NIKMATI KEMEWAHAN LUAR BIASA

Anda akan menikmati kemewahan luarbiasa dalam masa 2 hari menerima surat fitnah terhadap Anwar ini dengan syarat anda menyebarkannya pula sebanyak 10 salinan. Ini bukan gurauan. Tiada wang banyak diperlukan, cuma belanja photostat dan edarkan kepada sesiapa saja.

Selepas menyebarkan surat ini, seorang bekas drebar telah berjaya menjadi seorang ahli lembaga pengarah sebuah syarikat perniagaan padahal beliau tidaklah cerdik akalnya malah tidak punya daya ingatan yang baik. Megat Joned, telah diangkat dari Timbalan Menteri telah diangkat menjadi menteri penuh setelah terlibat secara langsung dengan surat ini. Rezeki bertambah, isteri bertambah malah simpanan di luar negara juga bertambah.

Tok Mat Rahmat, cuba mencipta surat baru yang bercap naga, dan disebabkan tindakan beliau ini memutuskan rantaian surat asal, telah terhumban dari kabinet. Si Sabarudin yang gagal menangani tentangan terhadap surat ini juga turut menerima padah yang sama. Dengan sekelip mata, disingkir dari singgahsana agung tanpa rela.

Ibrahim al-Kataki pada mulanya telah hilang segala pengaruh tapi disebabkan kelantangan beliau mempertahankan bulat-bulat surat ini diikuti kesinambungan lisan yang beliau akurkan di setiap aturcara yang beliau anjurkan, nah.. hasilnya beliau kini menjawat Timbalan Menteri; lebih ajaib lagi beliau sekarang menjaga undang-undang yang beliau sepatah haram zero pengetahuan tentangnya.

Seorang pelaut telah mencampakkan surat ini ke laut setelah membacanya, dengan tidak semena-mena tiang layarnya patah tanpa sebarang amaran. Namun setelah beliau terjun menyelamatkan surat tadi, belum sempat surat tadi kering telah sampai berita mengatakan tiang ganti akan dihantar seberapa segera dengan penerbangan khas.

Perlu diingat beberapa orang telah cuba meremehkan perkara ini, ada yang terang- terang menunjukkan rasa simpati terhadap mangsa surat tadi, mereka bukan saja di ISA-kan tapi tak kurang juga yang disepak terajang dan sekiranya itu masih tak mencukupi akan di tuduh pula liwat meliwati antara satu sama lain.

Lihatlah apa yang terjadi terhadap sekumpulan peguambela yang cuba menentang penyebaran surat fitnah ini, pejabat mereka dirompak, ada yang didakwa mahkamah dan lebih meyedihkan ialah hakim yang mengadili kes mereka seolah-olah terpukau untuk hanya memberikan keputusan 'tak relevan' untuk setiap bukti dan hujah yang diajukan...

Paling malang sekali adalah seorang bekas menteri - cuma dengan beliau mengikut nasihat untuk membiarkan saja surat ini berleluasa lebih setahun yang lalu, beliau menjadi semakin rapat dengan pemimpin tertinggi negara sehingga dicanangkan sebagai bakal pengganti pemimpin tersebut. Namun sebaik saja beliau cuba menyiasat surat itu ke akar umbi, justeru mengancam penarikan semula surat tadi, maka terlucutlah segala pangkat dan kuasa, nama dan maruah dicemari serata dunia, diancam pula jasad dan nyawa sehingga boleh membawa maut jika tersalah kira. Kini merengkoklah beliau di penjara, tidak kurang 6 tahun lamanya.

Al-Sheikh MAHAFIRAUN pernah bermimpi bertemu Imam Hitler dan diberi amaran perpaduan negara akan terancam jika usaha ini tidak diteruskan. Oleh itu perlu ditegaskan sekali lagi, edarkanlah seberapa segera surat fitnah ini..cuma 10 salinan sahaja...begitu mudah..anda tentu boleh!!