LAWAK TAJUDDIN RAMLI

Pada suatu hari Tajudin Ramli menaiki sebuah pesawat MAS 747 yang menuju ke Hawaii. Apabila berada di tengah-tengah perjalanan, seorang pramugara tampil ke depan Tajudin lalu dengan nada cemas berkata: "Tuan, kapal terbang kita kekurangan minyak! Apakah yang perlu kita lakukan supaya boleh sampai ke destinasi kita?"

Dengan tenangnya Tajudin menjawab :"Huh! Itu mudah sahaja! Buangkan apa-apa saja yang tidak diperlukan untuk meringankan lagi kapal terbang kita. Tentu kita sampai ke tempat yang dituju!" ujar Tajudin dengan angkuhnya.

Dengan segera juruterbang dan anak krewnya berbincang untuk seketika, lalu terus menangkap Tajudin dan ingin mencampaknya keluar. Tajudin menjerit :"Heh!! Apa yang kamu buat ni! Saya suruh buang sampah, bukannya buang saya!"

"Ya, Tuan! Tuanlah sampah yang paling tidak diperlukan dalam MAS!" jawab juruterbang itu. Lalu Tajudin Ramli pun dibuang keluar daripada kapal terbang itu....