Make your own free website on Tripod.com

Drama
Home Up

 

Drama ialah sejenis sastera yang tercipta untuk dilakon atau dipentaskan. Dengan itu, drama memerlukan pelakon yang bukan sahaja melafazkan dialog yang telah ditetapkan malahan beraksi atau melakukan gerakan. Ciri-ciri drama adalah seperti yang berikut:

bulletMesti ada konfliks
bulletMesti ada aksi
bulletHarus dilakonkan
bulletTempoh masa kurang daripada 3 jam
bulletTiada ulangan dalam satu masa

Jenis-jenis drama pula adalah seperti yang berikut:

bulletTragedi
bulletKomedi
bulletTragi-Komedi
bulletOpera
bulletPantonim
bulletBangsawan

Tragedi

bulletMengandungi cerita tentang kemalangan dan kesedihan.

Komedi

bulletMengutarakan kisah hidup sehari-hari dengan pelbagai peristiwa lucu yang boleh menyebabkan penonton ketawa.

Tragi-Komedi

bulletMengandungi unsur-unsur kesedihan dan unsur-unsur lucu.

Opera

bulletMengemukakan cerita yang digabungkan dengan muzik.

Pantomim

bulletLakonan dipersembahkan melalui gerak badan dan memek muka yang berlebihan untuk menyatakan aksi dan perasaan watak.

Bangsawan

bulletPara pelakon membentuk dan mengubah sendiri dialog-dialog yang ingin disampaikan.

Drama-drama yang akan dipelajari oleh para pelajar Tingkatan 4 ialah:

bulletSerunai Malam
bulletTitik-titik Perjuangan
bulletSeri Nara

 

GOOD NEWS!!!

Drama pertama yang telah dipaparkan ialah drama Titik-titik Perjuangan. Sila tekan butang di bawah untuk masuk ke dalam Dunia e-pembelajaran.