LAGI BERITA DSWA DI KEDAH

Sambutan kepada DSWA di Kedah baru-baru ini agak luar biasa. Bermula di Airport Sultan Abdul Halim, beliau disambut meriah, diiringi sehinggalah ke rumah Ustaz Fadhil Mohd Noor, Presiden PAS.

Sesampai di Dataran Sekretariat ABIM Negeri Kedah, sekali lagi DSWA disambut oleh para petugas dan tetamu yang hadir. Hujan renyai dan cuaca murum sedikit pun tidak menghalang orang dari terus datang untuk berbuka puasa bersama beliau disamping mendengar sendiri ucapan Presiden Penaja ADIL.

Kehadiran orang ramai pada petang 1 Januari 1999 mencecah angka 2000 orang. Jemputan melalui kad yang diedarkan seramai 1200 orang. Ini beerti lebih kurang 800 orang adalah kehadiran luar jangkaan pihak penganjur. Kehadiran yang ramai ini menyebabkan makanan tidak mencukupi. Cukup sekadar berbuka puasa.

Jamuan Berbuka PM di Masjid Bayas, Langkawi tempoh hari, makanan lebih berlori, kehadiran hanya sekitar 80 orang berbanding dengan jemputan 3000. Mereka yang hadir ke Majlis Berbuka Bersama DSWA adalah berbayar RM10.00 berbanding dengan majlis PM percuma. Penduduk Bayas sendiri hanya 5 orang termasuk Imam masjid.

Yang hadir Majlis Jamuan DSWA bukan sahaja ahli-ahli badan penganjur ABIM dan JIM, juga terdiri dari ahli-ahli PAS dan simpatisan yang lain. Tidak ketinggalan juga kelihatan Jawatankuasa Pemuda UMNO beberapa Bahagian termasuk dari Kubang Pasu dan Padang Terap. Mereka adalah antara tetamu-tetamu yang terawal datang. Tetamu-tetamu dari jauh termasuk dari Seberang Perai, Pulau Pinang, Perlis juga kelihatan. Turut kelihatan ialah beberapa ketua jabatan dan pegawai kanan kerajaan.

Pada majlis yang sama penyerahan borang sokongan penubuhan ADIL kepada DSWA telah dilakukan. Borang-borang sokongan tersebut mengandungi lebih kurang 1000 penyokong telah diserahkan oleh Ustaz Ghazali, YDP ABIM dan Tuan Hj Amirudin, YDP JIM Kedah. Majlis ini juga diserikan lagi dengan penyampaian bantuan kepada 20 orang anak-anak Yatim dari Jitra dan Alor Setar oleh DSWA.

Sebelum berlepas pulang ke Permatang Pauh, DSWA dan rombongan seterusnya pergi menunaikan solat tarawih di Masjid Negeri, Masjid Zohir, Alor Setar. Turut serta bertarawih di Masjid Zohir mengiringi rombongan ialah Ustaz Niamat Yusof, dan beberapa Pimpinan ABIM.

Sesungguhya tahun 1999 dimulakan dengan cemerlang oleh para pendokong gerakan keadilan, gerakan yang sentiasa ingin melakukan islah dalam seluruh siatem kehidupan ummatNya. Mudah-mudahan tahun 1999 ialah TAHUN UNTUK KEADILAN.