LAWAK TANPA PERMIT: LAPORAN POLIS

Salah satu cara mengampu adalah mempertahankan Hj. Mahamalafidey apabila akhbar Harakah membidas beliau. Samy, Berahim dan Sanusi pergi ke balai polis untuk membuat laporan tentang akhbar Harakah. Upacara membuat laporan itu disiarkan secara langsung oleh RTM & TV3. Setelah Samy selesai membuat laporan dia berdiri ditepi menunggu giliran sahabatnya yang lain. Berahim melaporkan bahawa Harakah keluaran Isnin yang dia BACA telah memburukkan nama presiden UM'YES"; dan Sanusi pula melaporkan bahawa Harakah keluaran Jumaat yang dia BACA memburukkan nama presiden BN. Mereka mahu pihak polis memberkas pengarang Harakah. Seorang konstabel polis sebaliknya telah menggari Berahim & Sanusi. Mereka bertanya, "Apasal tangkap kami pulak?"

Konstabel itu menjawab, En. Samy buat aduan bahawa ramai bukan ahli PAS telah memBACA Harakah. Dia mahu pemBACA-pemBACA ditangkap. Samy yang menunggu menepuk kepalanya, "Ayoyo! Mana saya tahu kamu berdua memBACA Harakah. Saya mahu tarik balik laporan saya."