MAJALAH ASIAWEEK DAN NEWSWEEK DIHARAMKAN

Kuala Lumpur, Khamis 31 Dis. Sumber RN di Kementerian Tenaga Telekom Dan Multimedia memberitahu kementerian itu telah mengeluarkan surat pekeliling kepada semua jabatan di bawahnya.

Surat pekeliling itu mengandungi arahan supaya semua jabatan memberhentikan pembelian dua buah majalah antarabangsa iaitu ASIAWEEK dan NEWSWEEK. Ini termasuklah pembelian untuk simpanan di dalam perpustakaan.

Walau bagaimanapun majalah TIMES tidak pula termasuk di dalam majalah asing yang diharamkan. Majalah TIMES minggu lalu memberikan pengiktirafan kepada Dr. Mahathir sebagai orang yang paling banyak mencetuskan berita tanpa menyebut dengan spesifik sama ada berita positif ataupun berita negatif.

Pada minggu yang sama, NEWSWEEK memberi pengiktirafan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Tokoh Asia Terbaik 1998. Di dalam dunia pemberitaan dan Kewartawanan, NEWSWEEK diiktiraf sebagai majalah yang lebih bermutu daripada TIMES. - RN