Make your own free website on Tripod.com


MADRASAH ALATTAS ALARABIAH ALISLAMIAH JOHOR

Km 23 Jalan Kota Tinggi 80300 Ulu Tiram Johor Malaysia
Tel : 07-8616901 Fax : 07-8613217
(ditubuhkan pada tahun Hijrah 1332 bersamaan Masihi 1913)

 


Sistem Pendidikan Madrasah Al Attas 

Madrasah AlAttas adalah salah sebuah sekolah pendidikan berbahasa Arab yang memberikan khidmat pendidikan dan penekanan dalam dua bidang iaitu Bahasa Arab dan juga Akademik dalam satu masa.  

Madrasah AlAttas memulakan pendidikan dari peringkat peralihan sehinggalah peringkat taujihiyah iaitu selama 8 tahun. Dan seterusnya madrasah akan menguruskan kemasukkan ke universiti dalam dan luar negara bagi mereka yang telah berjaya di dalam peperiksaan dan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran melalui Unit Lanjutan Pelajarannya (ULP).  

Oleh kerana Madrasah Al Attas mengajarkan dua bidang dalam satu masa, maka sistem pendidikannya terbahagi kepada dua iaitu sistem pendidikan agama/bahasa Arab dan sistem pendidikan akademik bagi memudahkan urusan penyelenggaraannya. 

Sistem pendidikan agama dan Bahasa Arab adalah mengikut sistem yang dikeluarkan oleh Universiti Al Azhar seperti mana yang digunakan oleh sekolah-sekolah menengah Arab kelolaan Universiti Al Azhar di Mesir. Ini membolehkan sijil keluaran Madrasah Al Attas diiktiraf oleh Universiti Al Azhar. 

Manakala sistem pendidikan akademik pula berlandaskan kepada sistem pendidikan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.


 
 

 

alattas.cjb.net (R) 1999-2000. Segala pertanyaan berkenaan laman ini bolehlah di hantar kepada webmaster@alattas.cjb.net. Keperihatinan anda terhadap laman ini amat kami hargai. Semoga segala komentar dan kritikan anda diberikan ganjaran di sisi Allah Taala jua.