JIHAD MEMBEBASKAN ANWAR IBRAHIM!

Dengan nama Allah. Penguasa Maha Besar lagi Maha Esa yang mewahyukan Al-Quran sebagai petunjuk kepada seluruh umat manusia bahawa dari Allah manusia itu datang dan kapada Allah manusia itu akan pulang.

Jamaah Tertinggi Persaudaraan Baitul Rasul (Ashabi Baitul Rasul fi Sabilillah) memandang serius akan kezaliman dan kejahatan yang dilakukan oleh Pimpinan Ajaran Sekular Malaysia, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) ke atas Sudara Anwar Ibrahim yang mana telah dilumurkan kimikal arsenik yang berpotensi ketat untuk membunuh dan membinasakan fizik dan hayat Sudara Anwar Ibrahim. Sebagai pergerakan terbesar perjuangan fi sabiliLlah dan jihad fil Islam dunia kami memutuskan sabda bahawa kejahatan sekular Mahathir (Mahafiraun gelaran oleh rakyat dan bangsanya!) harus ditentang dengan segala kekuatan materi dan ruhani demi memastikan syiar dan dakwatul Islamiah di tanah Malaysia terpelihara dan tidak rosak binasa sebagaimana kerusakan yang telah ditempoh oleh negara-negara Islam yang diperintah oleh regim nasionalis -sekular total yang lainnya.

Digaris KitabuLlah, Sudara Anwar Ibrahim dalam indeks pimpinan gerakan Islam adalah tokoh cemerlang dan begitu taqwa kepada perjuangan menegakkan daulah Islamiah yang bukan sahaja di tanah Malaysia bahkan turut memberi sumbangan besar dalam memperkukuhkan tamadun dan gerakan Islam dunia. Segala adagium jahat dan kotor yang dilakukan ke atas beliau adalah serangan kepada para pejuang dan mujahid Islam sedunia maka adalah malang kepada umat Islam yang diperintah oleh orang yang mengaku beriman kepada Allah sedangkan kekhianatan dan kejahilan adalah anutan politik, ekonomi, dan sosial sehingga sanggup membunuh dan menghancurkan para pejuang Islam yang hidup dan matinya berjuang karana Allah - Tuhan Maha Bijaksana.

Kami dengan mewakili seluruh pejuang Islam dunia dan umat Islam dunia memutuskan agenda menyelamatkan Sudara Anwar Ibrahim dari segala perbuatan celaka dan hina para nasionalis-sekular. Sejarah kejahatan ini adalah epos besar umat Islam kerana Sudara Anwar Ibrahim telah diangkat sebagai tokoh pejuang Islam abad ini dalam satu hudaibiah pejuang Islam di Madinah tanggal 24 Juni 1999 kerana pengorbanannya dan ketaqwaannya kepad Allah sehingga sanggup menggadaikan diri dan nyawa demi perjuangan fi sabiliLlah - Allah, Tuhan Maha Berkuasa.

Digaris kesucian Islam kami sedia bersama-sama para pejuang Islam Malaysia untuk berusaha membebaskan Sudara Anwar Ibrahim. Buat langkah pertama kami akan adakan solat hajat fi sabiliLlah yang akan di adakan awal dhuha - besok hari.

Imam Abidillah Syeikh Hussein al-Quraisyi ibnu Haqeem

IMAM BAI'AH Ashabi baitul Rasul Fi SabiliLlah Masjid Nabawi Madinah al Munawarrah Saudi Arabia

posted by: POLO