Tiga Teori Tentang Keterangan Lim Kong Boon

Dalam perbicaraan hari Rabu, 30 Disember 1998 ahli kimia Lim Kong Boon memberi keterangan bahawa hasil ujian DNA yang dilakukannya ke atas tompokan mani mengesahkan bahawa mani itu adalah mani Anwar Ibrahim dan Shamsidar Taharin. Keterangan ini menimbulkan tiga teori di kalangan orang yang berfikiran secara Rasional.

Teori Pertama, mungkin Lim Kong Boon sudah menyepak ke tepi profesionalismenya sama ada kerana ditekan dan diugut seperti mana dua pakar Hospital KL yang menyiasat kecederaan Anwar dari segi perubatan, atau kerana mendapat habuan yang lumayan seperti mana Azizan Abu Bakar dan Ummi Rafidah (eh, salah, bukan Rafidah la, nanti bertukar dengan Rafidah Aziz; yang betulnya, baca "Hafilda"!).

Soal ugutan tidak mustahil, malah probabiliti (kemungkinan) untuknya wujud adalah 99.9999 peratus. Lagikan Peguambela Anwar, Fernando pun selalu diganggu di jalanraya ketika beliau dalam perjalanan pulang ke Seremban. Malah, pejabat peguambela Pawancheek Merican pun dipecahkan dan digeledah. Kemudian, kes yang terbaru ialah kejadian pecah kereta (adik beradik pecah rumah!) peguambela Anwar sehingga membuatkan GERAK mengeluarkan kenyataan mengutuk perbuatan itu.

Kenapa ada kemungkinan ini, adalah sesuatu yang memang telah terduga oleh akal sihat kita. Keterangan Lim Kong Boon adalah penting dalam kes Anwar ini walaupun kelihatan tidak relevan dengan kes rasuah, kerana ini membuktikan bahawa Anwar memang jahat, sampai sanggup bermukah dengan isteri orang kanannya dalam keadaan berimej warak dan berakhlak. Keterangan ini melibatkan kes yang melibatkan keseluruhan masa depan Anwar dan masa depan Mahathir.

Lagikan seorang pakar Hospital Kuala Lumpur pun diugut, ditekan, diintip dan diawasi talian telefonnya sehingga beliau terpaksa mengubah laporannya berhubung dengan kecederaan Anwar. Cuma Dr. Borhan dikatakan tidak mahu mengubah laporan. (Keengganan Dr. Borhan mengubah laporan itu menyebabkan pengumuman laporan kecederaan itu dilambatk-lambatkan). Padahal kes kecederaan Anwar tidak ada signifikan besar ke atas keseluruhan masa depan Anwar dan Mahathir.

Cuma kalau ada, ke atas masa depan bos polis bersama-sama gengnya yang dikatakan membelasah Anwar sampai pengsan hingga pagi. Mungkin bos polis dan gengnya itu akan dibuang kerja atau digantung kerja atau diambil tindakan denda saja. Tetapi signifikan ini sudah ditakuti oleh Mahathir. Maka apalagi kalau keterangan Lim Kong Boon yang melibatkan keseluruhan masa depan Anwar dan Mahathir!

Teori Kedua, Lim Kong Boon memberi keterangan mengikut profesionalismenya iaitu bahan yang dikajinya itu memang sahih daripada Anwar dan Shamsidar. Kalau demikian, maka benarlah Anwar dan Shamsidar bermukah? Tidak!

Cuba perhatikan tempoh masa antara tarikh rampasan tilam itu dan tarikh tilam itu dihantar ke Jabatan Kimia. Rampasan dilakukan pada Julai, manakala tarikh dihantar ke Jabatan Kimia pada 5 Disember. Dalam tempoh antara Julai hingga 5 Disember itu, tilam ini disimpan di bilik berhampiran pejabat Musa Hassan. Tilam ini di bawah jagaan Musa Hassan. Kenapa begitu lewat, baru dihantar di Jabatan Kimia? Sepatutnya Dihantar sebaik sahaja dirampas jika itu fokus siasatan dan pendakwaan. Darah dikatakan, sebelum diambil oleh Mohd Rodwan, tersimpan di Hospital Kuala Lumpur.

Mungkin ini benar. Tetapi ada atau tidak kemungkinan, sebelum darah itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur, sebahagian daripadanya sudah diasingkan dan dipalit-palit pada tilam tersebut? Tidak mustahil!

Maka ada atau tidak kemungkinan bahawa selama tempoh tersimpan di bilik di bawah jagaan Musa Hassan itu, darah yang diambil daripada Anwar dan Shamsidar dipalit-palitkan pada tilam itu dan dibiarkan kering. Apabila kering dan tambahan pula dalam jangka masa begitu lama, tentu tidak dapat dibezakan antara kesan darah atau mani! Maka, yang diperiksa oleh Lim Kong Boon itu sebenarnya bukan kesan mani tetapi kesan darah. Hasilnya ujian DNA memang menunjukkan itu "Anwar" dan "Shamsidar" sebab memang darah itu berasal daripada kedua-duanya.

Teori ini tidak boleh ditolak begitu saja kerana, jika polis sanggup "turning over" seseorang walaupun tahu perbuatannya itu salah dari segi agama dan moral kerana ianya pendustaan dan penipuan, maka polis juga boleh buat penipuan dalam kes sampel darah ini.

Teori Ketiga, dalam perbicaraan hari Isnin lalu, Hakim menolak usul pihak pembela supaya isu DNA ini ditangguhkan sehingga 7 Januari kerana pihak pembela mahu mencari pakar DNAnya sendiri bagi memberi nasihat. Penolakan ini dilihat sebagai kebimbangan pihak pendakwa yang disalurkan melalui hakim, kalau-kalau keterangan Lim Kong Boon meragukan. Tetapi setelah Lim Kong Boon memberi keterangan dengan meyakinkan pada hari Khamis (30 Dis), permohonan pihak peguambela untuk mendapatkan khidmat pakar DNAnya sendiri dibenarkan pula.

Kenapa dibenarkan? Kebenaran ke atas permohonan itu diberi atas keyakinan pihak pendakwa yang disalurkan melalui hakim bahawa keterangan Lim Kong Boon itu tidak boleh dicabar atau dipersoalkan walaupun oleh pakar DNA pihak pembela. Bukankah Lim Kong Boon telah menerangkan dengan panjang lebar prosedur ujian DNA di mahkamah? Jika datang pakar DNA mana sekalipun, itulah prosedur ujian DNA dan itulah penerangannya nanti. Ini bermakna, kehadiran pakar DNA pihak pembela tidak bermakna apa-apa. Jadi, pihak pendakwa tidak ada apa-apa implikasi jikapun Mahkamah membenarkan permohonan pihak pembela.

Tetapi Allah Maha Kuasa. Biarlah mereka berbuat "makar". Allah lebih bijaksana dalam berbuat "makar" itu. Kita berharap agar Allah Taala dapat mencampakkan ilham ke dalam akal pakar DNA pihak pembela untuk mempersoalkan tentang jenis bahan tompokan pada tilam itu, tempoh ia dapat dipergunakan untuk ujian dan sebagainya.