PEMILIHAN JAWATAN PERDANA MENTERI

Ini ada satu cerita tentang pemilihan perdana menteri di sebuah negara Malaysia...maka tersebutlah kisah pada satu pertandingan untuk memilih perdana menteri yang baru disebabkan perdana menteri yang ada sekarang nie dah tua kerepok lagi nyanyok dan tak layak lagi untuk menerajui negara ini. Maka terdapatlah 3 orang calon yang dikira layak untuk memasuki pertandingan ini. Calon pertama Mat Bulat. Calon kedua Daim Zainudin dan calon ketiga Anwar Ibrahim. Ada pun Perdana Menteri sekarang ni lebih suka kepada Daim Zainudin sahaja untuk dijadikan penggantinya daripada Mat Bulat dan lebih-lebih lagi kepada Anwar Ibrahim disebabkan Daim Zainudin ni selalu bodek dia. Yang PM paling tak suka ialah Anwar Ibrahim disebabkan Anwar ni lebih handsome dan cerdik dari dia. Maka dicanangkanlah kepada rakyat dan penganjur pertandingan pun meminta cadangan rakyat, pertandingan apa kah yang boleh dipertandingkan.

Maka berduyun-duyunlah rakyat memberi cadangan. Ada yang suruh mereka menari, berlakon, menyanyi. Setelah diundi dan yang terbanyak sekali ialah rakyat mahukaan mereka menyanyi. Maka penganjur pertandingan pun bersetuju dan syarat untuk memenangi pertandingan ini ialah siapa-siapa yang dapat membuat penonton paling banyak berdiri semasa dia menyanyi dikira pemenangnya. Maka ditetapkan harinya untuk pertandingan itu....dan calon-calon tu diberi masa seminggu untuk berlatih.

Maka calon Daim pun berlatihlah bersungguh-sungguh dan memanggil komposer yang terkenal untuk mengajar dia menyanyi supaya sedap didengar. Begitu jua mat bulat dia nie siap rasuah juri supaya pilih dia nanti. Ada pun anwar rilek sahaja dan cool biasalah orang bijaksana. Maka hari pertandingan pun tiba. Maka datanglah penonton disebuah dewan yang di beri nama PWTC termasuklah perdana menteri yang tua tu. Penonton dihadkan kepada 2001 orang saja yang layak menonton dan penonton dibenarkan berdiri tak kira pada calon mana-mana pun. Maka Daim pun merasuah lah penonton supaya undi dia nanti.

Calon pertama Mat Bulat...Mat Bulat menyampaikan lagu Spoon ..rindu…serindu… rindunya dengan penuh gaya..dan diiringi penari-penari yang seksi..maka penuntun pun berdiri...dan dikira semuanya 500 orang.

Calon kedua Daim Zainudin..punya giliran dia menyampaikan lagu dari kumpulan Spring dengan lagu kerana budi aku jatuh hati... dengan iringan penari-penari seksi Daim menyampaikan lagu tersebut...maka kelihatan ramai penonton yang berdiri termasuklah Perdana Menteri yang tua itu...senyum dia, dalam hati ...Daim mesti menang punya..maka pihak pengadil pun mengira penonton yang berdiri...semuanya 1990 orang...Daim kata dengan PM sure dia menang punya maka senaglah dia nak buat projek nanti.

Maka tibalah masanya Anwar Ibrahim....dia keluar biasa saja, tanpa iringan penari-penari dan pakaian canggih...PM tua senyum aje lihat Anwar..dalam hati mesti tak ada orang nak berdiri punya....jeng,..jeng..jeng.....anwar pun mulalah menyanyi... Nak tahu lagu apa yang dia bawa.......  "Negaraku tanah tumpahnya darahku.. Rakyat hidup bersatu dan maju..." ...apa bila Anwar menyampaikan lagu tu semua penonton berdiri termasuklah PM tua, Mat Bulat dan Daim sekali...maka tuan-tuan tahulah siapa pemenangnya....

"Moral cerita ini...re4mac akan berjaya akhirnya.... "