LAPORAN POLIS DATO' SERI ANWAR IBRAHIM TERHADAP PENYELEWANGAN PERWAJA TUN H.S.LEE REPORT 19625/99 21/07/99

Saya merujuk kepada Laporan Awal Juruaudit Price Waterhouse mengenai status Kumpulan Perwaja yang dikemukakan sekitar Jun 1996. Firma juruaudit telah dilantik oleh Kementerian Kewangan pada awal tahun 1996 sejurus selepas mendapati Perwaja berada dalam keadaan nazak dan memerlukan suntikan modal besar dari kerajaan. Ini terpaksa dilakukan kerana percubaan bagi mendapatkan maklumat terperinci dari pihak pengurusan Perwaja ketika itu, khususnya Pengarah Urusan Tan Sri Eric Chia tidak berhasil. Beliau berulang kali menyatakan bahawa tindakkannya adalah dengan restu dan arahan Dato Seri Dr Mahathir Mohammad Perdana Menteri. Dan, ini dibuktikan berdasarkan surat kelulusan projek dan kontrak yang ditandatangani oleh Dato Seri Dr. Mahathir sendiri. Dengan mandat sedemikian Lembaga Pengarah telah diketepikan, urusan tender tidak dijalankan dan terdapat bayaran yang meragukan.

Berikut dirumuskan beberapa fakta dan penemuan utama juruaudit berkenaan:

Pertama: Kedudukan Kumpulan Perwaja tidak solven Berdasarkan akaun pengurusan pada 31 Disember 1995, Perwaja menanggung beban:

- tanggungan semasa bersih - RM926 juta;

- tanggungan jangka panjang - RM6,013 juta;

- defisit dana pemegang saham - RM1,884 juta.

Perwaja juga telah kehabisan kemudahan modal kerja. Tangunggan semasa dan jangka panjang pada 31.12.1995 berjumlah RM6,939 juta.

Kedua: Pendedahan kewangan Kementerian Kewangan dalam Perwaja pada 31 Mac1996 ialah RM5,5l7juta; iaitu:

- Sumbangan tunai - RM2,388 juta:

- Jaminan pinjaman untuk Perwaja Terengganu dan Perwaja Rolling Mill (Gurun) - RM3,129 juta: Maka dalam keadaan tersebut, keperluan suntikan tunai bagi 1996 - 2000 ialah: RM5,304 juta.

Ketiga: Jumlah kerugian pada 31.12.1995 ialah RM2,985 juta.

Keempat: Faktor yang menyumbang kepada masalah tersebut:

1. Kos pengeluaran yang melebihi harga pasaran.

2. Beban hutang yang tinggi.

3. Kerugian akibat tukaran nilai wang asing.

4. Tidak terdapat bukti adanya belanjawan kewangan bagi mengawasi prestasi dan pengurusan modal kerja.

5. Tidak terdapat bukti mengawasi kos pengeluaran

6. Tidak terdapat tender kontrak dan perolehan.

Kelima: Ahli Lembaga Pengarah tidak berperanan menilai dan meluluskan perbelanjaan dan urusan tender melainkan bagi tujuan mengesahkan beberapa keputusan kemudiannya. Beberepa kontrak tidak dikemukakan kepada Lembaga Pengarah untuk kelulusan: atau pengesahan. Cadangan belanjawan dan rancangan perniagaan tidak juga dibentangkan. Pengurusan Kemaman dan Gurun bertanggungjawab mengenai operasi dan teknikal. Ibupejabat menumpukan urusan korporat dan kewangan. Tidak terdapat bukti penyediaan belanjawan atau pengawasan prestasi termasuk yang melibatkan kos dan pengeluaran. Dalam beberapa kontrak besar dan perjanjian utama, termasuk perolehan bijih besi Pengarah Urusan menyerah kepada konsultan pihak ketiga dan tidak pihak pengurusan.

Keenam: Beberapa praktik perniagaan yang perlu di berikan perhatian:

1. Kelulusan projek kepada Man Shoon Enterprise Sdn. Bhd. dan syarikat-syarikat yang mempunyai kaitan dengen Dato Kok Mew Shoon dan Encik Ng Kim Lim berjurnlah RM957 juta. Dari 66 kontrak utama yang diberikan kepada syarikat tempatan diantara 1 April 1990 hingga 31 Disember 1995 sebanyak 62 kontrak berjumlah RM450 juta diberikan kepada Kumpulan Syarikat Man Shoon. Kontrak diluluskan tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Tender atau Lembaga Pengarah.

2. Dokumen lain bagi mengesahkan perbelanjaan RM103 juta tidak diperolehi.

3. 45 dari 65 projek besar dikemukakan kemudian untuk pengesahan oleh Lembaga Pengarah dalam dua mesyuarat pada bulan Disember 1992.

4. 6 Kontrak diluluskan tanpa mendapat pengesahan Lembaga Pengarah

5. Jawatankuasa Tender hanya ditubuh pada 4 Julai 1993 atas cadangan wakil Kementerian Kewangan. Tetapi Jawatankuasa Tender hanya bermesyuarat sekali untuk meluluskan satu kontrak.

Ketujuh: Terdapat dua pucuk surat Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad kepada Tan Sri Eric Chia.

1. Pada 23 Mac 1990 menyetujui rancangan pembinaan kilang (DR) dan prasarana berjumlah RM575 juta .

2. Pada 16 Mac 1991 meluluskan kilang (Rolling Mill) berdasarkan cadangan syarikat Danielli. Jumlah kos tidak disebut dalam surat berkenaan

Kelapan:

1. Kos perolehan dianggap tinggi. Umpamanya, bayaran kepada Syarikat Tomen dan komisyen kepada Nigel Clarkson Ltd. Diantara USD4.40 dan USD9.65 satu tan metrik (mt) bijih besi. Tetapi, setelah dirundingkan semula oleh firma juruaudit, maka harga bayaran kepada Tomen diturunkan dan USD3 satu mt kepada USD1.50 satu mt berkuatkuasa pads l..1.1996.

2. Perwaja terpaksa membayar kos tambahan USD4.6 juta bagi tahun 1993 hingga 1995. Ini disebabkan perjanjian dengan Prima Mutiara mengenai penggunaan Pelabohan Kemaman bagi kapal-kapal besar meskipun. pelabuhan tersebut tidak mempunyai keupayaan. Peruntukan perjanjian tersebut hanya dipinda berkuatkuasa pada 1.1.1996.

3. Perolehan barang-barang keperluan dari Jepun atas nama Perwaja Japan sebanyak RM169 juta. Tidak pula terdapat sebarang perjanjian melantik syarikat tersebut dan Syarikat Zhimex Commodity Trading sebagai agen. Bahkan Perwaja Japan bukannya sebahagian dari kumpulan Perwaja. Pemegang saham majoriti Zhimex ialah James Loo; yang mendapat USD850,000

Kesembilan: Beberapa bayaran utama yang meragukan:

1. Bayaran RM76.4 juta kepada NKK Corp., berdasarkan perjanjian bantuan teknikal yang ditandatangani oleh N.Otani dan dibayar melalui Syarikat Frilshom Enterprise Hong Kong. Tetapi, pada bulan Oktober 1995, N. Otani menafikan keterlibatannya atau pernah menandatangani perjanjian tersebut

2. Berdasarkan siasatan di Hong Kong, Syarikat Frilshom tidak terdapat dalam senarai pendaftar syarikat Hong Kong; dan akaun syarikat ditutup pada 28 Julai 1994.

3. Perolehan dari ltochu Corp. sebanyak USD234 juta pada bulan Mei 1995. Tetapi, dalam bulan Dis. 1995, Itochu menafikan wujudnya perjanjian tersebut.

4. Terdapat perjanjian dengan Itochu-Nissho-Tomen bagi mendapatkan pinjaman USD196 juta bagi maksud pembelian peralatan, penyelengaraan dan perkhidmatan kilang. Namun, sebahagian dari pinjaman tidak digunakan bagi maksud tersebut.

5. RM93 juta digunakan untuk skim perumahan di Kemaman dan Gurun. Kos purata setiap rumah teres satu tingkat ialah RM121,000 di Kemaman dan RM113,000 di Gurun yang dianggap terlalu tinggi.

6. Bayaran khidmat guaman kepada syarikat VK Lingam and Co. ialah sebanyak RM12.3 juta; dan Syarikat Lewis and Co. ialah RM5.7 juta. Terdapat satu bayaran kepada Durai Rajasingam Rajaduray, rakan Lewis and Co. sebanyak RM5.4 juta Encik Durai juga ialah Setiausaha Syarikat bagi kumpulan Perwaja pada ketika itu..

Laporan Juruaudit akan membantu siasatan; selain dari yang dilakukan oleh Badan Pencegah Rasuah sejak beberapa tahun yang lalu. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, tidak boleh dipertikai akan wujudnya penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, pengengkaran peraturan kewangan dan rasuah dalam Kumpulan Perwaja. Disamping Tan Sri Eric Chia, Dato Seri Dr. Mahathir Mohammed terlibat secara langsung menyetujui projek den meluluskan kontrak tanpa tender dan tanpa mematuhi kaedah dan peraturan kewangan. Penglibatan beliau secara peribadi tidak boleh dijadikan alasan.

Untuk melindungi rasuah dan penyelewengan; serta menafikan hak rakyat mendapatkan maklumat sebenar. Kerugian akibat perlaksanaan projek mega ini besar sekali; dan rakyat berhak menentukan kebenaran berdasarken penyiasatsn rapi dan berwibawa.

Disertakan Laporan Audit Price Waterhouse, Mei 1996. Sebahagian dari maklumat telah saya umumkan di Parlimen pada akhir tahun 1996.

(t.t.)

(ANWAR IBRAHIM)