MAHAFIRAUN MAHU TIPU TUHAN

Pada suatu hari, MAHAFIRAUN menunaikan solat Isyak berjamaah bersama- sama isterinya. Mereka bersembahyang dengan penuh gaya khusyuk sekali. Selesai solat, MAHAFIRAUN yang merangkap imam bagi solat mereka telah memulakan doa mereka, doanya lebih kurang berbunyi begini:

'Ya Tuhanku, Ampunilah Dosaku, Limpahilah Aku Dan Semua Kroni-Kroniku Dengan Kekayaan Yang Lebih Melimpah Ruah Lagi Ya Allah, Sekiranya Kami Dilimpahi Dengan Kekayaan Yang Melimpah Ruah Itu, Kami Akan Menyedekahkannya Pada Fakir Miskin...'

Lalu isteri MAHAFIRAUN pun lantas menegur.. 'Eh bang 'aun, betul ke macam tu?'

Lalu MAHAFIRAUN pun dengan pantas menjawab, 'Syyyyyytttttt!!! Kita tipu tuhan....' Begitulah MAHAFIRAUN dengan sikap penipunya yang tidak berkesudahan.