Barisan Peguam Bela DS Anwar Ibrahim

Raja Aziz.jpg (19796 bytes)

1. Raja Aziz Addruse. Ketua barisan peguam bela. Seorang peguam yang sangat dihormati di kalangan peguam. Jadi Presiden Majlis Peguam tahun 1988 dan 1992. Jadi peguam pada tahun 1966. Pernah menjadi peguam bela bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas.

2. Christopher Fernando. Mahir kendalikan kes-kes undang-undang jenayah. Pernah berkhidmat sebagai Presiden Mahkamah Sesyen dan di Pejabat Peguam Negara sebelum membuka firma guamannya sendiri.

Gurbachan.jpg (17813 bytes)

3. Gurbachan Singh. Mahir kendalikan kes-kes undang-undang jenayah terutama yang berkaitan dengan dadah yang melibatkan hukuman gantung.

Pawancheek.jpg (21084 bytes)

4. Pawancheek Merican. Mahir mengendalikan kes-kes syariah. Aktif dalam Persatuan Peguam-peguam Muslim. Sekarang sebagai Naib Presiden persatuan tersebut. Memasuki profesion guaman pada tahun 1977.

Sulaiman Abdullah.jpg (20168 bytes)

5. Sulaiman Abdullah. Mahir kendalikan kes-kes sivil dan syariah. Bekas Setiausaha Majlis Peguam dan mengetuai Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam. Memasuki profesion guaman pada tahun 1969.

SN Nair.jpg (16773 bytes)

6. S.N. Nair. Mahir kendalikan kes-kes terutama yang berkaitan rasuah. Pernah menjadi peguam bela Setiausaha Sulit Kanan bekas Timbalan Perdana Menteri, Mohamad Ahmad yang kini dibebaskan.

Zainur1.jpg (18727 bytes)

7. Zainur Zakaria. Pernah jadi Presiden Majlis Peguam tahun 1993 dan 1994. Mahir dalam kes-kes sivil. Memasuki profesion guaman pada tahun 1975.

Ainah.jpg (18204 bytes)

8. Kamar Ainah. Mahir dalam kes-kes syariah berkaitan dengan keluarga Islam seperti perceraian dan tuntutan nafkah. Memasuki profesion guaman pada tahun 1984 dan menjadi peguam syariah pad atahun 1986.

ZulkifliN.JPG (9169 bytes)

9. Zulkifli Nordin. Lahir tahun 1963. Pemegang ijazah undang-undang Universiti Victoria, New Zealand. Memasuki profesion guaman sejak 1987. Mahir dalam undang-undang jenayah dan perlembagaan. Ditangkap di bawah ISA selama 30 hari pada 28 September 1998.

Faiz.jpg (19004 bytes)

10. Faiz Abdullah. Peguam pembantu kepada barisan peguam bela Anwar. Lulusan undang-undang Universiti Islam Antarabangsa.