MAKLUMAT RAHSIA HASIL UJIAN DARAH

Kuala Lumpur, Isnin 4 Jan. Sumber RN di Hospital Besar Kuala Lumpur memberitahu hospital itu telah menerima sampel-sampel darah Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Dr. Munaweer dan Sukma Darmawan sejurus selepas mereka ditangkap.

Hospital Besar Kuala Lumpur dan Hospital Universiti Petaling Jaya adalah dua buah hospital yang mempunyai alat-alat berteknologi tinggi bagi menjalankan pelbagai jenis analisis darah yang amat kompleks. Sumber RN menerangkan darah orang normal dan darah homoseksual mempunyai unsur-unsur semula jadi yang berbeza dan ujian saintifik dapat mengenal pasti perbezaan itu.

Darah ketiga-tiga mangsa konspirasi politik Mahathir itu telah dianalisis di makmal Hospital Besar Kuala Lumpur dengan menggunakan peralatan tersebut dan hasilnya menunjukkan darah mereka tidak mengandungi sebarang unsur darah orang homoseksual.

Satu salinan laporan analisis darah itu sudah di hantar ke United Kingdom. Walau bagaimanapun, sumber RN enggan menerangkan untuk tujuan apa laporan itu dihantar ke negara tersebut.

Sumber RN juga memberitahu, jelas sekali pihak polis tidak mempunyai maklumat bahawa Hospital Besar Kuala Lumpur dan Hospital Universiti mempunyai peralatan berteknologi itu. - RN