OTAK UMNO PALING MAHAL

Seorang pesakit barah otak telah dimaklumkan oleh doktornya bahawa otaknya sudah tidak dapat diselamatkan. Oleh itu, doktor itu mencadangkan supaya dilakukan pembedahan pemindahan otak. Pesakit itu pun dibawa ke sebuah bilik untuk memilih otak-otak yang ada. Doktor itu pun menerangkan kepada pesakit itu, "Otak ini sebelum dimiliki oleh seorang saintis. Harganya ialah RM1,000. Yang ini pula sebelum ini adalah otak seorang peguambela. Harganya RM5,000. Yang ketiga ini ialah otak seorang bekas ahli MT UMNO. Harganya RM100,000."Pesakit itu terkejut mendengarkan harga otak ketiga yang begitu mahal. Dia pun bertanya, "Kenapa otak bekas ahli MT UMNO mahal sangat?". Doktor itu menjawab, "Oh.. Otak ini belum pernah digunakan".