Make your own free website on Tripod.com
[an error occurred while processing this directive]

Ke Laman Utama


Jawapan Oleh: Panel

Soaljawab 65
(15/8/1998)

Hukum Talipinggang & Wallet kulit

To: soalfikah@hotmail.com
From: Saripol Baharin Bin Karim <saripol@tm.net.my>
Subject: Tali-pinggang & "wallet" kulit

Assalamua'laikum...

Tali-pinggang & "wallet" kulit, apakah hukumnya memakainya semasa sembahyang. Sekiranya najis, bagaimana untuk membersihkannya.

Sekian
-------------------------------------
SARIPOL BAHARIN BIN KARIM
Nafas Jentera Sdn. Bhd.
Lot 9, Jalan 241/51A,
46100 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia.
Tel : +603-7766622
Fax : +603-7761366


Jawapan

Semoga Allah merahmati penyoal. Alhamdulillah, inilah jawapannya (berdasarkan mazhab Syafi’I):

Dari soalan ini saya mahu bertanya kembali:
1. Apakah Tali-pinggang & "wallet" kulit itu asalnya memang najis?
2. Apakah Tali-pinggang & "wallet" kulit itu terkena najis?

Jadi, jawapan saya adalah di sekitar dua soalan ini:

-------------------
1. Apakah tali-pinggang & "wallet" kulit itu asalnya memang najis?
Maksudnya begini, tali-pinggang & "wallet" itu memangnya dari perbuat dari kulit yang najis. Contohnya ia diperbuat dari kulit babi atau anjing. Atau dari kulit binatang bangkai yang tidak disamak. Seperti, ada seekor lembu mati tanpa disembelih. Lalu kita ambil kulitnya untuk dibuat tali pinggang. Sebelum itu kita tidak samak pun.

Soal: Apakah hukumnya memakainya semasa sembahyang?
Jawab: Kalau ia najis seperti di atas sudah tentu tidak boleh dibawa di dalam sembahyang. Kerana salah satu dari syarat sah sembahyang ialah suci tubuh, pakaian dan tempat dari sebarang najis. Kalau bawa juga, tidak sah sembahyang.
 

Soal: Sekiranya najis, bagaimana untuk membersihkannya?
Jawab: Jika ia diperbuat dari kulit babi atau anjing.. Tidak perlu fikir panjang.. Ia tidak dapat disucikan lagi. Kerana menurut ulamak Syafi’iyah, semua kulit bangkai binatang akan menjadi suci setelah disamak, kecuali kulit anjing, babi dan keturunannya.
Jika ia dari kulit selain dari dua ekor binatang itu, samak sahaja.

Cara samak:
Terlalu mudah..  Bersihkan dahulu sisa-sia daging yang masih ada, kemudia samaklah menggunakan sesuatu yang kelat, tajam atau pahit seperti tawas, kulit delima dsbnya.

Kalau talipinggang dan wallet kulit yang umum dipakai oleh orang sekarang tidak perlu dibimbangkan lagi kerana ia sudahpun diproses menggunakan bahan kimia yang sudah semestinya bertepatan dengan kehendak samak menurut syarak. Ia boleh dipakai tanpa ragu-ragu serta sah dibawa di dalam sembahyang.

2. Apakah tali-pinggang & "wallet" kulit itu terkena najis?
Maksudnya ialah, tali-pinggang & "wallet" kulit itu asalnya suci, tetapi terkena najis. Contoh, talipinggang kita telah terkena kencing kucing. Ini bermakna ia telah terkena najis.

Soal: Apakah hukumnya memakainya semasa sembahyang?
Jawab: Sekiranya ia terkena najis begitu, sudah tentu tidak boleh dibawa di dalam sembahyang. Tidak sah.

Soal: Sekiranya najis, bagaimana untuk membersihkannya?
Jawab: Caranya mudah, basuh sahaja tempat yang terkena najis itu dengan air mutlak hingga sifat najis itu hilang. Sifat najis ialah warna, bau dan rasa. Selepas itu, ia suci dan boleh dibawa sembahyang tanpa syak lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai air mutlak, sila rujuk aL-AHKAM online (paparan 1-2-3 bulan Julai 1998). Untuk najis dan cara menyucikannya sila rujuk aL-AHKAM online (1-2-3 Fikah bulan Ogos 1998). Untuk mengetahui hukum bulu, kulit taring, gigi binatang, sila ke: http://members.xoom.com/ahkam_ol/koleksi06.htm#20

Sekian adanya.

Wallahu a’lam.

Sebarkan…!

Rujukan:
Kifayatul Akhyar, vol. 1



 aL-AHKAMonlinePercuma oleh:
Penerbitan.Pengedaran.Konsultan