Augustine Paul Dan Tilam

Kita dipertontonkan dengan pelbagai adegan perbicaraan yang diadili oleh Augustine Paul , pendakwaraya Patail, the accused Anwar Ibrahim dan peguambela-peguambela yang berbakat serta beberapa saksi pendakwa yang berkarat otaknya macam Azizan.

Perjalanan perbicaraan nampaknya seperti semua telah terancang tetapi kurang teliti kerana semua perancangan mudah kita teka akan kesudahannya. Contohnya apabila ada saja bukti yang kukuh bagi pehak pembela, Augustine Paul akan menangguhkannya atau pun mambatalkan bukti tersebut tetapi kalau ada bukti dipihak pendakwa, sampai tilam yang penuh dengan air mani pun diangkutnya ke mahkamah (pun tak tahu air mani siapa – sebab bukankan sepatutnya tilam itu berlapis dengan cadar tebal … air mani sampai boleh tembus cadar tebal… huhhhh, Musa anak Ust Hassan Assyaari benar-benar seorang penipu).

Kalau pembela bertegas sedikit, pembela tersebut dihukum dan dipenjarakan. Jadilah mahkamah ini seperti cerita hindustan yang berbelit-belit pada mulanya tetapi semua orang tau kesudahannya adalah happy ending..disini bagi pihak pendakwa..oleh itu tak payahlah kita bersusah payah membincangkan prosiding dimahkamah kerana kita tau bahawa Anwar akan didapati bersalah. Kerana setakat ini belum ada hakim yang berani lawan Mahathir. Semua tergilakan pangkat semua tergilakan kedudukan.

Tunggulah nanti, Allah akan mendedahkan segala-galanya!