak ta'khir. Kerana solat Jumaat tidak dapat didatangkan terkemudian dari waktu sebenarnya."
(lihat Mughni al-Muhtaj, vol 1, hal 271 & 272)

al-Zarkasyi juga membenarkan melakukan jamak taqdim antara Jumaat dan Asar disebabkan hujan. Bahkan dia mengatakan lebih patut/utama lagi.

Dr. Wahbah al-Zuhaili:
"Harus/boleh di sisi jumhur ulamak selain Hanafiah menjamakkan antara Zohor dan Asar secara taqdim pada waktu pertama, dan ta'khir pada waktu kedua. Dan solat jumaat seperti solat zohor pada jamak taqdim.."
(al-Feqh al-Islami Wa Adillatuh, vol 2, hal 349)

Jika ada yang kurang jelas, sila hubungi kami lagi.
Sekian. wassalam

webmaster
zain y.s.

-----------------------
Assalamualaikum

Saya ada satu soalan.

Semasa kita dalam perjalanan balik kampung yang yang jauh ( contohnya saya, dari Melaka ke Kota Bharu ), kita diringankan untuk menjamak & mengqasarkan sembahyang kita. Persoalannya ialah :

1.    Bolehkan kita sembahyang Zohor @ Jumaat dengan orang bermukim dan seterusnya menjamak/qasar dengan sembahyang Asar selepas itu?

2.    Kalau boleh, sertakan sekali nas-nas. Ini adalah kerana saya dah terbiasa dengan amalan itu semasa dalam latihan dulu dibawah jagaan seorang pengikut Tabligh.

3.    Baru-baru ni, saya ditanya @ dipersoalkan tentang amalan itu. Sekarang saya menjadi was-was, kerana saya dulu pun tak pernah bertanya dengan detail dengan beliau dulu.

Sekian terima kasih.



Mohd Azali Setapa wrote:

> Terima kasih,semuga ALLAH memberkati kamu.
>
> -----Original Message-----
> From:   aL-AHKAM online [SMTP:ahkam_ol@yahoo.com]
> Sent:   Thursday, July 02, 1998 2:55 AM
> To:     mas@bbmb.com.my
> Subject:        Sembahyang Jamak Qasar
>
> From: mas@bbmb.com.my (Mohd Azali Setapa)  Save Address Block Sender
>                To: "'soalfikah@hotmail.com'" <soalfikah@hotmail.com>
>                Subject: Sembahyang Jamak Qasar
>                Date: Fri, 31 Jul 1998 16:35:30 +0800
>
> Bagaimana caranya hendak sembahyang jamak awal pada hari Jumaat. Adakah
> selepas kita sembahyang Jumaat kita terus bangun dan sembahyang jamak
> dan Qasar Asar dalam waktu Zohor?

-------------
Jawapan
-----------
> >>>>>Perhatian<<<<
> T/kasih atas perhatian saudara. Berikut ni saya petik jawapan dari
> soalan 26 di aL-AHKAM online. Dan sila rujuk penjelasan jawapan-jawapan
> lain utk rujukan lanjut dilink yang disediakan di bawah. Dan jika kurang
> jelas, hubungi kami lagi.
>
> -------
> Update (6/6/1998)
> Soalan 26
> Berikut ini adalah maklumbalas dari soaljawab 16 & 17
>
> Jamak dan Qasar pada hari Jumaat
>
>   assalamualaikum
>   Berkenaan qasar/jamak....
>   Bagaimanakah sekiranya saya sampai ke satu destinasi yang membolehkan
> saya menjamak/qasar tetapi dalam keadaan
>   Pada hari Jumaat:
>   1)Bagaimana saya boleh melakukan jamak/qasar zohor&asar?
>   2)Kalau saya ikut imam sembahyang fardu jumaat,bagaimana dengan asar
> saya?
>
>   Harap dapat diselesaikan kemelut saya ini
>   Terimakasih
>   -----------------
>   fauzida@tm.net.my
>
> Jawapan
>
> Alhamdulillah, inilah jawapannya:
> Diharap saudari dapat melihat kembali jawapan soaljawab 16 & 17.
>
> Dapat kita fahami dari penjelasan berkenaan bahawa seandainya
> syarat-syarat untuk menjamak/qasar dipenuhi, bolehlah kita
> melakukannya. Kita dibolehkan mengqasar sembahyang yang empat rakaat
> (Zohor, Asar & Isyak). Boleh juga kita
> menjamakkan sembahyang - Zohor dengan Asar, Maghrib dengan Isyak. Samada
> dengan jamak taqdim atau ta'khir.
>
> Saoalan saudara/ri -> pada hari Jumaat, bagaimana saya boleh melakukan
> jamak/qasar zohor&asar?
> Jawapan: Saudara/ri boleh melakukan jamak - Sembahyang Jumaat dan Asar.
> Caranya, saudara sembahyang Jumaat
> sebagaimana biasa, hanya perlu diniatkan hendak dijamakkan dengan Asar.
> Selepas memberi salam, saudara berdiri dan
> kerjakanlah sembahyang Asar pula. Caranya sama sahaja seperti jamak
> Zohor dengan Asar. Yang berbeza di sini ialah kita
> sembahyang Jumaat.. Itu sahaja.
>
> Soalan saudara/ri seterusnya -> Kalau saya ikut imam sembahyang fardu
> jumaat,bagaimana dengan asar
> saya?
> Jawapan, seperti yang dinyatakan di atas, saudara sembahyang Jumaat
> seperti biasa ikut imam, selepas salam... Terus bangun
> dan kerjakan sembahyang Asar (yang hendak dijamakkan dengan Jumaat -
> jamak taqdim).
>
> Harap jawapan ini benar-benar dapat difahami..
>
> Wallahu a'lam
>
> ------------
> Tentang cara-cara melakukan sembahyang jamak sila klik link berikut:
> http://members.xoom.com/ahkam_ol/koleksi05.htm#16
> http://members.xoom.com/ahkam_ol/koleksi05.htm#17
> http://members.xoom.com/ahkam_ol/koleksi06.htm#26
> http://members.xoom.com/ahkam_ol/koleksi06.htm#27
> http://members.xoom.com/ahkam_ol/koleksi06.htm#28
>



 aL-AHKAMonlinePercuma oleh:
Penerbitan.Pengedaran.Konsultan