AIR MANI: MUSA REKA CERITA

Saya meminta maaf sekiranya tulisan saya ni agak berunsurkan kelucahan tetapi demi kebenaran saya rasa ianya perlu untuk kita bincangkan secara terbuka tanpa segan dan silu.

Terbacakan artikel tentang pembohongan di mahkamah saya amat bersetuju dengan penulis dan saya rasa diri saya, penyokong reformasi dan juga orang ramai tidak begitu mudah terpedaya dengan tipu muslihat dan taktik kotor pihak polis dan pendakwa.Apabila pihak pendakwa memanggil ahli kimia terbabit dan mengesahkan air mani itu adalah kepunyaan Anwar dan Shamsidar, kami terus terfikirkan logiknya bagaimana air mani itu boleh melekat bertompok tompok pada tilam.

Wahai Musa Hassan! bukan ahli kimia itu sahaja yang berpengalaman, kami juga pun mempunyai pengalaman khusunya kami yang sudah beranak pinak ni...rumah saya tilamnya tidaklah beralaskan cadar yang tebal macam kat Tivoli Villa tu , maklumlah orang tak berada.. tapi saya rasa tak adalah air mani kami melekat bersepah pada tilam.. Saya dan isteri ada juga cuba periksa kot kot ada air mani kami terlekat pada tilam. Tapi kami tak jumpa satu pun yang bertompok tompok macam tilam yang dibawa oleh Musa Hassan.Kalau you all tak percaya pergilah check kat tilam masing masing ada tak tompok macam tu.

Mungkin diterima akal sekiranya dikatakan air mani dijumpai pada cadar, baju atau towel. Tapi saya rasa si Musa bangang tu mungkin tak jumpa cadar dan towel untuk dijadikan bahan bukti. Jadi dirampaslah tilam tu.. habis dibuatnya operasi tilam..Nampaknya si Musa ni sudah desperate nak cari bukti. Lalu diciptakannya bukti.

Satu lagi yang peliknya tentang air mani Shamsidar pun dikatakan melekat pada tilam...Ini sudah pelek. Melalui pengalaman saya sebagai perempuan, (mungkin Rahim Tamby Chik pengalaman lebih lagi) saya rasa air mani perempuan taklah membuak buak melimpah atau memancut keluar macam mani lelaki. Cuma meleleh aje atau berlendir aje pada faraj wanita . Tak adalah terpercik sampai bertompok di atas tilam dan menembusi cadar. So macam mana dia orang dapat tompokan air mani Shamsidar pada tilam. Mungkin Musa Hassan tu fikirkan Shamsidar akan menggesekkan faraj dan menyapu air maninya ke atas tilam dengan sengaja. Itu sudah pelik dan tak masuk akal. Dengan maaf, mungkinkah isteri Musa Hassan punya begitu barangkali.

Hari ini 31/12 dalam News NTV7 saya nampak si Khairuddin kononya buat laporan pada Jais mengenai tuduhan zina ke atas Anwar dan Shamsidar. Dalam hal membuat tuduhan zina ni, jelas Islam agama yang adil dengan hukum hakamnya mempunyai syarat yang ketat untuk mensabitkan seseorang tu melakukan zina. Si penuduh atau Khairudin mesti membawa 4 orang saksi yang menyaksikan mata kepala sendiri bagaimana perbuatan zina itu terjadi dengan melihat dengan jelas batang zakar memasuki faraj seumpama keris yang memasuk sarungnyaa.... (istilah Ustaz Harun Din). Kalau sekiranya dia gagal berbuat demikian maka Islam mengenakan hukuman kepada si penuduh dengan 80 kali sebatan.

Secara perbandingan dibandingkan menuduh seorang itu berzina dengan menuduh seorang itu membunuh, hanya dua saksi sahaja diperlukan untuk mensabitkan seseorang itu melakukan kesalahan bunuh itupun setelah melihat kriteria kriteria saksi. Ini jelas menunjukkan perkara maruah atau harga diri manusia amat dititik beratkan oleh Islam. Membunuh tidaklah menimbulan keaiban yang teruk kepada mangsanya, tetapi berzina pastinya menimbulkan aib yang amat sangat sehingga lebih dahsyat daripada membunuh.

Justeru itu berhti hatilah kita. Di bulan Ramadan yang mulia InsyaAllah kita perbanyakakanlah amal ibadah dan jangan menabur-nabur atau menambah fitnah ke atas sesorang yang lain. Sesungguh perbuatan demikian adalah amat keji dan terkutuk...