MAKLUMAT RAHSIA TERBARU DARI BUKIT AMAN

Kuala Lumpur Jumaat, 1 Dis. Sumber RN di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman memberitahu wartawan RN yang membuat liputan perbicaraan kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim bahawa keputusan sudah dipersetujui oleh Dr. Mahathir, Peguam Negara, Ketua Hakim Negara, Ketua Polis Negara dan Dato’ Augustine Paul supaya Dato’ Anwar dijatuhi hukuman penjara 4 tahun sahaja, tidak perlu lebih lama daripada itu.

Seterusnya sumber RN itu memberitahu bahawa beliau dan rakan-rakannya telah diarahkan supaya bersedia dengan pelbagai tuduhan-tuduhan baru untuk dikenakan ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai persediaan sekiranya tuduhan-tuduhan yang sedang diperbicarakan sekarang tidak cukup kuat untuk memenjarakan beliau.

Sumber RN juga memberitahu bahawa kenyataan yang pernah dibuat oleh Peguam Negara Datuk Mokhtar Abdullah sewaktu perbicaraan DS Anwar baru dimulakan, iaitu pejabat Peguam Negara akan mengemukakan tuduhan-tuduhan baru ke atas DS Anwar Ibrahim adalah benar.

Menurut sumber RN, ketua-ketuanya di Bukit Aman hanya menjalankan arahan-arahan Dr. Mahathir sahaja. - RN