2001
SOLAT SUNAT RAWATIB. |
PENGENALAN.
DALIL TENTANG SUNAT
MELAKUKAN SOLAT INI.
(متفق عليه)
(Muttafaq ‘alaih)
|
SOLAT SUNAT WUDHUK. |
PENGENALAN Solat sunat wudhuk dikenal juga dengan solat Syukur wudhu’ yakni solat sebanyak dua rakaat yang dikerjakan selepas seseorang mengambil wudhuk, tanpa ditetapkan dengan waktu yang tertentu baik pagi, petang, siang ataupun malam. NIAT SOLAT SUNAT WUDHUK
|
SOLAT SUNAT KETIKA BERMUSAFIR |
Disunatkan orang yang akan bermusafir solat dua rakaat
dan dua rakaat bila dia sampai di rumahnya.
“Dari Abu Hurairah, berkata Nabi s.a.w “Apabila engkau keluar dari rumahmu, hendaklah engkau solat dua rakaat nescaya solat itu akan memeliharamu dari kemasukan kejahatan, dan apabila engkau memasuki rumahmu hendaklah engkau memasuki rumahmu hendaklah engkau solat dua rakaat, maka solat itu akan memelihara dari kemasukan kejahatan”.
أُصَلِّي سُنَّةَ السَفَرِ
رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
|
SOLAT SUNAT JUMMAT |
Solat sunat Jumaat ini
iaitu solat yang dilakukan bagi mengiringi solat Jumaat sama ada sesudah
atau sebelumnya. Rasulullah s.a.w mengerjakan solat sunat Jumaat ini
sebanyak dua rakaat sesudah solat Jumaat di rumah baginda. Dalil : Rasulullah s.a.w memerintahkan kepada para sahabat yang selesai solat Jumaat untuk solat sebanyak empat rakaat dengan sekali salam. Demikianlah yang diriwayatkan oleh Muslim dari Ibnu Umar dan Abu Hurairah.
|
SOLAT SUNAT TAHIYYATUL MASJID |
Solat sunat Tahiyyatul Masjid ialah solat sunat yang dilakukan sebanyak dua rakaat sebaik sahaja memasuki masjid, iaitu sebelum seseorang itu duduk.
Maksudnya : “Apabila salah seorang di antara kamu mendatangi masjid, maka janganlah dia duduk sebelum solat dua rakaat”.
أُصَلِّي سُنَّةَ تَحِيَّةُ
الْمَسْجِدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat Tahiyatul Masjid 2 rakaat kerana Allah Taala.
|
SOLAT DHUHA |
Solat ini dilakukan pada waktu Dhuha iaitu pada saat matahari naik lebih kurang sepenggalahan (istiwak). Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah 8 rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan oleh 2 rakaat.
عن أبي هريرة رضي الله عنه
قال : أو صاني خليلي بثلاثة صيام أيام من كل شهر وركعتين الضحى وأن أوتر قبل
أنام .
(رواه البخاري ومسلم)
Daripada Abi Hurairah r.a
katanya : Rasulullah telah berwasiat kepadaku tiga perkara, iaitu puasa tiga
hari setiap bulan, sembahyang Dhuha dua rakaat dan sembahyang sebelum tidur. NIATNYA
أُصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى
رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala.
اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ
ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ
قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ
إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ
فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا
فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ
وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ . Maksud : Ya Allah !
bahawasanya waktu Dhuha itu adalah waktu Dhuha-Mu, keindahan itu adalah
keindahan-Mu, kecantikan itu adalah kecantikan-Mu, kekuatan itu adalah
kekuatan-Mu, kekuasaan itu adalah kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu adalah
perlindungan-Mu. Ya Allah ! Ya Tuhanku, jika rezekiku berada di atas langit,
maka turunkanlah, dan jika berada di dalam perut bumi maka keluarkanlah, dan
jika sukar maka mudahkanlah, jika haram maka sucikanlah, jika masih jauh
maka dekatkanlah. Berkat waktu Dhuha-Mu, Keagungan-Mu, Keindahan-Mu,
Kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau
limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.
|
SOLAT TAHAJJUD |
Solat tahajjud ini biasanya
dilakukan pada pertengahan malam selepas bangkit dari tidur atau sepertiga
malam walaupun selepas tidur sekejap. Bermula waktunya selepas menunaikan
solat isyak bersama 2 rakaat ba’diyahnya sehinggalah datang waktu subuh.
Solat ini tiak mempunyai bilangan rakaat yang tertentu, paling sedikit 2
rakaat dan yang paling banyak tidak terhad.
ومن الليل فتهجد به نافلة لك
عسى أن يبعثك ربك مقاما محمودا Maksudnya : “Dan di
sebahagian malam itu, hendaklah engkau bertahajjud sebagai nafilah (tambahan)
untukmu. Semoga Tuhan engkau akan mengangkat engkau ke suatu tempat (kedudukan)
yang terpuji” NIATNYAأُصَلِّي سُنَّةَ التَهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat Tahajjud 2 rakaat kerana Allah Taala. Antara doa yang dibaca
selepas solat tahajjud ialah :
“Wahai Tuhan kami, berilah
kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari
azab neraka” 2)اللَّهُمَّ
لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُوْرُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ ، وَلَكَ الْحَمْدُ
أَنْتَ قَيَّامُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ رَبُّ
السَمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ أَنْتَ الْحَقُّ ، وَوَعْدُكَ الحَقُّ
، وَقَوْلُكَ الحَقُّ ، وَلِقَائُكَ الحَقُّ ، وَالْجَنَّةُ حَقٌ ، وَالنَّارُ
حَقٌ ، وَالسَّاعَةُ حَقٌ ، اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ ،
وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ ، وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ ، وَبِكَ خَاصَمْتُ ، وَإِلَيْكَ
حَاكَمْتُ ، فَاغْفِرْلِي مَا قَدَّمْتُ وَأَخَّرْت
وَأَسْرَرْتُ وَأَعْلَنْتُ ، أَنْتَ إِلَهِي ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ.
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ
|
SOLAT WITIR |
Jumlah rakaat bagi witir
ialah ganjil. Paling sedikit 1 rakaat dan yang paling banyak 11 rakaat.
Waktu untuk mengerjakan solat ini ialah selepas solat isyak sehingga terbit
fajar.
“Adalah Nabi s.a.w solat di
antara solat Isyak dengan terbit fajar sebelas rakaat, Baginda memberi salam
tiap-tiap dua rakaat dan yang penghabisannya satu rakaat”
أُصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ
رَكْعَتَيْنِ/ رَكْعَةً لِلَّهِ تَعَالَى
سُبُّوْحٌ قُدُّوْسٌ رَبُّنَا رَبُّ الْمَلاَئِكَةِ وَالرُّوْحِ اللَّهُمَّ
إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفو ، فَاعْفُ عَنِّي
Atau bacalah doa ini :
اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ
إِيْمَانًا دَائِْمًا ، وَنَسْأَلُكَ قَلْبًا خَاشِعًا وَنَسْأَلُكَ عِلْمًا
نَافِعًا ، وَنَسْأَلُكَ يَقِيْنًا صَادِقًا . وَنَسْأَلُكَ عَمَلاً صَالِحًا ،
وَنَسْأَلُكَ دِيْنًا قَيِّمًا ، وَنَسْأَلُكَ خَيًْرا كَثِيْرًا ،
وَنَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ ، وَنَسْأَلُكَ تَمَامَ الْعَافِيَةِ ،
وَنَسْأَلُكَ الْشُكْرَ عَلَى الْعَافِيَةِ ، وَنَسْأَلُكَ الْغِنَاءَ عَنِ
الْنَّاسِ . اللَّهُمَّ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاَتَنَا وَصِيَامَنَا
وَقِيَامَنَا وَتَخَشُّعَنَا وَتَضَرُّعَنَا وَتَعَبُّدَنَا وَتَمِّمْ
تَقْصِيْرَنَا يَا الله يَا الله يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْن . وَصَلى اللهُ
عَلَى خَيْرِ خَلْقِهِ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
وَالْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. Maksudnya : “Ya Allah ! Ya Tuhan kami, kami memohon kepada-Mu iman yang kekal, kami memohon kepada-Mu hati yang khusyuk, kami memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, kami memohon ditetapkan keyakinan yang benar, kami memohon (dapat melaksanankan) amal yang soleh, kami memohon kepada-Mu tetap dalam agama Islam, kami memohon kepada-Mu kebaikan yang melimpah ruah, kami memohon kepada-Mu keampunan dan kesihatan, kami memohon kepada-Mu kesihatan yang sempurna, kami memohon kepada-Mu kesyukuran di atas kesihatan yang Engkau berikan, dan kami memohon kepada-Mu kecukupan, Ya Allah, Tuhan kami, terimalah daripada kami Solat kami, puasa kami, qiam kami, khusyuk kami, pengabdian kami, sempurnakanlah apa yang kami lakukan selama solat ya Allah, ya Allah, ya Allah Zat Yang Maha Pengasih dan Penyayang.”
|
SOLAT TARAWIH |
Tarawih ertinya beristirehat. Ia dikerjakan selepas solat isyak sehingga menjelang fajar. Solat Tarawih ini hanya dilakukan pada bulan ramadhan dan boleh dilakukan sama ada secara individu atau secara berjamaah. Bilangan rakaat yang dilakukan biasanya 8 rakaat dengan 3 witir atau 20 rakaat dengan 3 witir.
Maksudnya : “Adalah Rasulullah s.a.w menganjurkan untuk mengerjakan solat pada malam bulan Ramadan tetapi tidak mewajibkannya. Baginda bersabda barang siapa bangun pada bulan Ramadan (mengerjakan solat tarawih) dengan rasa iman dan mengharapkan keredhaan Allah maka diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu”. Cara yang mengerjakan solat tarawih ialah dengan melakukan 2 rakaat demi 2 rakaat.
|
SOLAT GERHANA / BULAN |
Gerhana terbahagi kepada dua iaitu gerhana bulan dan gerhana matahari. Gerhana ini merupakan tanda kekuasaan Allah S.W.T. bukan disebabkan apa-apa munasabah. Contoh sebagaimana yang telah berlaku pada Zaman Rasulullah s.a.w apabila anak baginda yang bernama Ibrahim telah meninggal, kebetulan ketika itu berlakunya gerhana Matahari, maka orang-orang ketika itu menyangka berlakunya gerhana Matahari ini disebabkan kematian Ibrahim. Maka Nabi s.a.w bersabda :
Maksudnya : “Sesungguhnya matahari dan bulan keduanya menjadi bukti adanya Tuhan dan kekuasaan-Nya. Keduanya gerhana bukan kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana hidupnya seseorang, maka apabila kamu mengetahui keduanya gerhana, hendaklah kamu berdoa kepada Allah, dan solat sehingga habis gerhana itu.”
Sama seperti rakaat pertama.
الكُسُوْف : Gerhana Matahari أُصَلِّي سُنَّةَ الخُسُوْفِ / الكُسُوْفِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
|
SOLAT ISTISQA' |
Solat ini biasa dilakukan bertujuan untuk memohon kepada Allah Taala supaya menurunkan hujan. Ini disebabkan kerana waktu kemarau yang panjang. Antara perkara yang perlu dilakukan oleh para jemaah untuk solat ini ialah :
NIATNYA أُصَلِّي سُنَّةَ الإِسْتِسْقَاءِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِين . الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ مَالِكِ يَوْمِ
الدِّيْنِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ يَفْعَلُ مَا يُرِيْدُ ، اللَّهُمَّ أَنْتَ
اللهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ . أَنْتَ الْغَنِّيُ وَنَحْنُ الْفُقَرَاءُ ،
أَنْزِلْ عَلَيْنَا الْغَيْثَ وَاجْعَلْ مَا أَنْزَلْتَ عَلَيْنَا قُوَّةً
وَبَلاًغًا إِلَى حِيْنَ .
اللَّهُمَّ أَغِثْنَا ، اللَّهُمَّ أَغِثْنَا ، اللَّهُمَّ أَغِثْنَا Maksudnya : “Ya
Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami”
اللَّهُمَّ
اسْقِنَا غَيْثًا مُغِيثًا مَرِيئًا مَرِيعًا
نَافِعًا غَيْرَ ضَارٍّ
عَاجِلًا غَيْرَ آجِلٍ Maksudnya : “Ya
Allah siramilah kami dengan hujan yang menyuburkan dan yang baik
kesudahannya yang bertapis-tapis yang memberi manafaat tidak memberi
mudharat segera tidak berlambat-lambat”
اللَّهُمَّ
اسْقِ عِبَادَكَ وَبَهَائِمَكَ وَانْشُرْ رَحْمَتَكَ
وَأَحْيِ بَلَدَكَ
الْمَيِّتَ Maksudnya :
“Ya Allah siramilah hambaMu dan haiwan-haiwan ternakanMu dan sebarkanlah
rahmatMu dan hidupkanlah negeriMu yang mati”
|
SOLAT HARI RAYA |
HUKUMNYA Solat Hari Raya Aidil Fitri
dan Aidil Adha hukumnya adalah sunat Muakkad yang mana sangat-sangat
dianjurkan kerana Rasulullah tetap dengan Solat Hari Raya ini selama baginda
hidup.
Bagi Solat Aidilfitri
diadakan pada 1 Syawal. Manakala Solat Aidil Adha diadakan pada 10 Zulhijjah.
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر Kemudian di baca Al-Fatihah dan surah. Biasanya
surah Sabbihis Marabbikal A’la
أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ / لِعِيْدِ الأَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ
أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ
ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ
اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ
كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ،
وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ
إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ .
|
SOLAT SUNAT TAUBAT |
Solat sunat taubat ialah solat sunat yang dilakukan sesudah seseorang melakukan perbuatan dosa atau merasa berbuat dosa, lalu bertaubat kepada Allah. Dengan berjanji tidak akan mengulanginya. Dalil
ما
من رجل يذهب ذنبا ثم يقوم فيتطهر ثم يصلى ثم يستغفر الله إلا غفر له ثم قرأ هذه
الأية ، والذين إذا فعلوا فاحشة أو ظلموا أنفسهم ذكرو الله فاستغفرو لذنوبهم
ومن يغفر الذنوب إلا الله ولم يصروا على ما فعلوا وهم يعلمون . أولئك جزاءهم
مغفرة من ربهم وجنات تجري من تحتها الأنهار خالدين فيها . ( رواه أبو داود
والنسائي وابن ماجه ) Maksudnya : “Setiap orang yang pernah melakukan perbuatan dosa, kemudian segera bangun dan berwudhuk. Kemudia solat lalu memohon ampunan dari Allah, pasti Allah akan memberi ampunan baginya. Setelah itu dibaca surah ini : “ Mereka yang pernah mengerjakan kejahtaan atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri, lalu mereka segera ingat kepada Allah, terus memohon ampunan di atas dosanya. Siapa pula yang akan mengampuni segala dosa kalau bukan Allah. Sesudah itu mereka insaf dan sedar bahawa ia tidak akan mengulanginya lagi perbuatan dosa seperti yang sudah-sudah, maka mereka itu akan diberi pahala dengan syurga di mana di bawahnya mengalir air sungai, dan di situlah tempat mereka kekal abadi”
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ Maksudnya : “Ya
Allah ! Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah
menjadikan daku dan aku adalah hambaMu dan aku di atas perintah dan
perjanjianMu sekadar keupayaanku, aku berlindung denganMu dari kejahatan
barang yang aku lakukan, aku mengaku bagiMu dengan nikmatMu ke atasku dan
aku mengaku dengan dosaku, maka ampunilah bagiku, maka sesungguhnya tiada
siapa yang dapat mengampunkan segala dosa melainkan Engkau” Diriwayatkan oleh Bukhari
|
SOLAT ISTIKHARAH |
Solat ini dilakukan apabila kita menghendaki sesuatu pemilihan antara dua perkara atau lebih yang mana memohon kepada Allah menunjukkan kepada kita pilihan yang terbaik. NIATNYA
أُصَلِّى سُنَّةَ الإِسْتِخَارَةِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالَى . Maksudnya : “Sahaja aku menunaikan Solat Sunat Istikharah 2 rakaat kerana Allah Taala”
اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْتَخِيْرُكَ بِعِلْمِكَ ، وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ
، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ،
وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ ، وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبُ ، اللَّهُمَّ إِنْ
كُنْتَ تَعْلَمُ أَنْ هَذَا الأَمْرَ .... خَيْرٌ لِيْ فِي دِيْنِي وَمَعَاشِي
وَعَاقِبَةِ أَمْرِي عَاجِلَهُ وَآجِلَهُ فَاقْدِرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ،
ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيْهِ ، وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ....
شَرٌّ لِي فِي دِيْنِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي عَاجِلَهُ وآجِلَهُ
فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِيْ عَنْهُ ، وَاقْدُرهُ لِيْ الخَيْرَ حَيْثُ
كَانَ ، ثُمَّ ارْضِِى بِهِ
Ya Allah! Seandainya Engkau
mengetahui bahawasanya urusan ini …. Berkebajikan bagiku pada agamaku,
kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka
takdirlah akan dia baik dan permudahkannya bagiku kemudian berkatkan bagiku
padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini …. Mendatangkan
keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan akibat urusanku cepat atau
lambat, maka palinglah akan dia daripadaku dan palinglah akan seberapa yang
boleh, kemudian redhalah akan daku dengannya” (sebutkan urusan yang
dimaksudkan di tempat yang bertitik).
|
SOLAT SUNAT MUTLAK |
Solat Sunat Mutlak ialah solat sunat yang tidak ditentukan waktunya dan tidak ada sebab pun, bilangan rakaatnya juga tiada batasnya. Cara melakukannya adalah seperti solat sunat yang lain.
أُصَلِّى سُنَّةَ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالَى . Maksudnya : “Sahaja aku menunaikan Solat Sunat 2 rakaat kerana Allah Taala”
|
SOLAT SUNAT TASBIH |
Solat Sunat Tasbih dinamakan solat tasbih adalah disebabkan di dalamnya terdapat bacaan tasbih iaitu sebanyak 300 kali.
Sekiranya dilakukan pada waktu siang hari maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan satu salam. Manakala sekiranya dilakukan pada waktu malam maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan 2 salam.
1. Sesudah kita berniat dan bertakbir, kita membaca doa iftitah. Selanjutnya kita membaca tasbih sebanyak 15 kali . Kemudia membaca ta’awudz dan Al-Fatihah serta surah. Sesudah itu kembali membaca tasbih sebanyak 10 kali. Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10 kali dalam rukuk, I’tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua. 2. Bacaan tasbih sebanyak 15 kali dibaca selepas membaca surah, Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10 kali dalam rukuk, I’tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua dan pada menjelang untuk mengerjakan rakaat yang berikut.
أُصَلِّى سُنَّةَ الْتَسْبِيْحِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالىَ
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ . Maksudnya : Maha suci Allah dan pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Besar. Tiada daya upaya melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Agung.
|
insyaallah kita sambung lagi di lain masa.