KEPUTUSAN BICARA DALAM PERBICARAAN PADA 26 JUL 99

Hakim Datuk Ariffin Jaka telah memutuskan bahawa pengakuan bersalah Sukma Darmawan dihadapan Abd Karim bin Abd Jalil, Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 19 Sep 99 dibuat secara sukarela oleh Sukma Darmawan. Hakim Ariffin Jaka juga menyatakan bahawa pihak pendakwa telah berjaya membuktikan kes ini melampaui keraguan yang munasabah.  Hakim juga dijangka akan menerima dokumen pengakuan bersalah Sukma ini sebagai exibit di dalam perbicaraan bersama kes liwat DSAI dan Sukma keatas Azizan.

Ulasan Webmaster

Sukma Darmawan telah disahkan oleh Dr Zahari Noor Pakar Forensik Unit Patologi Hospital Kuala Lumpur, bahawa Sukma tidak pernah diliwat berikutan tiada tanda-tanda baru ataupun lama semasa beliau membuat pemeriksaan keatas Sukma. Oleh yang demikian adalah luar biasa dan agak mengelirukan bahawa Sukma telah membuat pengakuan bersalah beliau diliwat oleh DSAI secara sukarela.

Saya juga berpendapat bahawa penerimaan pengakuan bersalah Sukma ini akan mempengaruhi keputusan perbicaraan bersama kes liwat DSAI dan Sukma keatas Azizan yang juga disambung pada hari ini (26 Jul 99).

Shahrizal Hussin