ZIELA JALIL BALIK DARI UMRAH

Kuala Lumpur, Khamis 31 Dis . Sumber RN yang rapat dengan Puan Norzilah bte Abdul Jalil, ataupun nama popularnya Ziela Jalil, memberitahu RN bahawa isteri kedua Datuk Megat Joned itu baru sahaja pulang daripada mengerjakan ibadah Umrah di Makkah.

Pada mulanya Puan Ziela Jalil sepatutnya bertolak ke Makah pada 28 Nov. lalu tetapi beliau tidak dibenarkan keluar negeri kerana perbicaraan Dato' seri Anwar masih berjalan di mana beliau adalah salah seorang daripada saksi pendakwaraya. Walau bagaimanapun akhirnya beliau berjaya juga mendapatkan kebenaran itu.

Adalah difahamkan Puan Ziela mengalami gangguan emosi yang berat akibat terbabit di dalam kes perbicaraan DS Anwar Ibrahim disebabkan, pada dasarnya beliau adalah seorang yang lurus dan hanya menurutkan permintaan Datuk Megat Joned kerana hendak menambat hati suaminya itu.

Walau bagaimanapun, apabila beliau mengetahui suaminya membuat hubungan dengan seorang artis jelita, Puan Ziela sangat kecewa, walaupun suaminya dan artis itu sudah menafikan mereka berkahwin.

RN juga mendapat tahu Datuk Megat Joned kini hampir setiap minggu turun ke Ipoh untuk berjumpa dengan beberapa orang ahli Persatuan Murid Tua Sekolah Anderson, iaitu bekas sekolah beliau. Salah seorang murid tua sekolah yang sama ialah Ketua Hakim Negara, Tan Sri Yusoff Chin.

RN berdoa dengan pemergian Puan Ziela ke Makah akan melapangkan dadanya dan beliau berkata apa yang benar sahaja di dalam mahkamah nanti. - RN