ALUMNI PENAWAR

Latar Belakang Alumni
Home
Latar Belakang Alumni
Organisasi Alumni
Aktiviti Alumni
DIARI ALUMNI
Barisan Pendidik SMKABP
Gambar kenangan Alumni
Buletin Sahabat
Album Kroni Tenno
Perhubungan dan E-mail
Laman Web Menarik

Matlamat Alumni

Penubuhan Alumni SMKA Bandar Penawar adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhuwah dan silaturrahim diantara sesama bekas pelajar SMKA Bandar Penawar dan juga barisan pendidik SMKA Bandar Panawar

Objektif Penubuhan

1)Mewujudkan satu suasana harmoni di kalangan ahli di samping hubung-menghubungi dan ingat-mengingati antara satu sama lain dan memupuk nilai-nilai murni Islam dalam diri.

2)Sentiasa berusaha untuk memberikan bantuan dan sokongan sebaik mungkin terhadap pihak sekolah dan masyarakat SMKA Bandar Penawar baik dari segi material mahu pun intelektual.

3)Berusaha untuk mewujudkan satu pasukan elit pelajar/ masyarakat Islam yang mantap dari segi fizikal, mental dan rohani menerusi program serta aktiviti yang dijalankan.

4)Menganjurkan program dan akitiviti yang dapat memberi pulangan yang bermanfaat kepada pihak sekolah sekaligus menyatukan kembali ahli-ahli Alumni dan merapatkan lagi tautan ukhuwah di antara bekas pelajar dan guru-guru.

5)Bersama-sama mengembeling tenaga dan minda untuk melahirkan golongan pemimpin intelek dan berakhlak masa hadapan yang bergerak berlandaskan dasar-dasar Islam serta dapat merealisasikan aspirasi negara

batulayar.jpg

Pemandangan sekitar Surau Al-Falah dan Dewan besar SMKABP

Sejarah Penubuhan Alumni

Assalamualaikum dan Salam Ukhuwah.

Alumni Penawar ditubuhkan pada tahun 1996 di Dewan Besar Sek. Men. Keb. Bandar Penawar dan Presiden pertama dilantik ketika itu ialah En. Izzat bin Mokhtar. Semua guru-guru di SMKABP ketika itu turut menyokong penubuhan ini dan mereka juga tidak ketinggalan dalam beberapa aktiviti yang kita jalankan. Persatuan ini di beri nama Alumni Penawar yang boleh dianggotai oleh semua bekas pelajar SMKABP tanpa mengira generasi demi generasi.

Lahirnya Alumni Penawar adalah hasil daripada cetusan idea daripada beberapa orang bekas pelajar SMKABP yang inginkan kemajuan yang berkekalan dan peningkatan yang positif dari semasa ke semasa ke atas tempat yang di gelar sebagai pemangkin dan penuju ke arah melahirkan generasi yang berwibawa dan mampu mentadbir diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara. Bak kata pepatah Tempat Jatuh Lagikan Di Kenang Inikan Pula Tempat Yang Telah Melahirkan Para Ilmuan. Dasar kerajaan pula seakan memanggil diri kita agar terus bersama institusi pendidikan walaupun zaman persekolahan sudah berakhir bersama slogan Rumahku Syurgaku Sekolahku Duniaku.

Telah diakui asam garam dunia pendidikan di zaman kini terlalu banyak kepincangan yang perlu ditangani dan di atasi samada ia berpunca daripada unsur luaran mahupun dalaman. Pendekatan terhadap pelajar adalah amat penting dan ia diakui lebih berkesan melalui rakan sebaya. Maka dengan itu hubungan inilah yang ingin dikaitkan dengan penubuhan Alumni Penawar agar instususi pendidikan khususnya SMKABP akan lebih cemerlang dari pelbagai sudut rohani, jasmani, emosi, dan intelek.
Kesungguhan yang ditunjukkan oleh sebahagian besar dikalangan bekas pelajar bermula dari First Generation hinggalah ke hari ini tidak akan membuahkan hasil sekiranya tiada kerjasama dikalangan pihak SMKABP itu sendiri. Oleh yang demikian ucapan terima kasih tak terhingga dari kami warga Alumni Penawar ke atas guru-guru dan kakitangan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar Kota Tinggi kerana sokongan dan komitmen yang mereka tunjukkan di atas tujuan yang murni ini. Semoga hubungan ini berkekalan dari generasi hingga ke generasi seterusnya.

Kami juga dari pihak AJK Alumni berharap agar anda semua memberi sokongan sepenuhnya terhadap Alumni sehingga akhir hayat.

Etika

1. Segala jenis permainan , perbuatan , pekerjaan dan tindakan yang berunsurkan, bergantung , berbentuk perjudian, pertaruhan dan nasib adalah tidak dibenarkan sama sekali dijalankan disegala aktiviti alumni

2. Semua ahli alumni yang terlibat dengan jenayah tidak dibenarkan sama sekali menyertai alumni

3. Semua ahli dilarang daripada melakukan, menyebabkan, merancang, bersubahat untuk menimbulkan kekecohan, pemulauan alumni, jenayah dan mencemarkan nama baik alumni

batulayar.jpg

Keahlian Alumni

Keahlian Alumni yang dicatatkan pada 18 Ogos 2001 adalah seramai 143 orang. Dan bilangan ini mungkin akan bertambah bila aktiviti Alumni berlangsung dan juga disebabkan oleh pelajar-pelajar yang keluar dari SMKABP semakin ramai. Oleh itu, sesiapa sahaja yang membuka laman web ini haruslah memberitahu kepada rakan-rakan kita yang belum tahu.
Anda juga berpeluang untuk mendaftarkan diri anda dengan menghubungi bahagian pendaftaran iaitu S/U Alumni Penawar atau terus menghubungi buletinsahabat@hotmail.com untuk menyatakan sokongan serta hasrat anda untuk menyertai Alumni Penawar. TQ dari Pak Cik.

Mutiara Kata: 'Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian'