SURAT TERBUKA KEPADA KETUA PENGARAH PENJARA

Assalamualaikum wbt,

Dato’ Ketua Pengarah Yang dihurmati,

Saya, secara tidak resmi mewakili ratusan ribu penyokong DSAI berharap dapatlah kiranya diberi penjelasan mengenai beberapa berikut. Jika penjelasan yang bakal dikeluarkan adalah kabur dan berunsur jawapan umum dari bahagian perhubungan awam maka adalah wajar setiap dari kami dan seluruh penduduk yang cintakan keamanan dan keadilan meletakan jabatan tuan sedarjat dengan golongan polis lanun.

1. Berat DSAI telah turun dengan begitu ketara.

2. Rambut beliau mulai gugur.

3. Dikurung didalam bilik yang berukuran 49 kaki persegi ( termasuk kawasan katil) dengan satu tingkap kecil.

4. Biliknya bersebelahan bilik mayat.

5. Biliknya bersebelahan bilik pengidap AIDS.

6. Kimia yang digunakan untuk membersih biliknya Mengakibatkan beliau pening.

7. Menu yang diberikan hanyalah ikan kering dan sayur hancur.

8. Kamera dipasang dan dihubung terus ke Bukit Aman.

9. Beliau dinafikan bahan bacaan dan alatulis.

10. Beliau hanya dapat bertemu dengan keluarganya dipisahkan cermin.

Dato’

Jika benar semua ini berlaku, maka apa dosa DSAI diperlakukan demikian ?Adakah beliau pembunuh yang paling berbahaya ?Adakah ini prosedur Penjara yang mesti dilaksanakan? Sedangkan Dato’ sebagai manusia yang berakal waras dapat mengerti bahawa DSAI telah teraniaya dan telah dinafikan keadilan yang sepatutnya nikmati. Dalam kes yang sedang berlangsung jelas bagaimana pihak pendakwaraya masih tercari-cari bukti. Sedangkan siMahathir kata dia ada bukti kukuh. DSAI pula yang mengemukakan bukti terkukuh untuk menunjukan selama ini terdapat penyelewengan mega yang membawa kepada konspirasi berfitnah yang paling dahsyat dan memualkan. Yang difitnah dizalimi,dinafikan hak, terpisah dari yang tersayang semata-mata kerana tidak mahu bersekongkol dengan para perompak yang bertopengkan zoro pembela rakyat.

Dato’

Oleh yang demikian, demi membersihkan nama Jabatan Penjara dan nama Dato’ sendiri sebagai ketua pengarahnya saya meminta agar DSAI dibenarkan menulis CERITA BENAR apa yang telah dan sedang dialami olehnya yang diserahkan kepada Datin Seri Wan Azizah untuk dibacakan di sidang akhbar. Ingin saya mengulangi, sekiranya Dato’ mengeluarkan kenyataan melalui pejabat Perhubungan awam Penjara, rakyat tidak akan percaya kerana kini telah terbukti Pihak Polis dan Pejabat Peguam Negara telah pun diliwat oleh Mahathir. Apa lagi setelah penafian Dato’, sesuatu berlaku pada DSAI maka tercatatlah pula nama Dato’ dalam golongan pendokong para penzalim dan penganiaya. Bukankah Rahim Noor pernah membuat kenyataan paling bohong dengan mengatakan DSAI safe and sound.Rupa-rupanya KO sebab kena balun 2,3 round. Selamatkan maruah Jabatan Penjara.

Pecinta Keadilan Yang Punya Anak Isteri.