Bagaimana Menghilangkan Rasa
Marah
Sifat
pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang
lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau
tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai
pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah
pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya
dan akan kurang jugalah pemarahnya.
Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki.
Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair "Takdir
Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari
kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".
Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu
melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan
mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah ditanya Ahnaf
bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu.
Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari
sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi
daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan
dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena
anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga
meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata
kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja
tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu."
Begitulah sopan santunn! ya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf
mengakhiri ceritanya.
Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian
itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka
hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan
kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali.
Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan
amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali. Kita
mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita
yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di
antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :
a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk
kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manus! ia yang
hina.
c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita
daripada sifat marah.
d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa
kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya
lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan
yang marah.
f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas
Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan
api kemarahan yang sedang membara.
h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah
tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada
tidur
i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan
kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.
Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah
orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah
dengan lemah lembut dan kasih sayang. Satu cara lagi, apabila datangnya
marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka
bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda. Dengan cara demikian,
seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang
berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya
dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.
Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan
syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan
itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan
telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum! dia menjalar, tidak
ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak,
sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir.
Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang
orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak,
angan-angan habis. Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api
terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah
terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas.. Kedengaran
api memakan kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram..
maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya
api. berbanyak-kanlah beristighfar.. itulah senjata orang2 mukmin.
azri-afifi.cjb.net |