SURAT TERBUKA HAJJAH MARINA YUSOFF KEPADA PERDANA MENTERI MALAYSIA

25hb Julai 1999

YAB Datuk Seri Dr Mahathir,

Sebagai rakyat Malaysia, saya merayu kepada YAB supaya mengambil tindakan untuk memulih keadaan di negara ini mengenai :

Jabatan Kehakiman Malaysia

Satu daripada kekuatan Malaysia pada suatu ketika ini ialah jabatan Kehakiman yang tiada Bandingan dari segi kejujurangnya. Tetapi dukacita pada hari ini ia tidak lagi menjadi suatu Kemegahan, malah memalukan pihak peguam dan mereka yang telah mentadbir undang-undang dengan penuh kejujuran.

Pada 1996 apabila Ketua Hakim Negara Eusoffe Chin telah ditanya samada mahkamah Malaysia akan mengikut undang-undang Komanwel, menghadkan kadar bayaran ganti rugi atas saman malu, beliau mengatakan Malaysia tidak akan menghadkan bayaran ganti rugi. Lagi tinggi jawatan seseorang itu, lagi tinggi bayaran ganti rugi akan dibayar.

Pada masa itu, kawan rapatnya dan rakan cutinya, Dato’ V.K. Lingam, adalah pihak yang terlibat dan juga peguam beberapa pihak, di dalam beberapa kes yang mana tuntutan yang dibenarkan menjadi rekod dunia. Semua ini berlaku walaupun YAB selaku Perdana Menteri telah biasa bersungut bahawa amalan membenarkan tuntutan terlalu tinggi tidak sepatutnya digalakkan kerana ini mengikut amalan Amerika. Takut-takut orang Malaysia terikut ikut dengan budaya Amerika ini. Ini sekarang terjadi di Negara Malaysia hari ini.

Pada 1998, gambar-gambar menunjukkan Tun Eusoff bercuti dengan Dato’ Lingam dan keluarga mereka, lain-lain gambar menunjukkan Tan Sri Vincent Tan, Dato’ Lingam bersama Tan Sri Mohtar Abdullah keluar dalam Internet: www.malaysia.net/special.

Pada 1999 suatu keputusan telah dibuat mengenepikan keputusan House of Lords di U.K. yang telah membenarkan ekstradisi bekas Presiden Chile, Pinochet ke Spain dari U.K. atas alasan suatu daripada "Law Lords" terlibat dengan Amnesty International, satu daripada kritikan kuat Pinochet.

Sudah tentu pada masa ini Malaysia tidak terikat dengan keputusan undang-undang di U.K tetapi ia sepatutnya diambil perhatian apabila menyentuh Tun Eusoff dan Dato’ Lingam. Pada dasarnya apabila sudah terkeluar bukti tentang persahabatan rapat Tun Eusoff dengan Dato’ Lingam, setiap keputusan yang telah dibuat yang telah melibatkan Lingam mesti dianggap tidak sah, mengikut prinsip yang diikuti dalam kes Pinochet.

Ini akan mengakibatkan kewarasan dalam undang-undang ganti rugi dan ketulusan Kehakiman. Malaysia ialah satunya negara dalam kes saman malu ganti rugi yang mana pihak menuntut :

1. Hanya perlu membuktikan dia telah dimalukan;

2. Menuntut ganti rugi dan hanya perlu sebut jumlah yang dituntut dan

3 Dan pada dasarnya Hakim-hakim akan membenarkan apa yang dituntut kalau mereka mengikut prinsip yang telah diputuskan oleh Eusoff Chin.

Membenarkan Ketua Hakim Negara rapat dan memihak kepada kawannya secara terbuka dalam Mahkamah menghancurkan integriti dan kebebasan Kehakiman. Ia tidak baik kepada reputasi Antarabangsa negara, terutama sekali apabila negara sekarang sedang berusaha untuk menarik pelabur asing yang tidak lagi yakin dengan proses perundangan negara ini. Negara lain yang sedang membangun juga cuba menarik pelabur asing telah menegaskan kebebasan Kehakiman mereka apabila membanding negara mereka dengan Malaysia. Pada tahun 1995 bila Presiden Uruguay melawat Kuala Lumpur, dalam ucapannya kepada peniaga Malaysia beliau mengatakan "Kehakiman kami bebas". Kes Ayer Molek menjadi topik hangat apabila Tun Eusoff membuat beberapa keputusan yang meragukan yang memihak kepada Dato’ Lingam yang mewakili Tan Sri Vincent Tan.

Suatu dokumen 32 muka yang telah ditulis oleh satu Hakim memberi butir-butir korupsi Eusoff Chin dan kehakisan kepada Kehakiman telah dan masih menjadi suatu isu yang serius yang patut diselidiki seterusnya.

Eusoff Chin telah dengan beraninya melanggar hak-hak orang Islam, mahkamah Syariah dan Raja-raja apabila dia membuat keputusan membenarkan Mahkamah Tinggi mendengar kes Syariah.

Bilik Kehakiman Pendakwaraya Awam

Seperti tindakan Pendakwaraya Awam yang sebelumnya, Tan Sri Mohtar Abdullah dan penolongnya, terutamanya Gani Patil yang telah melampaui batas untuk mempertahankan pertuduhan adalah suatu tindakan penyalahgunaan kuasa dan ketidakadilan terhadap orang yang tidak bersalah dan menolak keadilan. Pada hakikatnya, Pendakwaraya Awam dengan sengaja telah memberi kebenaran kepada kakitangannya dan pihak polis untuk mengada-adakan bukti pendakwaan terhadap individu tertentu dan masih membiarkan tertuduh yang telah digambarkan oleh keadaan, fakta dan bukti-bukti di Mahkamah dan juga laporan polis.

Taktik kotornya untuk membawa bekas Inspektor Polis Awam ke muka pengadilan cuma satu tindakan menghina undang-undang dan pentadbiran kehakiman di negara ini. Seseorang yang memegang jawatan tertinggi dalam menegakkan keadilan di dalam negara di mana setiap orang sepatutnya berasa selamat sekarang tidak lagi sedemikian.

Tindakan Rahim Noor memukul bekas TPM pada malam beliau ditangkap adalah suatu tindakan yang tidak sepatutnya. Ia mendedahkan keganasan polis dan secara tidak langsung mengenepikan hak kemanusiaan yang mana tertakluk dalam Perundangan Persekutuan. Tindakan membelasah tertuduh telah membuktikan dan menjejaskan imej pihak polis. Rahim Noor sepatutnya dihukum dengan setimpalnya.

Pengalaman saya sebagai Majistret tahun 1965, tindakan sedemikian telah lama wujud seperti keganasan pihak polis dan memberikan keterangan palsu di mahkamah. Pihak polis menganggap itu adalah satu tindakan yang betul walaupun ia bertentangan dengan undang-undang. Sebaliknya tidak ada tindakan dari pihak berkuasa mengenai hal-hal sedemikian.

Penahanan individu melebihi 24 jam oleh pihak polis tanpa perintah mahkamah adalah suatu tindakan yang bertentangan dengan hak asasi individu di bawah Perundangan Persekutuan.

Mokhtar selaku Pendakwaraya Awam tidak menjalankan tanggungjawabnya, tambahan pula beliau telah menyalahgunakan kuasa dan kedudukan sehinggakan membuktikan suatu ‘pertuduhan diada-adakan’.

Anwar Ibrahim

Kes terhadap Anwar Ibrahaim memberi suatu gambaran jelas ketidakadilan dilakukan oleh Hakim dan orang-orang yang dipengaruhinya dan cuma mahu ‘memuaskan hati tuannya’ menurut perintah Kamar Kehakiman Pendakwaraya Awam dan pihak polis.

Menurut bukti dari mahkamah, Anwar cuma mengamalkan siasatan lanjutan ke atas surat skandal yang ditulis oleh Umi Hafilda. Keputusan DNA dan perubatan telah membuktikan kandungan surat tersebut adalah palsu. Ianya telah direka-reka oleh seorang ‘perempuan terluka’ dengan pertolongan dari individu yang namanya telah disiarkan di Mahkamah dan merke yang masih memegang jawatan di dalam jabatan kerajaan hari ini. Orang-orang ini adalah orang yang rapat dengan YAB.

Tiada sebarang bukti korupsi pun dan sehingga ke hari ini tiada bukti yang sahih terhadap Anwar terhadap segala tuduhan. Malangnya Mahkamah membenarkan pembicaraan diteruskan memalukan negara ini. Hakim telah membelakangkan peraturan kehakiman denan tidak membenarkan Anwar memanggil 10 saksi-saksi untuk pertahanan dan menyekat peguam-peguamnya dari mengadakan pertahanan yang mereka kehendaki.

Selagi Anwar dijatuhi hukuman bagi kesalahan, negara akan dibebankan dengan rasa malu dan bersalah bagi generasi yang seterusnya.

Kementerian Dalam Negeri

Layanan Anwar dalam penjara, kesulitan dan halangan yang dihadapi oleh peguam-peguam untuk berjumpa dengannya untuk mendapatkan arahan, dan untuk keluarganya untuk melawatnya adalah terang-terangan mengenepikan kepada hak-hak asasinya. Keluarganya, terutamanya anak-anaknya, dikenakan kesengsaraan yang tidak sepatutnya. Dia dilayan lebih teruk dari pembunuh yang dikecam.

Keputusan terbaru Kementerian Dalam Negeri untuk membina satu ‘sel’ bersebelahan Perkuburan di Sungai Buloh untuk Anwar adalah salah satu contoh penyeksaan mental dan kekejaman yang dicadangkan oleh penguatkuasa terhadapnya. Kami tahu bahawa orang-orang ini adalah mereka yang rapat dengan tuan.

Bagaimana tuan sebagai seorang doktor dan Perdana Menteri Malaysia berpura-pura tidak tahu tentang apa yang terjadi di sekeliling tuan dan membenarkan ianya dijalankan?

Bagi pihak rakyat Malaysia yang menuntut keadilan dan oleh kerana kepentingan kemanusiaan dan demi belas kasihan, saya merayu tuan, Perdana Menteri, selaku pemegang kuasa Kerajaan untuk membetulkan keadaan :

1. Bertindak dengan segera untuk memecat personaliti-personaliti yang telah mencemarkan imej Perundangan dan Pejabat Pendakwaraya Awam dan mengembalikan imej Perundangan dan Bilik Kehakiman Pendakwaraya Awam, dan

2. Mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk membetulkan yang salah yang telah dilakukan terhadap Anwar Ibrahim dan menghentikan segala keganasan dan penyeksaan terhadapnya dan ahli keluarganya.

Anwar telah berkhidmat untuk Negara dan UMNO selama mana tuan. Adakah itu tidak memberi apa-apa makna? Janganlah benarkan kesalahan ini berada terus di dalam rekod sejarah negara ini dan menghapuskan segala kebaikan yang tuan telah buat untuk negara ini di mana sebalik dari mendapat pujian, tuan dicerca oleh generasi yang seterusnya.

Semua kebaikan yang telah tuan dan UMNO telah lakukan untuk negera ini pada masa lalu akan dilupakan dan hanya memori yang buruk akan dikenang selepas kepergian tuan. Selama beberapa generasi ahli keluarga tuan dan UMNO dan Barisan Nasional akan merasa bersalah di atas kesalahan yang telah dilakukan terhadap rakyat dan negara ini.

Tolonglah lakukan perkara yang betul dan betulkanlah keadaan sebelum terlambat, demi negara dan rakyat Malaysia di atas nama kemanusiaan dan belas kasihan. Belum terlambat untuk membetulkan kesalahan yang telah dilakukan.

Hajjah Marina Yusoff