"MAHATHIR TAK ADA RUMAH, CIKGU!"

Sebuah sekolah rendah di Johor membahagi-bahagi rumah sukannya mengikut nama-nama perdana memnteri Malaysia. Ada empat buah rumah semuanya: Rumah Abdul Rahman, Rumah Abdul Razak, Rumah Hussein Onn dan Rumah Mahathir. Suatu pagi Sabtu, guru besar sekolah mengerahkan pelajar-pelajar berkumpul mengikut rumah masing-masing kerana dia mahu memberi taklimat tentang sukan tahunan mereka. 3 pelajar merasa amat malu untuk mengakui mereka berada dalam Rumah Mahathir memandangkan imej perdana menteri itu amat rendah sekarang.

Maka ketiga-tiga pelajar itu enggan masuk dalam kumpulan mereka. Guru besar pun bertanya kepada ketiga-tiga pelajar Rumah Mahathir yang enggan mengikut arahan itu: "Kamu ni pelajar rumah apa? Rumah Mahathir bukan? Kenapa tak masuk dalam kumpulan kamu?" Pelajar-pelajar itu menjawab:

Pelajar 1:"Saya bukan Rumah Mahathir, saya rumah setinggan cikgu."

Pelajar 2:"Saya tak boleh masuk Rumah Mahathir, bilik tak cukup cikgu."

Pelajar 3:"Mahathir bukan ada rumah cikgu, dia ada mahligai."

Ketiga-tiga pelajar loyar buruk itu diberi tindakan disiplin lari keliling padang!