Ujian DNA PCR Ke Atas Spesimen Tilam

Dalam akhbar En Lim telah menyatakan beliau telah mendapat keputusan yang menunjukkan kehadiran DNA DSAI, Seorang lelaki lain, dan 3 wanita yang salah satunya termasuk Shamsidar daripada kesan-kesan yang di sahkan sebagai kesan air mani. Keputusan ini sebenarnya telah membuktikan bahawa tilam tersebut telah sengaja di kontaminasikan dengan DNA (kemungkinan besar darah spesimen darah masing-masing) daripada kesemua individu yang terbabit iaitu "bukti" ini sengaja dibuat-buat. Mengapa saya kata begitu?

Jika kesan yang dijumpai atas tilam adalah campuran cecair air mani dan cecair faraj akibat persetubuhan, ujian yang dilakukan boleh mengesan DNA daripada si lelaki tetapi TIDAK daripada Perempuan terbabit kerana jumlah sel wanita dalam campuran cecair air mani dan cecair faraj adalah terlalu sedikit untuk memberikan keputusan positif!!!

Sekiranya En Lim dapat membaca keputusan dengan jelas sehingga boleh menyatakan bahawa DNA Shamsidar dan dua wanita lain boleh dibaca ini JELAS menunjukkan bahawa tilam tersebut telah dengan SENGAJA dilekatkan dengan DNA daripada wanita-wanita terbabit!