Make your own free website on Tripod.com


MADRASAH ALATTAS ALARABIAH ALISLAMIAH JOHOR

Km 23 Jalan Kota Tinggi 80300 Ulu Tiram Johor Malaysia
Tel : 07-8616901 Fax : 07-8613217
(ditubuhkan pada tahun Hijrah 1332 bersamaan Masihi 1913)

 

 

Sejarah Penubuhan Pusat Bahasa Arab Al Attas 
 
Madrasah Al Attas kini semakin matang dalam mengharungi cabaran yang mendatang. Dengan usia yang begitu matang Madrasah Al Attas mampu untuk lebih bersaing dengan madrasah-madrasah lainnya. Dan Madrasah Al Attas kini lebih maju kehadapan dari kebanyakkan madrasah yang ada. Perkembangan pembelajaran terutamanya dari segi Bahasa Arab amatlah dititikberatkan di Marasah Al Attas ini. 
 
Usaha untuk memastikan perkembangan pembelajaran akan terus berlaku dari tahun ke tahun, maka Madrasah Al Attas memerlukan penubuhkan satu sistem yang akan mengkaji dan mengatur perkembangan ilmu di madrasah. Maka dengan persetujuan hasil dari persetujuan semua, Pusat Bahasa Arab Al Attas telah dirasmikan pada 25 September 1995. 

Penubuhannya adalah selaras dengan usaha pihak Madrasah Al Attas untuk meningkatkan lagi sistem pembelajaran di Madrasah Al Attas dan seterusnya meningkatkan mutu Bahasa Arab di kalangan pelajar-pelajarnya.  


Dengan wujudnya Pusat Bahasa Arab ini, dapatlah segala perjalanan bagi mengkaji perkembangan pembelajaran Bahasa Arab di Madrasah Al Attas dijalankan dengan lancar dan teratur. 

Kini segala maklumat dan perancangan untuk memajukan bidang Bahasa Arab adalah dibawah tanggungjawab Pusat Bahasa Arab Al Attas.

 

 
 

 

alattas.cjb.net (R) 1999-2000. Segala pertanyaan berkenaan laman ini bolehlah di hantar kepada webmaster@alattas.cjb.net. Keperihatinan anda terhadap laman ini amat kami hargai. Semoga segala komentar dan kritikan anda diberikan ganjaran di sisi Allah Taala jua.