Ujian DNA Kes DSAI

Artikel yang ditulis semalam adalah berdasarkan kepada maklumat yang saya ada pada waktu itu. Artikel dibawah adalah tambahan berdasarkan maklumat yang telah saya dapati daripada akhbar hari ini.

1. Spermatozoa sebagai bukti air mani. Akhbar melaporkan bahawa En. Lim Kong Boon menyatakan bahawa beliau menjumpai banyak spermatozoa dalam kesan-kesan yang terdapat pada tilam bukti:

a. Tarikh tilam dirampas dan tarikh ujian dilakukan untuk mengesan spermatozoa (saya rasa melalui mikroskopi) adalah penting kerana spermatozoa akan mati dan pecah dalam masa yang singkat (perlu pakar O&G untuk sahkan) terutamanya apabila air mani menjadi kering. Bakteria dan mikroorganisma yang terdapat pada tilam akan turut membantu menghancurkan spermatozoa. Jika beliau dapat melihat "banyak spermatozoa" maka air mani tersebut masih baru. Ini tidak logik kerana tilam dirampas hanya selepas DSAI membuat laporan polis.

b. Kehadiran spermatozoa tidak membuktikan air mani siapa.

c. Pengesahan sesuatu objek yang dilihat dibawah mikroskop adalah spermatozoa mempunyai banyak kontroversi dan percanggahan pendapat dikalangan pakar Sains Forensik di banyak negara. Yang penting ialah pengalaman: Berapa banyak kah pengalaman En Lim mengenalpasti spermatozoa dalam spesimen kering dan basah?

d. Lazimnya spesimen air mani akan dikesan pada cadar dan bukan pada tilam. Agak menghairankan bagaimana begitu banyak bukti dijumpai pada tilam walhal cadar sepatutnya memerangkap kebanyakkan air mani dan spermatozoa dan cecair lain. Lihat tulisan dari seorang pakar forensik:

"Bed sheets, comforters, spreads, etc. can also be a source of evidence from the suspect. The value of this type of evidenceshould be carefully considered by the investigator before collecting it. If the bed is a "high traffic" area, meaning that numerous people have had access to the bed and the bed sheets haven't been cleaned in a long time, then it won't have as much evidentiary value as a bed where only one person had access to it and the sheets have been cleaned recently. The investigator should use the side lighting technique to look for any loose trace evidence on the sheets which may be lostduring handling and packaging. This evidence should be placed in a paper packet and then placed in an envelope. If the sheets have wet stains and these can be attributed to the rape, then the investigator should circle these stains and inform the crime lab that those are the relevant stains to be examined. The investigator should note that he or she circled the stains and as always, air dry the evidence before permanently packaging it. The investigator should neatly fold the sheets inward to prevent the loss of any other loose evidence. The sheets can then be packaged separately in paper bags, air dried ifnecessary, and submitted to the crime lab."

Tiada sebut pun tilam kena potong!!!!

Lazimnya air mani akan dipancutkan kedalam faraj dan tidak di "hosekan" kesana kemari macam nak padam api. Air mani yang meleleh (maaf grafik sikit) lazimnya dikesat dengan kain atau tisu. Tapi menurut Lim beliau menjumpai DNA DSAI dalam 11 daripada 13 kesan.

2. DNA DSAI dalam 11 daripada 13 kesan "air mani".

a. Pakar-pakar Sains Forensik berpendapat bahawa bukti DNA yang didapati pada material yang tidak banyak digunakan " nilai bukti " (evidentiary value) yang tinggi tetapi bagi material yang mempunyai "high traffic" seperti apartment tersebut nilai buktinya adalah rendah.

b. Mengapa begitu banyak kesan mengandungi DNA DSAI sementara lelaki lain tidak banyak. Sebenarnya saya lebih hairan kepada fakta bahawa DNA daripada 5 individu sahaja yang dijumpai walhal saya percaya apartment tersebut pasti digunakan oleh pelbagai orang. Selain daripada itu DSAI juga dituduh menggunakan apartment tersebut untuk melakukan hubungan dengan pelbagai wanita. Mengapa DNA 3 wanita saja dikesan.

3. Kepakaran En Lim Kong Boon. Akhbar melaporkan bahawa Lim telah melakukan lebih dari 1,000 ujian DNA. Ujian DNA menggunakan spesimen yang mengandungi DNA satu individu seperti darah adalah senang dan tidak bermasaalah. Tetapi ujian DNA menggunakan spesimen cecair hasil dari persetubuhan adalah jauh lebih "complicated" kerana melibatkan dua individu dan di tambahkan lagi dengan kontaminasi daripada individu-individu lain selain dari kontaminasi bakteria.

a. Soalan yang perlu ditanya: berapa banyak pengalaman En Lim ada dalam menjalankan, dan yang pentingnya, menginterpretasi ujian yang melibatkan spesimen yang mengandungi DNA pelbagai individu.

b. Di US dan Eropah yang mepunyai jauh lebih banyak pengalaman ujian DNA dalam spesimen begini belum mempunyai kata putus. Malahan yang pentingnya ujian DNA dalam kes sex lebih digunakan untuk MEMBERSIHKAN orang yang disyak dan BUKAN untuk mengesahkan kesalahan.

4. "Chain of Eividence". Pengunaan kaedah DNA memerlukan tahap profesionalisme yang tinggi. Konsep "Chain of Evidence" iaitu setiap spesimen mesti mempunyai dokumentasi yang kukuh bagi setiap peringkat amat penting. Simpanan tilam dalam bilik yang tidak diiktirafkan sebagai bilik resmi simpanan bahan bukti adalah menyalahi konsep ini dan boleh menimbulkan keraguan tentang kesahihan keputusan.

5. Ujian DNA ke atas darah DSAI. Akhbar melaporkan bahawa En Lim percaya ujian DNA boleh dilakukan ke atas darah DSAI yang jelas menunjukkan degradasi.

a. Jelas En Lim tidak faham prinsip-prinsip biologi molekul asas tentang kesan enzim, bakteria dan lain-lain keatas DNA.

b. En Lim juga tidak faham prinsip asas Sains Forensik iaitu hanya spesimen yang JELAS telah diambil, disimpan dan diproses mengikut piawai sahaja boleh dan patut di uji. Kalau tak percaya tanya pakar Sains Forensik PDRM sendiri.

c. Sememangnya ujian DNA boleh digunakan untuk spesimen darah yang telah rosak tetapi pokoknya keputusan yang dihasilkan TIDAK VALID mengikut piawai antarabangsa kerana "artifact" yang kemungkinan besar akan timbul dan mahkamah tidak sepatutnya menerima keputusan ini.

d. Peguambela DSAI perlu meghakiskan "Scientific Invicibility" yang cuba dibangkitkan oleh pendakwa kerana dalam kes seksual ujian DNA belum mencapai tahap terbaik dan diterimapakai tanpa soalan.

6. Jenis ujian DNA – PCR. Ada dua cara utama untuk melalukan ujian DNA, kaedah RFLP melalui Blot dan kaedah PCR (tak perlu diterangkan) . Akhbar melaporkan Lim menggunakan teknik PCR. Kaedah melalui blot mempunyai kadar diskriminasi yang tinggi tetapi PCR tidak:

Maklumat dibawah adalah PENTING untuk pasukan peguambela:

a) Keputusan PCR dalam ujian DNA TIDAK BOLEH mengaitkan sesuatu spesimen kepada SEORANG individu.

b) Keputusan yang dihasilkan oleh PCR menunjukkan spesimen tersebut datang daripada satu KUMPULAN manusia yang akan memberikan keputusan yang sama. Sila baca:

"Blood and Body Fluids

If using the RFLP method of DNA analysis, then blood and seminal fluid can be matched back to an individual with a high degree of probability.

Currently, if using the PCR method of DNA analysis or conventional serological techniques then blood and some body fluids can be said to come from a certain population group to which the individual belongs. As PCR technology advances, these population groups will become smaller, eventually giving it the same discriminating power as RFLP analysis has today"

by George Schiro

E-Mail: 75054.1502@compuserve.com

Louisiana State Police Crime Laboratory

P. O. Box 66614

Baton Rouge, LA 70896

c) Soalannya ialah berapa besarkah saiz sesuatu kumpulan tersebut dalam populasi Malaysia? Mungkin 2 orang, mungkin 20 dan mungkin 20,000!!! Pokoknya jawapan hanya boleh diberi jika kajian menyeluruh dilakukan untuk populasi Malaysia dan pengkalan data wujud untuk menyimpan maklumat ini. Seperti yang telah saya nyatakan ujian ini lebih adil digunakan untuk MENOLAK seseorang daripada tuduhan dan bukannya untuk mengesahkan tuduhan. Pendakwa perlu menyediakan statistik yang boleh diterima kalau tidak "bukti" ini kena bungkus!

***Saya berharap laporan di atas dapat membantu peguambela Dato Seri Anwar Ibrahim

Oleh CTAG